Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Impian

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Impian. Semua orang ada impian. Impian nak rumah besar, Impian nak tanah besar, Impian nak kereta besar. Wanita ini punya satu impian. Banyak sebenarnya. Cuma 1 impian yang cuba digapai, Tapi terkapai-kapai, Sebab orang ramai, Aku sendiri pun mamai. Impian aku itu, Bukan wajib ditiru, Tapi siapa yang berani tiru, Masya-ALLAH, Cantik! Ehem, Bakal zauj, Boleh saya nak berpurdah? (◕‿◕✿)

Ego

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ego. Itu perkataan sesuai untuk huraikan mengenai saya. Ego mahu mengaku rindu, Ego mahu mengatakan sayang. Ego mahu mengakui kesalahan diri, Melainkan melalui surat atau mesej. Maaf, Saya tidak pandai untuk beri reaksi, Pada insan yang luahkan, "Saya sayang awak,", Bukan sebab tiada rasa yang sama. Cuma kalau saya balas semula, "Saya pun sayang awak,", Awak akan dengar angin sahaja berhembus. Pernah perasan atau tidak, Apabila awak kata, "Saya sayang awak,", "Saya rindu awak,", Saya terus palingkan wajah saya, Atau saya diam, Atau reaksi paling teruk, Saya akan buat muka pelik? Bukan sebab saya tidak punya rasa yang sama, Cuma saya takut, Saya rebah di situ. Maaf. Kalau kanak-kanak yang kata "Saya sayang cikgu,", "Kakak ni comel,", Saya pun tidak mampu balas semula. Saya akan peluk ketat-ketat. Mungkin juga, Ini buk...

Cinta Diabetes 6

Kelam kabut aku mencapai kunci kereta. Sesekali jam tangan dipandang. Perjalanan dari tempat aku ke tempat pertemuan mengambil masa 20 minit. - Saya dah habis kerja. Boleh jumpa sekarang? Aduh, semakin kalut! - Baik. - Jumpa nanti ya! Setelah yakin dengan penampilan diri dan memastikan semua barang yang penting ada di dalam beg sandang, aku bergegas keluar dari bilik dan menyarungkan kasut. "Woi, laju!". "Maaf awak! Saya pergi dulu,". "Hati-hati Mia!". Fads tersenyum memandang kelibat sahabatnya yang kian menjauh. Dia menyambung semula kerjanya, iaitu menyidai kain. Stereng kereta digenggam kemas. Semakin menghampiri tempat pertemuan, semakin gelisah aku rasa. 'Bertenang, Mia. Mohon bertenang. Dia adik kau sahaja,'. Hatiku cuba memujuk diri aku sendiri. Ah, penipu besar kau Damia! Kau mula jatuh hati kepada Muhammad bukan? Kau sebenarnya jatuh hati pada kali pertama kau pandang dia dulu, bukan? Kau jatuh hati ke...

Cinta Diabetes 5

Terkebil-kebil aku memandang skrin telefon. Antara percaya dan tidak, sama ada aku sudah terjaga dari lena atau roh aku masih mengembara di alam mimpi. Kulit aku yang berlemak aku cubit perlahan. Sakit! Sekali lagi mesej yang masuk ke dalam peti simpanan telefon pintar itu aku baca. - Bambam, sibuk tak? Jom, jumpa sekejap! Saya ada hal nak beritahu. Aku pandang jam digital yang tertera di bucu skrin telefon pintar aku. Waktu Asar baru sahaja menjengah. - Jumpa?  Balasan berbentuk pertanyaan aku hantar kepadanya. Dalam keadaan mamai, aku bangun dan bergerak ke bilik air.  "Kenapa termenung, Mia?". Fads menegur aku, apabila lama melihat aku berteleku di sejadah. Aku memandang Fads, dengan pandangan yang kosong. Patut atau tidak aku minta pendapat dia? "Fads, saya nak tanya sesuatu boleh?". "Awak dah tanya pun,". "Fads!". Gadis itu ketawa sambil matanya masih melekat pada skrin telefon pintanya. "Muhammad,". "Kenapa den...

Cinta Diabetes 4

"Mia, bangunlah! Subuh,". Berulang-ulang suara teman sebilik menerjah ke dalam telinga. Separa sedar, aku bangun dan duduk di birai katil. "Pukul berapa dah?". "Enam. Boleh solat?". Aku mengangguk. Berpandukan cahaya yang dipancarkan oleh lampu meja, aku mencapai tuala dan peralatan mandi. Di dalam bilik mandi, aku merenung paip air hujan. Kepala aku terasa berat. Birai mataku terasa bengkak, membuatkan pandangan aku sedikit terjejas. Ah, kesan menangis semalam! Kebisuan aku difahami oleh Fads. Dia tidak terus bertanya, sebaliknya dia membiarkan aku hanyut dalam dunia aku sendiri. Aku sendiri tidak pasti sebab utama yang menjadikan aku galau pada malam itu. Mungkinkah kerana perbuatan Rahman? Atau kerana kenyataan lelaki itu? Nampaknya, aku makin suka kepada Muhammad. Bukan sekadar suka-suka untuk berkawan. Mungkin cara layanannya buatkan aku rasa dihargai. Tiba-tiba, telefon aku bergetar, menandakan seseorang telah menghubungiku. Ah, panjang pul...

Cinta Diabetes 3

"Assalamualaikum, girls! Sorry," ucap Rahman sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Salamnya dibalas serentak oleh kami bertiga. "Rahman, kau kenal aku lagi tak?" soal Fiza dari belakang. "Gila tak kenal budak sekolah aku sendiri!". Aku, Fiza dan Rahman ketawa serentak. " So, where are we going?". "Kafe Gigit!". " Baiklah,". Gear ditukar kepada 'D'. Perlahan-lahan, kereta aku membelah kelam malam. Aku biarkan mereka bertiga berbual. Jasad aku bersama-sama mereka tetapi benakku sudah melayang, menjelajah ke dunia imbas semula. 'Hati, kenapa kau sakit semasa lelaki itu menghantar mesej begitu?'. Ah, aku sudah memulakan sesi monolog dengan diri aku sendiri. 'Kau sudah sayang dia, bukan?'. Bibirku ketap. Tidak mahu menerima kenyataan. Tidak mahu melompat terus kepada konklusi mudah yang dibuat oleh hati. 'Jangan hati, jangan! Ingat kau pernah sakit kerana ditinggalkan tanpa sebab kukuh,'....

Jerebu Dan Pendidik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bencana jerebu melanda negara kita.  Di celah-celah kekalutan menjalani kehidupan seperti biasa dalam keadaan serba kabur ini, warga pendidik, terutama guru-guru sekolah, menjadi mangsa kritikan netizen. " Beban apabila anak-anak tidak ke sekolah,". " Cikgu makan gaji buta, ". Lahir-lahir jadi doktor doh ko? *tepuk tangan* Kadang-kadang, terkelu juga. Netizen yang berfikiran negatif ini, dulu kalian tidak pernah bersekolah? * Istighfar * Cuba imbas semula 10 tahun yang lalu. Seingat aku, memang kena ketuk, kena luku , kena ketuk-ketampi, kena sindir oleh guru, perkara biasa di sekolah. Denda-denda sebegitu yang membentuk aku menjadi manusia sekarang. * Lupa! Jangan bandingkan didikan dahulu dengan sekarang... ~* Aku pun komuniti pendidik. Masih hijau tetapi aku suka duduk dan mengalami sendiri 'persekitaran mendidik'. Sungguh, aku tabik pada guru-guru senior yang memang ikhlas mendidik, y...

Bukan Paranoid

Assalamualaikum dan salam rindu. 😖😖😖 Tidak mahu mencoret terlalu dalam. Cukup sekadar peringatan untuk diri sendiri dan mengajak kalian berfikir sejenak. ”Kau ni penakutlah!". "Mainan perasaan kau je!". " Dah kau fikir bukan-bukan, datanglah benda tu!". Ayat-ayat yang sering aku terima, tatkala jiwa mula dirusuh, saat rohani diprovok. Provokasi yang bukan datang dari manusia. Siapa mahu? Merasai kehadiran bukan manusia. Sekali, Aku boleh terima itu mainan perasaan. Dua kali, Masih boleh dipertimbangkan. Berkali-kali? Itu bukan kebetulan. Maaf. Kalau tidak percaya, Sekurang-kurangnya, Jangan ranapkan kekuatan aku untuk belajar mengawal, Emosi dan rohani. Tiada kuasa yang lebih hebat berbanding Yang Maha Esa.

Warkah Gadis Separa Wanita

Assalamualaikum dan salam rindu. Ke hadapan bakal zaujku, Moga kamu berada dalam keadaan sihat sejahtera, di bawah lindungan rahmat Allah dan terus istiqamah berada di jalan agama-Nya. Bakal zauj, Kita berdua masih termangu-mangu, mencari erti kehidupan, di samping belajar menjadi khalifah di Bumi Allah yang luas ini. Warkah ini, aku tujukan khas buatmu. Baca dan hayati, semoga engkau memahami tujuan warkah ini dikarang khas untukmu. Bakal zauj, Aku gadis biasa yang sedang mengalami peralihan usia, dari gadis menjadi wanita. Gadis separa wanita ini, belum banyak isinya; sebagai wanita kehendak Melayu mahupun sebagai muslimah yang dituntut dalam Islam. Egoku tinggi, emosiku terkadang stabil, adakalanya aku kalah pada emosi. Gadis separa wanita ini, masih terumbang-ambing, mencari tempat untuk mengukuhkan pautan. Gadis separa wanita ini juga adakalanya terlalu membenarkan kata hati melangkaui percaturan akal. Bakal zauj, Aku bukan seperti wanita idamanmu, jauh s...

Cinta Diabetes 2

Sebal. Skrin telefon pintar dipandang sekali lagi. Sebaris pesanan ringkas yang dihantar kepadanya membuatkan aku tersentak. Sedih? Perlukah aku sedih? Jangan letak harapan pada saya. Jangan bagi ruang pada saya dalam hati awak. Saya takut saya akan lukakan hati awak. Aku cuba tersenyum, dengan harapan rasa galau ini berlalu pergi. Namun kenapa aku rasa sesak, sakit sangat di dada? "Kenapa Mia?" tanya Fads, apabila aku mengeluh panjang. Aku memandang sahabatku itu dan cuba tersenyum. "Kita keluar nak malam ni?" soal aku, cuba mengubah topik. Fads terdiam seketika, gayanya sedang berfikir sesuatu. "Aha, elok juga! Saya pun bosan. Kita pergi makan, nak?". "Assalamualaikum, girls !". Belum sempat aku menjawab pertanyaan Fads, pintu bilik dibuka dari luar dan serentak salam diberi. Siapa lagi kalau bukan rakanku dari bilik atas? Salamnya kami jawab serentak. "Korang buat apa?". "Mencangkul tanah! Tahu tanya lag...

Seimbang

Ada masa happy sokmo. Ada masa nangis, mudah sangat tersentuh. . . "Awak ni emosi sangatlah. Matanglah sikit,". "Mudah bebai,". Ini ayat yang pernah aku dapat. Sehingga tiba masa, Cuba berubah; lebih berbaik sangka, lebih cuba mengawal emosi, belajar jadi wanita. . . Entah mana silapnya, diri rasa kosong serta-merta. 'Salahkah jadi diri sendiri?'? Kata putus dicapai. "Biar aku terus bersendiri kalau kekurangan diri ini kamu tak dapat terima,". . . Putus asa. Tiada rasa percaya pada mereka. Sehingga, kita kenal. . . Kau senyum. Aku senyum. Kau angguk, aku sama jadi belatuk. Hahahaha.... . . Perumpamaan kita; aku api, kau air. Aku kalut, kau tenang. . . Entah kenapa, Setiap pertelingkahan, Kita sama-sama tangkis. Salah seorang akan optimis. . . Moga ini yang terakhir.

Cinta Diabetes 1

Signal ke kiri diberi sebaik sahaja kereta menghampiri persimpangan masuk ke pintu utama bangunan hijau itu. "Betul awak pernah datang sini?". Tanpa membuka mulut, aku sekadar mengangguk. Bukan tidak selesa duduk di sebelah lelaki itu tetapi ada perkara lain yang mengganggu benak aku pada saat itu. Sebelum cerita ini kian panjang, biar aku ceritakan mengenai lelaki di sebelahku. Namanya Rahman, lelaki pertama yang berjaya menawan hati dara aku. Hahaha.... Kami kenal semenjak zaman sekolah menengah. Mula bercinta selepas SPM dan kisah cinta monyet itu terkandas tiga tahun yang lalu. Jangan tanya aku sebab utama tetapi jawapan yang pernah aku dapat,"Saya seorang lelaki yang mudah bosan dengan perkara yang sama," dan "Awak lebih baik berbanding saya,".  Sekarang kami berkawan. Seorang lelaki yang bertopi memberi isyarat tangan, menandakan ada  ruang kosong untuk aku memarkirkan keretaku di situ. Aku mengangkat tangan tanda terima kasih. ...

Harapan (2)

Assalamualaikum & salam anak Pantai Timur yang berada di utara. Pandangan pertama, Terpana melihat kesopanan mu, Terpikat dengan senyuman mu, Tapi aku abaikan, Kerana perkataan 'sayang' sudah lama terkubur, Bersama-sama kenangan yang cuba disimpan kemas. Aku tahu, Pertemuan kita, Perkenalan kita, Perasaan kita, Semua Allah yang aturkan. Aku takut. Takut di saat aku sedar, Ada rasa membenih untuk kau. Dalam diam, Aku tertunggu kehadiran kau, Aku menanti nasihat mu, Aku selesa dengan sikap manjamu. Aku tahu, Saat itu, Bukan rasa biasa. Bukan kerisauan sebagai kawan biasa. Kita jauh berjalan, Dan dari situ aku menilai kau. Mungkin penilaian aku hanya 2% daripada perangai mu yang sebenar. Perlahan-lahan, Aku cuba menerima kelemahan mu. Kau tahu apa aku rasa? Aku rasa, Aku makin suka kau, Seadanya kau. Harapan aku, Bersatu dengan rasa yang kian membenih. Aku rindu, Aku sayang, Namun aku tak mampu dekat. Aku tak mampu pandang seraut wajahmu, ...

Harapan (1)

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Awak, Entri kali ini, Izinkan saya mencoret luahan hati saya. Mengenai awak. Mengenai saya. Jujur, Kali pertama, Awak berjaya mencuri perhatian saya. Tapi tiada pengharapan saya letakkan. "No guys gonna love me,". Saya lenyapkan harapan, Dan anggap itu hanya mainan perasaan. Pertemuan seterusnya, Saya tahu saya teruja, Sebab dapat melihat seseorang yang berjaya mencuri tumpuan saya. Pertemuan ini, Percaturan dari-Nya. ^_^ ^_^ ^_^ Ada sebabnya kita dipertemukan, Walau sebagai kawan. Hari demi hari, Saya tahu, Hati ini dicampakkan lagi rasa itu, Rasa untuk menyayangi. Awalnya, Saya mengeluh. Mengeluh dan galau, Andai awak seperti lelaki lain. Sehingga saya teringat sesuatu, "Rasa kau tu, rasa suka kau tu, kalau Allah tak campakkan, kau takkan ada rasa,". Mungkin awak ujian buat saya. Mungkin awak jodoh saya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kita mencuba. ^_^ Awak, Jangan s...

Comel

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak Pantai Timur. Ha.... Comel! C O M E L Aku ada satu sikap; sekali mata, hati dan akal bersatu serta berSETUJU kata comel, insan itu memang comel pada mata aku. Spesifikasi comel pada mata aku? Haishh... Tidak menentu. Yang aku yakin, ciri-ciri COMEL yang menangkap hati aku adalah; 1. Kulit gelap 2. Tinggi 3. Berisi (boroi,bulat) 4. Pemalu 5. Lawak Hahaha.... Jujur. Orang lain minat yang putihlah, berketul2 la. Hahaha... Ayah pernah pesan; "As long as dia dapat bimbing kamu ke jalan Allah dan punya sumber pendapatan halal. Tidak kiralah walau petani,".

Insyaallah, Kau Akan Berubah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aneh. Saat kita menoktahkan kisah kita, Satu persatu kisahmu sampai ke telingaku. "Kau terdesakkah pilih dia?" "Kau tahu siapa dia sebenar?" "Kau ingat, dia akan berubah sebab kau?" Baca. Faham. Hadam. Aku suka dia, Semenjak kami mula berkawan rapat. Aku tidak terdesak. Aku tahu dia siapa. Walau ada yang kata "Kau tolol sebab percaya pada manusia seperti dia!" Aku percaya dia akan berubah, Bukan kerana aku, Tapi kerana Allah. Kenapa aku optimis? Sebab hati kita, Allah yang pegang. Hidayah pun DIA yang campakkan dalam hati kita. Aku tinggalkan dia, Bukan kerana siapa dirinya, Namun kerana hatinya. Hatinya tidak mampu, Menyayangi aku seperti aku menyayanginya. Matanya, Anak matanya tidak jernih, Seperti dia memandang seorang wanita, Sahabatku sendiri. Hai, Adam! Insyaallah, Kau akan berubah, Kerana Allah. Insyaallah. "Kau suka siapa sebenarnya? Dia atau lelaki baik itu?...

Sayang Aku Sayang

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati kelahiran Pantai Timur. " It's  hard wake up from a nightmare, even if you aren't sleep ,". Semenjak baligh, perkara utama yang menjadi penghalang diri aku sendiri adalah 'sisi negatif' aku. " I'm a fat woman. I can't find any happiness. No man is willing to share his love with me. I am just a burden to the others ,". Fikiran negatif itu mula terbang apabila aku mengenali seorang lelaki. Lelaki yang selain daripada ayah aku, yang mampu meraih kepercayaan aku kepada lelaki. Lelaki, yang pada ketika itu, aku yakin dia menerima aku seadanya diri aku; kekurangan aku pada fizikal. Tika itu, hidup aku berfokus. Aku tidak kisah pandangan orang lain terhadap diri aku. Aku letak ke tepi sikap rendah diri aku. Sungguh. Keyakinan diri aku sangat tinggi. "They told me to pour my heart into everything I do. So , that's what I did. I poured, poured and poured. Now, they ask me why I'm so em...

Bukan Adab Saya

Assalamualaikum & salam sejahtera daripada anak perantauan yang berpuasa di utara tanah air. 'Aku' 'engkau' menjadi perkataan terLARANG semenjak seawal aku boleh bercakap. Hanya gaya penulisan aku sahaja yang ada perkataan ini. Ini semua hasil didikan emak. Pernah sekali aku menggunakan kata ganti nama diri 'aku', pantas emak menyergahku. Semenjak aku berjauhan dengan mereka, belajar di utara, ada tikanya perkataan terlarang itu terlepas di bibir. Sementelah perkataan lain, 'bengong', 'bodo', 'gilo', 'natang' dan sama maksud dengan perkataan tersebut; yang mungkin biasa pada orang lain tetapi tidak pada adab yang telah diterapkan dalam hidup aku. Tujuan penulisan aku pada kali ini adalah supaya orang yang dekat dengan aku, tahu cara yang sesuai untuk berbual atau berlawak dengan aku. Dengan kata lain, tidak akan buat aku sentap! ^O^ Kalau perbuatan aku menyakitkan hati, Kalau ketawa aku benar membingitkan telinga, TOLO...

Kisah Khemah Bergerak

Assalamualaikum dan salam rindu dari gadis yang cuba belajar senyum. Khemah bergerak; sinonim dengan gadis yang berhijab labuh dan besar. Hahahaha...~ Dulu terasa hati juga tetapi hidup kalau selalu sakit hati, mudah sakit nanti. Senyum dan kata "Saya comel! ". Banyak dugaan untuk berubah. Selalu dengar orang kata,"Banyak dugaan kalau kita mahu berubah ke arah kebaikan,". Awalnya, aku sendiri tidak faham. Apabila berada di situasi itu, barulah faham. Dulu, aku pakai tudung bawal besar, bidang 60. Semasa belajar di IPG, ada kawan hadiahkan sehelai tudung labuh. Aku terima dan simpan. Berbulan lamanya. Sehinggalah satu saat, terdetik di hati. "Apa salahnya kalau mencuba?". Ambil dan sarungkan ke kepala. Selesa. Tertutup. Tiada lagi pandangan mata asing, yang meliar ke bawah. Awalnya, tiada masalah. Di belakang ku, mula timbul khabar angin. "Dia pakai tudung labuh sebab ustaz tu la tu!". "Kau pakai tudung labuh ni sebab nak ngor...

Impian

Assalamualaikum dan salam rindu. Mata tak lelap. Minda melayang selangkah ke hadapan. Benak rajin memasang angan-angan. Dalam dunia yang serba mahal kini, terfikir, kenapa perlu menyusahkan sesuatu yang mudah? Terus kepada impian utama: KAHWIN. Persoalan diri sendiri yang nyata; Kenapa perlu didera pihak lelaki dengan hantaran yang melambung? Bukankah kahwin dapat mencegah zina? Bukankah kalau pasangan itu tidak dapat berkahwin, hanya semata-mata terbeban dengan kewangan, akan membuka pintu zina? Entahlah. Pembacaan aku tidak tinggi tetapi soalan ini terus terpahat. Persoalan kedua; kenapa perlu menempah persalinan yang mahal, pelamin yang gah, katering yang dibayar ikut kepala dan sebagainya berkaitan perkahwinan? Adakah masyarakat sukar menerima majlis kenduri yang ringkas; memasak secara bergotong-royong, pakai baju Melayu/kurung/jubah. Apakah salah? Atau hanya aku yang hidup dalam dunia..... Tidak realiti? Impian aku, cukup kedua-dua pihak tidak terbeban. Cukup kedua-dua p...

Androphobia

Assalamualaikum dan salam rindu. Kalau kawan-kawan yang sudah mengenali diri ini, pasti akan gelak besar. "Kau? Kau yang gila ni ada penyakit ni?". Entahlah. Secara umum, androphobia adalah rasa takut, tidak selesa kepada lelaki, sehingga penghidap masalah ini tidak mampu berkomunikasi dengan lelaki dan rasa terancam. Sikap ini memang ada pada aku. Aku sendiri pernah ke kaunseling. Hihihi.... Ada satu cara, tanpa ambil dadah. Untuk ubati, untuk turunkan tahap androphobia, aku perlu dekat dengan lelaki. Cuba berkawan dengan lelaki kepada seorang lelaki. Aduh, cadangan terbaik! Mahu dekat? Tegur pun tidak mampu. Kalau dekat, berpeluh sakan. Dulu, lebih selesa biarkan sebab tiada keperluan untuk dekat. Namun, agak terganggu sekiranya aku terus hidup dalam situasi androphobia ini. Aku akan rasa satu perasaan tidak selesa. Ya, walau aku bukan gadis idaman lelaki, tetapi apabila ada lelaki ramai di sekeliling, tahap tekanan aku memuncak. Adalah puncanya. :(

Gadis Biasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ringkasan mengenai gadis gemuk dan 'sewel' ini: 1. Kalut. 2. Pemalu dengan orang yang tidak kenal. 3. Sikit androphobia. - Takut lelaki. 4. Suka berimaginasi. 5. Layan lagu yang ada makna. 6. Tak terer masak tetapi suka memasak. Resipi yang dapat pujian wantan, kek coklat, jeruk asam boi, murtabak, daging masak merah 1 Malaysia, lempeng, jus. So, masih dalam belajar benda lain lagi. 7. Kalau nak buat sesuatu, tak suka orang lain tengok atau tahu. 8. Tak pandai nak marah kalau tak puas hati dengan individu. Kemudian, nangis sorg2. 9. Emosional. Mudah nangis, mudah gelak. 10. Kalau terasa hati, lebih suka diamkan diri. It's better than hurt the others. 11. Jangan tanya alat kecantikan! Tak faham!! 12. Gila game dan anime. 13. Sukakan haiwan. 14. Mudah percaya orang tetapi sekali dikhianati, susah mahu percaya. 15. Pakaian biasanya dipilih oleh mak. Bukan sebab tidak kisah ya! Kalau mak bahagia dengan cara memilih baju untuk...

Berfikir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti penggal yang penuh dengan masa berfikir. :') Berfikir apabila ayah mula menyatakan jodoh yang dia berkenan. Masalahnya, diri yang serba kekurangan ini belum tentu pilihan hatinya. Berfikir apabila ayah mula mengesan kesedihan dalam diri. "Kalau orang tidak pernah bertanya khabar diri kita, cari sahaja yang lain,". Ah, naluri seorang ayah! Tidak perlu cerita dia sudah tahu. Berfikir, perlu kuat untuk tahun ini. Berfikir untuk jadi seorang gadis yang feminin tetapi tegas. Dan terus berfikir.

Ah, Syerammmm~~!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. (0_0) Tajuk mengada sungguh,kan? Hahahaha...~ Akibat kekecewaan jiwa yang melampau, bawa diri ke kampung, hanya kerana dikutuk tidak kreatif. Ceh...~~ Saya jenis manusia yang kalau saya sudah buat kerja hardcore, tahap kreativiti saya dipersoalkan, memang tersentap sendiri lah. Biasalah. Manusia yang jenis tidak tahu mahu balas semula apabila orang menyindir, kutuk atau mengata, akan sentiasa jadi bahan. Saya jenis manusia yang protes dalam diam, sebab; - Tengah fikir logik atau tidak untuk saya balas balik. - Tak sanggup sakitkan hati kawan. Kelemahannya, saya akan pendam dan sakit hati. Lama-lama, hilang sayang. Bahayanya....~~~ Ah, berkaitan tajuk saya, syyeraaaammmm sangat sebab saya punya cara kerja tidak kreatif seperti kawan-kawan lain. Sedikit tertekan tetapi apabila saya tengok itu adalah usaha saya sendiri dan tidak menyemakkan mata, maka itu buat saya cukup gembira. Ah, syyeeeeeram sangat! \(^0^)/ Angkat tangan! Angkat t...

Saya Tunang Awak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :'( Hai, kisah lama! Maaf. Jujur dari hati, Tiada niat sedikit pun untuk merindu awak. Mungkin saya merindui kisah lama kita. Mungkin saya rindu untuk bercakaran dengan insan yang kenal siapa diri saya sebenar. Saya penat. Saya lena. Sedikit pun tidak terlintas mengenai awak. Tiba-tiba, Awak muncul. Bukan awak sahaja, Satu keluarga. "Mak cik datang ni bawa hajat. Anak mak cik berkenan kat kamu,". Cincin disarung ke jari. Saya takut. Saya pandang mak ayah saya. Mereka senyum. Kenapa cincin itu ada pada saya? Siapa anak mak cik itu? Terjaga. Oh, mimpi! Saya keluar cuba menenangkan fikiran. Terserempak dengan awak. Saya senyum tanpa berbicara. "Amboi, Cik Tunang! Tak mahu sapa Encik Tunang kah?". Awak senyum. Kali ini, Barulah saya terjaga ke dunia nyata. Hampir Subuh. Saya menangis. Menangis itu sahajalah yang saya buat. :'( Saat ini, walau saya jatuh hati pada sang arjuna sekalipu...

Anak Angkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sambil tunggu ayah, terasa ringan pula mahu berkongsi cerita. Cerita mengenai anak angkat. ANAK ANGKAT. Baiklah, buat sesetengah orang perkara ini macam separa fantasi,kan. Ada kisah benar. :) Pernahlah sekali, lepak dengan cikgu-cikgu. Untuk pengetahuan umum, aku masih guru pelatih dan opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kalau kalian pernah duduk dan dengar kisah anak-anak istimewa, banyak kisah sedih. Timbullah satu cerita. Kisah anak diserahkan kepada keluarga angkat. Baiklah. Diam lagi. "Apalah masalah ibu bapa? Suka hati serah anak pada orang lain. Kalau dah tahu tak mampu n ak pelihara, jangan beranak!". Kapoww! Panas hati je. Aih......~ Entahlah. Malas mahu komen lebih.

Meniti Kenangan

Assalamualaikum dan selamat bercuti kepada warga Malaysia. Penulisan kian tunggang-terbalik. Terlalu banyak perkara mahu dicoretkan tetapi benak kian perlahan, mengikut rentak tahap kepenatan. Hari ini, hati dan fikiran lebih tertumpu pada kisah lama; seawal menjejakkan kaki ke negeri jelapang padi ini sehinggalah sekarang. Tertanya-tanya juga, kenapa kaki melangkah mengelilingi kawasan institut pada hari ini? Bagaikan wayang gambar, kenangan lalu berputar di ruang mata. Persis dalam cerita imbas kembali... Ha... Gitulah keadaan aku! >_< Rindu agaknya. Jalan punya jalan, berkhayal punya berkhayal, aku berhenti menapak di kawasan 3D Corner. Melepaskan lelah di situ. Begitulah agaknya, apabila ada rindu yang tidak terlerai. Aku suka sibuk. Apabila aku ada perkara untuk fokus, aku akan lupa benda picisan. ^_^ Ingat dapat cakap 'Hai!' pada YDP. :D Tak nampak batang idung dia! Entahlah. Rindu semua. Rindu untuk bekerja. Rindu untuk berpanas di bawah terik mentari de...

Fakta Yang Tidak Terkata

Hi Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Pantai Timur. Fakta yang nyata tentang saya tetapi orang tidak tahu: 1. Kalau keluar secara berkumpulan,  saya lebih suka diam. Bukan letih atau merajuk, tetapi saya rasa saya tidak patut mencelah perbualan orang lain. Tidak kiralah kalau saya keluar dengan kawan-kawan sahaja atau kawan-kawan + cinta hati atau dengan keluarga. 2. Kalau saya diam atau langsung tidak memandang muka semasa berbual, maknanya saya marah dengan awak atau saya tidak mahu awak baca emosi saya ketika itu. 3. Tidak akan menegur seseorang dengan mudah, melainkan saya selesa dengan awak. 4. Mudah jatuh sayang dengan kawan-kawan. 5. Pemberontak dalam diam. 6. Kalau marah sangat, saya buat dua perkara sahaja; diam atau marah sambil menangis. 7. Kalau saya ragu-ragu dengan perangai seseorang, saya akan diam. Mahu menanti sejauh mana dia mampu menyimpan rahsia diri dia sendiri. 8. Berkawan dengan pelbagai jenis orang. Sehingga ayah pernah risau saya akan j...