Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

"Poyo" Sekejap!

Assalamualaikum & salam anak jati Timur Malaysia. Huhahuha.... Alhamdulillah, Yus masih diberi peluang untuk menaip lagi oleh-NYA. Poyo sekejap! Sekali-sekala je Yus guna 'bahasa pasar' dalam penulisan Yus. Pelik ke nama Yus? Hahhah... (ketawa agak sopan..~). Sepanjang Yus belajar di IPDA ni, macam-macam nama yang Yus dapat _ Yusna, Una, Mek Una...._. Apa-apa sajalah! Sepanjang Yus terpilih jadi JPP ni, tak pernahkan Yus cerita fasal kawan-kawan seperjuangan Yus dalam JPP 2012/2013 ni. Hummmm....~ Dah pernah cite tapi dua orang sahajalah! (^__^). Apa pandangan Yus mengenai tugas sebagai JPP? Well, it's hard to write! Kalau Yus tulis macam-macam nanti timbul kontroversi. Hahaha... Taklah. Macam mana Yus nak terangkan ya? Pernah tak bila korang lakukan sesuatu tu, biar penat mana pun, biar banyak mana pun mulut korang membebel tapi korang nak juga siapkan kerja tu sebab baru korang rasa tenang? Walaupun kerja tu nampak simple pada mata orang lain, tap

Jangan Bersedih _ Allah Knows

Assalamualaikum & salam sayang. Apa yang menjadikan aku semakin walang? Semenjak beberapa hari lalu, aku lebih banyak memendam rasa. Hahaha... Memang perangai aku. Aku termenung dan termenung. Ada tikanya aku kosong sangat. Pada masa yang sama, Allah datangkan ujian dan bebanan kepada ku. Aku menangis bukan setakat pada zahir, pada masa yang sama hati aku terus menangis. Puas aku memujuk hati, janganlah bersedih. Aku berusaha masukkan diri ku ke dalam duniawi yang sibuk ini seketika. Mungkin ada sesuatu yang buatkan mata aku cepat sangat berkaca. Aku termenung. Aku diam. Cuba ketawa. Mungkin pada luarannya senyuman dan hilai tawa ku yang kelihatan, namun sakit yang ditanggung oleh si hati ini, hanya Allah yang tahu. Saat aku dikelilingi teman-teman ku, aku betul-betul kesunyian. Rasa bagaikan tersisih. Aku selongkar telefon bimbit ku dan ku dengar satu lagu. Saat itu, air mata ku bergenang kembali. Aku menapak jauh dari mereka. Jauh. Jauh untuk aku sembunyikan gu

When She's Talking...

Assalamualaikum & salam sayang. I've a friend... Na'ah, not an ORDINARY friend! She is my BFF! One night I was crying over something It's about my future husband What? No! I mean some one that Allah had been created for me. When she's talking, I listened carefully... "Sejak kita dilahirkan lagi, Allah sudah catat siapa jodoh kita. Sekarang pun ada tetapi Allah tidak temukan lagi sebab belum tiba masanya. Ingat, aturan Allah sangat indah. Kembali kepada Allah dan rayu kepada-NYA. Kalau dia memang untuk kita, biar Allah yang jaga dia, jaga hubungan ini. Insyallah, Allah tidak akan menghampakan hamba-NYA. Azam dalam diri niat kerana Allah. JAGA DIRI, JAGA HATI & JAGA IMAN. Kadang-kadang kita yang terleka, kita yang bawa semua itu,". Ya Allah, Such an honest friend YOU give me. She's just a simple girl But she makes me always feel in love with her. When she's talking She makes me silent Makes me thinking

Kalau Kau Benar Kawan....

Assalamualaikum & salam rindu. Tiada kata-kata hikmat Untuk ku jadikan sampingan Hanya luahan rasa Seorang gadis yang biasa Yang tidak dipandang insan istimewa. Tidak semua manusia Sebaik mu Maka salahkah kamu Cuba mengajak kawan mu Dengan cara yang baik? Dengan kata-kata yang mampu menginsafkan? Atau memang bicara kasar itu Dapat membentuk 'kekerasan' kawan mu? Bukan setiap insan dilahirkan bertuah seperti mu Biar miskin harta Namun ilmu dunia dan akhirat mu dalam Tapi sukarkah untuk menarik kawan mu Bukan dengan lagak angkuh Tapi dengan tingkah laku yang menawan hati. Tinta ku mungkin membuatkan kau tersenyum sinis "Ah, alasan dicipta sekadar untuk meraih simpati!" Namun pernah kau merasa Saat kau hilang Dunia meludah ke arah mu? Mulut berbisa mengutuk mu? Andai kau pernah merasa Kau akan tahu puncanya Iman yang ada senipis kulit bawang Keyakinan yang wujud dipudarkan oleh bicara lantang mu.