Skip to main content

Harapan (2)

Assalamualaikum & salam anak Pantai Timur yang berada di utara.

Pandangan pertama,
Terpana melihat kesopanan mu,
Terpikat dengan senyuman mu,
Tapi aku abaikan,
Kerana perkataan 'sayang' sudah lama terkubur,
Bersama-sama kenangan yang cuba disimpan kemas.

Aku tahu,
Pertemuan kita,
Perkenalan kita,
Perasaan kita,
Semua Allah yang aturkan.

Aku takut.
Takut di saat aku sedar,
Ada rasa membenih untuk kau.
Dalam diam,
Aku tertunggu kehadiran kau,
Aku menanti nasihat mu,
Aku selesa dengan sikap manjamu.
Aku tahu,
Saat itu,
Bukan rasa biasa.
Bukan kerisauan sebagai kawan biasa.

Kita jauh berjalan,
Dan dari situ aku menilai kau.
Mungkin penilaian aku hanya 2% daripada perangai mu yang sebenar.
Perlahan-lahan,
Aku cuba menerima kelemahan mu.
Kau tahu apa aku rasa?

Aku rasa,
Aku makin suka kau,
Seadanya kau.

Harapan aku,
Bersatu dengan rasa yang kian membenih.

Aku rindu,
Aku sayang,
Namun aku tak mampu dekat.
Aku tak mampu pandang seraut wajahmu,
Hanya kerana malu.
Bukan,
Bukan malu yang tidak baik,
Tetapi malu dalam erti kata lain,
Aku terpaksa tundukkan pandangan,
Sebab aku mencair dari dalam.

Harapan aku,
Mungkin sama dengan harapan kau,
Atau mungkin berbeza.
Biar masa yang menentukan.

Jaga diri.
Jaga hati.
Jaga iman.
Jaga mata.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...