Skip to main content

Cinta Diabetes 3

"Assalamualaikum, girls! Sorry," ucap Rahman sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Salamnya dibalas serentak oleh kami bertiga.
"Rahman, kau kenal aku lagi tak?" soal Fiza dari belakang.
"Gila tak kenal budak sekolah aku sendiri!".
Aku, Fiza dan Rahman ketawa serentak.
" So, where are we going?".
"Kafe Gigit!".
" Baiklah,".
Gear ditukar kepada 'D'. Perlahan-lahan, kereta aku membelah kelam malam.

Aku biarkan mereka bertiga berbual. Jasad aku bersama-sama mereka tetapi benakku sudah melayang, menjelajah ke dunia imbas semula.
'Hati, kenapa kau sakit semasa lelaki itu menghantar mesej begitu?'.
Ah, aku sudah memulakan sesi monolog dengan diri aku sendiri.
'Kau sudah sayang dia, bukan?'.
Bibirku ketap. Tidak mahu menerima kenyataan. Tidak mahu melompat terus kepada konklusi mudah yang dibuat oleh hati.
'Jangan hati, jangan! Ingat kau pernah sakit kerana ditinggalkan tanpa sebab kukuh,'.
Sekilas, aku menjeling ke sebelah kanan. Tanda memberi peringatan kepada hati.
'Aha, tidak sama sekali! Dia kisah lama kau dan aku. Apakah salah untuk kau terima kenyataan bahawa kau sebenarnya sukakan si penjual telefon itu?'.
Pandai pula kau, hati.
"Woi, Damia!".
" Oi, mak kau!".
Fads dan Fiza ketawa melihat reaksi aku, terkejut apabila disergah oleh Rahman.
"Jauh berangan! Rindu adik.....,".
" Adik apa adik? Saya tengah fokus memandulah,".
Fads ketawa bermakna.
'Ya Allah, janganlah mereka bocorkan rahsia mengenai lelaki itu!'.
Aku terus berdoa dalam hati. Sudah, abaikan lelaki itu! Kalau betul dia sekadar mahu berkawan, ikut sahaja. Tidak perlu mengada-ngada. Namun kenapa aku rasa sedih?

"Terima kasih," ucap Rahman kepada pelayan yang usai mengambil pesanan kami berempat. Fokus aku bukan pada acara makan malam ini. Sesekali aku buka aplikasi Whatapps, kemudian aku tutup semula. Niat aku semata-mata mahu melihat status online lelaki itu.
Patut atau tidak aku beritahu dia bahawa aku sedang makan? Tempat makan kami hanya beberapa ratus meter dari tempat kerjanya. Ah, kusut!
"Kenapa kau ni, Mia?".
Ah, kalut pula Rahman menyoal! Dia sudah masak benar dengan perangai aku.
" Nothing," balasku sambil cuba tersenyum.
"Ajaklah adik kamu makan sekali," celah Fads yang dari tadi hanya memerhati kegelisahan aku.
Aku sekadar memandang kosong ke arahnya.
"Teman lelaki ek, Mia? Ajaklah sekali,".
Aku tersengih.
Mana mungkin teman lelaki? Sekadar kawan. Sudah, sakit hati tiba-tiba!
Laju aku menaip pesanan dan hantar kepadanya.

- Awak, balik dah? Saya tengah makan di kedai Kafe Gigit ni. Dekat dengan tempat awak kerja. Jom, makan sekali!

Persoalan, perlukah aku beritahu dan ajak?
Tidak sampai seminit, pesanan aku berbalas. Namun dengan pesanan suara. Alamak, mati aku! Rahman ada di sebelah. Kekuatan bunyi telefon aku perlahankan, cukup untuk pendengaran aku seorang.

"Ya Allah, Mia. Kenapa tak beritahu saya awal-awal? Saya sudah sampai rumah!".

Seketika, aku tersentak. Nada suaranya. Risaukah dia? Tidak, Damia. Bukan! Jangan perasan!
Aku cuba menahan sebak. Ya Allah, kenapa sebak sangat? Ya Allah, betulkah aku suka dia?

"Man, kenapa kau tinggalkan Damia ek? Maksud aku, kenapa, apa puncanya?" soalan yang diajukan oleh Fiza sempat ditangkap oleh cuping telinga aku. Saat itu, fokus aku berbalik kepada Rahman. Aku sekadar menjeling dengan ekor mata. Sedangkan hati aku, sudah menjerit keresahan. Aku tahu, aku akan dengar jawapan yang sama. Jawapan yang sama 2 tahun lalu.
'Man, jangan jawab! Tolong!' jerit hati aku. Malangnya, kami tiada kuasa telepati. Dia memandang ke arah aku dan aku faham maksud pandangan itu. Ya Allah, dia tuduh aku yang meminta Fyza menyoalnya dengan soalan itu! Aku tahu, itu maksud pandangannya. Sebentar lagi, luka lama yang sudah berparut, bakal ditoreh sekali lagi.

Usai mengisi perut, kami melangkah ke arah dataran. Ramai pengunjung berkumpul di dataran ini, terutama pada malam minggu. Bukan pemuda-pemudi sahaja, bahkan pengunjung yang sudah berkeluarga juga memenuhi kawasan dataran. Sekumpulan anak-anak muda yang mengalunkan qasidah menjadi tarikan utama pada malam minggu sebegini.
Dalam diam sendiri, aku sebal dan sebak. Aku biarkan mereka bertiga berjalan di hadapan.
'Ya Allah, sakitnya hati ini! Sakit apabila timbul rasa sayang untuk lelaki yang baru dikenali. Sakit apabila luka lama berdarah semula. Kau tidak perlu ingatkan aku dengan alasan-alasan bodoh engkau tinggalkan aku, Rahman!'.
Hanya mampu menjerit dalam hati.
"Mia, apa masalah awak?".
Sejak bila Rahman berada di sisi?
Aku menggeleng perlahan.
" Beritahulah saya,".
"Tiada apa-apa,".
Sudah, mata aku mula kabur! Aku bakal menangis.
" Mesti mengenai kata-kata saya tadi, kan?".
Nah, kau sudah dapat jawapan! Apakah lagi yang kau mahu? Puas hati sebab dapat ulang semula cerita lama?
"Saya minta maaf, ya! Saya ingat....,".
" Awak ingat apa? Saya rancang dengan Fiza dan Fads, untuk malukan awak?".
Rahman terdiam. Dia tunduk memandang lantai. Fads dan Fiza sengaja memberi peluang kepada kami berdua.
"Saya ingat awak... Dan mereka berpakat,".
"What? Saya terlalu baghalkah untuk mendengar semula kata-kata yang menyakitkan hati saya? Apa awak fikir, saya seronok dengar alasan awak tinggalkan saya? Awak silap! Saya.... Memang saya masih sayangkan awak. Once I told you that I will forget about you, I will do it, no matter what! Beri saya masa tetapi jangan tuduh saya dengan benda remeh begini,".
Ah, aku hamburkan segala yang terpendam semenjak satu jam yang lalu!
" Maaf. Saya ingat awak sengaja mahu kenakan saya,".
"Hahaha.. Apa untungnya saya kenakan awak? Awak akan terima saya semula? No, right? Awak bercakap macam awak tidak kenal saya, Rahman,".
Perbualan kami terhenti apabila Fads dan Fiza memberi isyarat untuk pulang. Aku biarkan Rahman tenggelam dalam dunianya.

- Bambam, kamu di mana? Balik atau belum?

Ah, ini satu lagi ancaman! Jangan ambil berat sangat, nanti aku jatuh hati!

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...