Skip to main content

Posts

ANTARA PERSAHABATAN & PERASAAN

   Mendung petang bagai menggamit kembali memori sewaktu belajar, di awal usia menjejakkan kaki di utara tanah air. Jauh daripada keluarga, keluar daripada norma kampung. Aku membawa bersama-sama hati yang kecewa kerana terpaksa meninggalkan matrikulasi, membawa diri bersendirian tanpa keluarga atau sahabat rapat kerana mendukung pundak serta cita-cita ayah, ingin aku menjadi guru.    Kisah persahabatan kali ini bermula apabila aku dan dua orang lelaki yang memang rapat atas dasar persahabatan. Di awal perkenalan, aku memang meletakkan batasan, terutama untuk hati aku sendiri. "Mek, jangan melebih-lebih! Ingat, kau ada hati untuk dijaga,". Itulah kalimat yang menjadi penghalang dan penguat untuk aku menjaga hati aku daripada terpesong dan pada ketika itu, aku juga menjaga hati insan lain. Insan yang jauh berada di Pantai Timur ketika itu. Ini kebenaran kisah aku, Azrul (bukan nama sebenar) dan Ikmal (bukan nama sebenar).     Pada hari pertama, menjadi rutin setiap institusi p
Recent posts

Berhenti!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. " Whatttttt ? Awak sudah kahwin?". "Weh, dia pun sudah kahwin! Takkanlah orang macam engkau tak laku ?". * Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan * Perkara pertama ; ber HENTI buat ayat terkejut atau muka tidak percaya. Ya, saya sudah berkahwin dan usia perkahwinan ini baharu setahun jagung. Hijau lagi. Biasanya ayat-ayat yang didengari oleh Mek, keluar dari mulut-mulut (atau jari-jemari) yang kenal perangai Mek dan kisah kekecewaan Mek yang lama. Jodoh itu tidak mengenal saiz.  Perkara kedua ; ber HENTI bandingkan diri Mek dengan diri sendiri atau kenalan kalian. Dia cantik, dia kaya, dia kacak, dia pandai, dia rajin uruskan rumah, dia pandai masak tahap Master Chef; itu semua dia punya kelebihan tetapi belum tiba masanya. Percaturan ALLAH paling terindah dan terhebat. Ya, Mek akui Mek gemuk, tidak cantik seperti kalian, saiz pinggang 48 (Opsss..), perwatakan tidak semanja kalian. Mungkin ada yang

Diam-diam Suka (E5)

Lampu Hijau "Aisha mahu ke kantin. Ada sesiapa mahu kirim makanan atau minuman?" tanya Aisha Alifa, sambil mengintai ke kelas sebelah. Kelihatan Hamidah sedang leka di meja kerja. Manakala Hanim sedang memerhati dan membimbing murid-muridnya menyiapkan kerja seni lukis. Serentak mereka memandang ke arah Aisha Alifa yang sedang tersengih. "Air Milo ais satu,". "Sirap limau ais!". "Baik.  Danny, kau nak kirim tak ?" soal Aisha Alifa,  meninggikan sedikit suaranya. "Weh,  aku mahu kirim teh o ais!" balas Danny,  selang satu kelas. Usai mengambil pesanan,  Aisha Alifa keluar daripada bilik darjah dan menyarungkan kasutnya. Telefon pintarnya bergetar,  menandakan ada pesanan masuk ke dalam peti simpanan mesej. Jari telunjuk kanan diletakkan pada bahagian belakang telefon.  Beberapa saat kemudian,  skrin telefon bercahaya dan skrin dinyahkunci. Hai Cikgu Aisha. Where are you going? Aisha Alifa tersenyu

Diam-diam Suka (E4)

Alifa Alifa Alifa Kaulah gadis jelita  Bilaku berjalan sebelah Terasa rusuk bergetar Alifa Alifa Alifa Kaulah yang mempersona Bilaku terdengar suaranya Hatiku terpaut jadi gila Hafiz tersenyum sendiri, sambil mendengar lagu yang sudah berbelas kali dimainkan oleh pemain muzik di telefon pintarnya. Setiap kali lagu itu dimainkan,  dia akan mengubah nama pada lirik asal lagu tersebut.  Sengaja Hafiz merapatkan kelopak matanya,  sambil membayangkan susuk tubuh Aisha Alifa.  Ya,  kalau pada pandangan nafsu,  susuk tubuh Aisha Alifa memang mematikan selera. Berbeza pada Hafiz,  susuk tubuh itu berjaya mencuit hati lelakinya. Sebaris senyuman terukir di bibir Hafiz. Kelopak mata dibuka kembali. Aroma kopi mengganggu fokusnya untuk berkhayal. Rakan serumahnya sedang duduk di sofa bertentangan,  sambil menghirup kopi panas. Keningnya digerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali.  "Kenapa? Ada masalah?" soal Hafiz,  acuh tidak acuh.  &q

Diam-diam Suka (E3)

Jam di pergelangan diperhati. Sudah menjadi tabiat gadis itu,  tiba awal di sesuatu tempat yang dijanjikan. Telefon pintar yang berada dalam beg tangan diambil. Keluhan halus terbit dari bibir Aisha Alifa apabila tiada satu pun pesanan yang masuk dalam peti simpanan mesej atau Whatapps . Disimpan semula telefonnya ke dalam beg tangan. Malas mahu menjadi tunggul di hadapan medan makan Aman Central,  Aisha Alifa mengatur langkah ke arah kawasan panggung wayang. Skrin yang memaparkan senarai filem baharu yang akan ditayangkan pada hari ini diperhati satu demi satu. "Assalamualaikum,". Aisha Alifa menoleh ke sebelah kiri. Spontan senyuman terlakar di bibirnya. "Waalaikummusalam," jawab Aisha Alifa. "Maaf sayang. Sesak betul dari Jitra tadi," ujar lelaki berkumis nipis itu, jujur. Aisha Alifa tersenyum. "Tidak mengapalah,  abang. Janji abang selamat sampai, Aisha sudah gembira," balas gadis bertudung merah jambu itu. Mustafa tersenyum lega. Salah

Aminul Syafiq (26)

Tuala putih itu dicelup ke dalam besen berisi air, diangkat dan diperah perlahan. Kemudian diletakkan dengan lembut di dahi Damia.  "Panasnya kepala awak. Kita pergi klinik ya, Mia?" pujuk Hanim,  sambil tangannya mengelap perlahan-lahan dahi dan seluruh wajah sahabatnya itu. Dengan mata tertutup,  Damia menggeleng lemah. Hanim mengetap bibir tanda geram.  'Liat betul kalau ajak pergi klinik,' omelnya dalam hati. Malas mahu bertekak dengan sahabatnya itu,  Hanim bangun dan menapak ke luar bilik,  setelah selesai meletakkan tuala basah pada dahi Damia. Telefon bimbit yang setia berada dalam poket seluar dicapai. Jemarinya menekan butang-butang nombor. Seketika kemudian, telefon dilekapkan ke telinga. "Assalamualaikum,". "Waalaikummusalam. Angah, sibukkah?" tanya Hanim. Pada masa yang sama, dia mengatur langkah ke dapur. Aroma bubur nasi yang dimasak olehnya menjamah deria baunya. " Tak . Kenapa?" soal Fauzan. Suara abangnya ke

Diam-diam Suka (E2)

Kebenaran dan Penerimaan Pantulan diri pada cermin diperhati seketika.  Apabila puas hati dengan penampilan dirinya, Hamidah tersenyum puas. Dia bergerak menghampiri katil,  lalu mencapai beg tangan yang diletakkan di hujung katil.  "Abang tak mahu ikut kami sekali?" tanya Hamidah buat kali yang kedua. Khairil menggeleng perlahan. Matanya masih tertancap pada majalah yang sedang dibaca. "Abang,". "Ya,  sayang?" ujar Khalil membalas panggilan isterinya. Walaupun perkahwinan mereka telah mencecah 26 tahun, Khairil masih memanggil Hamidah dengan panggilan manja.  " Emm ...,". "Risaulah tu ,". "Risau?  Maksud abang?". "Saya kenal kesayangan saya ni . Awak risau kalau cikgu baharu tu tiada hati pada anak saudara awak, bukan?" teka Khalil. Majalah di tangan telah ditutup. Kini perhatiannya beralih kepada isterinya. Hamidah tidak mengangguk mahupun menggeleng. Sebaliknya,  dia melabuhkan punggung di bir