Ada masa happy sokmo.
Ada masa nangis, mudah sangat tersentuh.
.
.
"Awak ni emosi sangatlah. Matanglah sikit,".
"Mudah bebai,".
Ini ayat yang pernah aku dapat.
Sehingga tiba masa,
Cuba berubah; lebih berbaik sangka, lebih cuba mengawal emosi, belajar jadi wanita.
.
.
Entah mana silapnya, diri rasa kosong serta-merta.
'Salahkah jadi diri sendiri?'?
Kata putus dicapai.
"Biar aku terus bersendiri kalau kekurangan diri ini kamu tak dapat terima,".
.
.
Putus asa.
Tiada rasa percaya pada mereka.
Sehingga, kita kenal.
.
.
Kau senyum.
Aku senyum.
Kau angguk, aku sama jadi belatuk.
Hahahaha....
.
.
Perumpamaan kita; aku api, kau air.
Aku kalut, kau tenang.
.
.
Entah kenapa,
Setiap pertelingkahan,
Kita sama-sama tangkis.
Salah seorang akan optimis.
.
.
Moga ini yang terakhir.
Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan..... Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...
Comments
Post a Comment