Assalamualaikum dan salam rindu.
😖😖😖
Tidak mahu mencoret terlalu dalam.
Cukup sekadar peringatan untuk diri sendiri dan mengajak kalian berfikir sejenak.
”Kau ni penakutlah!".
"Mainan perasaan kau je!".
" Dah kau fikir bukan-bukan, datanglah benda tu!".
Ayat-ayat yang sering aku terima, tatkala jiwa mula dirusuh, saat rohani diprovok.
Provokasi yang bukan datang dari manusia.
Siapa mahu?
Merasai kehadiran bukan manusia.
Sekali,
Aku boleh terima itu mainan perasaan.
Dua kali,
Masih boleh dipertimbangkan.
Berkali-kali?
Itu bukan kebetulan.
Maaf.
Kalau tidak percaya,
Sekurang-kurangnya,
Jangan ranapkan kekuatan aku untuk belajar mengawal,
Emosi dan rohani.
Tiada kuasa yang lebih hebat berbanding Yang Maha Esa.
Comments
Post a Comment