Skip to main content

Cinta Diabetes 1

Signal ke kiri diberi sebaik sahaja kereta menghampiri persimpangan masuk ke pintu utama bangunan hijau itu.
"Betul awak pernah datang sini?".
Tanpa membuka mulut, aku sekadar mengangguk. Bukan tidak selesa duduk di sebelah lelaki itu tetapi ada perkara lain yang mengganggu benak aku pada saat itu.
Sebelum cerita ini kian panjang, biar aku ceritakan mengenai lelaki di sebelahku.


Namanya Rahman, lelaki pertama yang berjaya menawan hati dara aku. Hahaha.... Kami kenal semenjak zaman sekolah menengah. Mula bercinta selepas SPM dan kisah cinta monyet itu terkandas tiga tahun yang lalu. Jangan tanya aku sebab utama tetapi jawapan yang pernah aku dapat,"Saya seorang lelaki yang mudah bosan dengan perkara yang sama," dan "Awak lebih baik berbanding saya,".  Sekarang kami berkawan.

Seorang lelaki yang bertopi memberi isyarat tangan, menandakan ada  ruang kosong untuk aku memarkirkan keretaku di situ. Aku mengangkat tangan tanda terima kasih.
"Awak ada seringgit tak? Beri pada abang tu,".
Rahman menyeluk kocek seluarnya. 


Apabila kami keluar dari kereta, abang bertopi itu berdiri di hadapan kereta. Aku senyum kepada abang itu. Bukan cuba memikatnya tetapi aku tahu, dia seorang insan istimewa. Dia bisu.
"Cukup, abang?".
Abang itu mengangguk. 


Kami melangkah beriringan masuk ke dalam bangunan hijau itu.

Aku pernah datang ke sini. Bagi orang sekitar Alor Setar dan Jitra, kawasan ini tidak asing, terutamanya kepada sesiapa yang suka menukar telefon. Hahahaha.... Dengan kata lain, ini syurga telefon! Aku pernah ke tempat ini beberapa kali. Yang terbaru, sebulan yang lalu, untuk mencari telefon baru. 

Teringat sahaja peristiwa sebulan lalu, membuatkan aku rasa teruja (malu mungkin). Kenapa? Ada seorang abang telefon yang menarik perhatian aku.
Jangan fikir bukan-bukan!
Hahahahaha....

"Kedai telefon mana awak nak bawa saya?".
"Em, ada satu kedai telefon yang saya pernah pergi,".
"Boleh percaya?".
"Insyaallah, boleh. Orang Melayu kita juga yang jual,".
Rahman terdiam. Dia mengekori langkahku. Sepanjang melalui kedai-kedai yang menjual telefon, kami disapa oleh para peniaga. Rahman leka memandang sekeliling. Sementara aku, puas berselawat dan berharap abang telefon yang pernah aku berurusan itu cuti atau tiada di kedainya. Baiklah, aku rasa aku kena imbas semula mengenai abang telefon itu.


..Sebulan yang lalu..
Telefon pintar yang dihadiahkan oleh ayah kepadaku rosak, skrin retak.
"Retak kasih kita.....".
Tiga pasang mata memandang wajahku. Mereka membuat mimik muka menyampah.
"Frust ke telefon rosak?".
"Gila tak frust!".
"Tak payah frust sangat. Nak pergi beli yang barukan,".
Aku tersenyum. Alhamdulillah, ada rezeki untuk beli telefon baharu.
Suasana sepi seketika. Mujur radio kereta memutarkan lagu yang sedang popular pada masa kini.
"Weh, korang! Agak-agak abang yang jual telefon hari tu ada lagi tak?".
Kedengaran mereka mendesis serentak.
"Abang tu dah kahwinlah!".
Kata-kata Mira buat aku terdiam.
"Mana kau tahu?".
"Sebab tengok badan abang tu, da macam orang kahwin!".
"Aha, betul tu Mia!" celah Fida, menyokong hujah Mira.
Fads di sebelahku tersengih.
"Patah hatilah Mia!".
Serentak mereka ketawa. Sebaliknya, aku rasa sedikit kecewa.
'Eh, Damia oi! Kau tu minat je, bukan suka!'.


Aku terdiam seketika, cuba mengingati semula susuk tubuh abang telefon itu. Ah, aku manalah ingat bentuk badan dia! Aku cuma ingat senyuman manis dia. Terpanah tepat ke jantung!

Dipendekkan cerita, abang itu yang setia melayan pertanyaan aku. Aku ingat lagi, untuk mengawal kecewa aku, aku sengaja banyak bertanya mengenai telefon yang aku mahu beli.

"Damia!" panggil Rahman, menyedarkan aku dari lamunan.
"Apa?".
"Kau mengelamunkah?".
Aku tersengih, malu sendiri.
Semakin menghampiri kedai telefon itu, dada aku rasa senak. Amboi, teruk!
'Suami orang tu!'.
Doaku hanya satu, agar abang itu tiada di kedainya.


Malangnya, doa aku itu terhijab. Hahahaha....
Susuk tubuh abang itu aku cam dari jauh. Ah, sudah! Rajin pula jantung aku kerja lebih masa!

"Assalamualaikum, kak dan abang! Boleh saya bantu?" sapa seorang jurujual yang lain. Aku menghembus nafas lega. Abang yang aku minat itu sibuk melayan pelanggan lain.

Aku biarkan Rahman dengan jurujual itu. Sengaja aku menapak ke arah kafe di belakang kedai telefon. Tiada minat untuk menemani Rahman memilih telefon dan pada masa yang sama, cuba mencari ketenangan agar hilang segala debar yang tiba-tiba bertandang.


Setengah jam telah berlalu, tetapi Rahman tiada tanda-tanda akan selesai urusan membeli dalam masa yang singkat. Antara mahu dan tidak, aku bangun dan menapak ke arah kedai telefon itu.
Langkah aku terhenti apabila mata aku tertancap pada batang tubuh seorang lelaki.


'Alamak, ada pula dia di situ! Apa aku patut buat? Bertenang Mia, bertenang,'.
Cuba berlagak tenang.
"Tak siap lagi?".
"Belum," jawab Rahman ringkas dan kembali menyoal jurujual itu. Aku tahu, sepasang mata sedang melihat ke arah aku dan Rahman.


Dengan memberanikan diri, aku memandang abang itu.
Kami berbalas senyuman.
Zap!
'Sungguh manis, Ya Allah!'.


Pantas aku menundukkan pandangan. Baik pandang meja daripada pandang dia.
Tidak senang berdiri, aku duduk di kerusi. Masalahnya, secara automatik aku duduk setentang dengan abang telefon itu.
Sekali lagi kami saling memandang dan berbalas senyuman sambil terangguk-angguk.
'Mangkuk hayun betul Damia ni!'.
"Amboi, cik kak kahwin tak ajak ya!".
Spontan aku memandang dia, antara percaya dan tidak. Otak aku cuba mencerna maksud ayatnya.
"Cincin ada, inai ada. Kahwin ya raya lepas?".
Aku melihat jari manis ku, terselit cincin emas pemberian arwah opah dan inai yang masih merah. Aku tergelak kecil.
"Mana ada, abang. Tak kahwin lagi," balasku. Saya minat abanglah! Abang yang sudah kahwin, kata kita.
"Iyalah tu!".
"Betul!".
Entah kenapa aku bersungguh-sungguh menafikan.
"Kak balik ke raya lepas?".
"Balik,".
"Balik Kelantan?".
"Aha,".
"Datang dengan siapa?".
"Ni, kawan,".


Aku menunjuk ke arah Rahman. Seketika, aku dan dia diam. Cari topik, Damia!
"Kamu duduk Pendang, kan?" soalku, tiba-tiba teringat perbualan kami sebulan yang lalu.
"Ya, kak. Kenapa?".
"Abang tahu tak mana kedai nasi daging sekitar sana?".
"Nasi daging? Ish, mana ek?".
"Takkan abang orang situ tak tahu?".
"Em, tak perasan pula! Eh, jangan panggil saya abang, boleh tak? Awak tu pangkat kakak,".
Aku tersengih. Biar betul?
"Biarlah, nak panggil abang!".
"Janganlah. Kak yang lagi tua,".
"Amboi, suka hati kata kita tua! Entah-entah abang sudah kahwin,".


Ah, sudah! Apa perkaitan ayat aku dengan umur kami yang sedang dibahaskan sekarang?
"Saya muda lagilah kak. Bujang lagi ni. Berani kata kita sudah kahwin,".
"Betul kamu muda lagi berbanding kami?".
"Baiklah. Kak dilahirkan pada tahun berapa?".
"1992,".
"See? Awak tu pangkat kakak, saya pangkat adik. Jadi, jangan panggil saya abang, ya!".
Kami berdua ketawa serentak.


Sumpah, aku suka tengok senyuman dia. Betulkah dia masih bujang? Nampak macam tiada peluang sahaja, sebab muda. 
"Sombongkan dengan saya. Tak tegur pun dari tadi,".
"Eleh, kamu yang sombong! Kami mesej untuk tanya mengenai telefon, tak balas,".
"Eh, ada ya?".
"Betul,".
"Ish, mana ada! Bak sini nombor kakak,".
"Untuk?".
"Kalau ada urusan mengenai telefon, boleh kak cari saya,".
"Oh, baiklah!".
Dia menyimpan nombor telefonku dalam telefonnya.
"Nanti kejap. Saya telefon. Kak jangan angkat pula!".
Aku mengangguk.
Seketika kemudian, telefon aku berdering.
"Nama kamu siapa?".
"Kak letak nama Muhammad. Kakak nak saya panggil apa?".
"Damia,".
Muhammad mengangguk faham.


Aku memang tidak mampu untuk pandang wajah dia. Boleh kena serangan jantung!

Aku tersenyum sambil mata memandang tepat ke jalan raya. Hehehe.... Berbunga-bunga hati!
'Jangan perasanlah, Mia! Dia ambil nombor kau, belum tentu dia berminat,'.
'Tidak mengapa, Mia. Manalah tahu, ada cerita lain bakal menyusul kelak,'.
Akal dan hati saling bertingkah. Namun, tidak sedikit pun mematikan senyuman di bibirnya.
"Kita mahu makan di mana?".
Pertanyaan Rahman menyedarkan Damia ke dunia nyata.
"Saya ikut kamu saja,".
Jawapan padat dan ringkas sebab benak aku tengah penuh dengan senyuman abang telefon. Eh, adik! Eh? Eh? Muhammad, si adik manis.


'Berhentilah perasan Cik Damia!' laung hati aku sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...