Skip to main content

Sayang Aku Sayang

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati kelahiran Pantai Timur.

"It's  hard wake up from a nightmare, even if you aren't sleep,".

Semenjak baligh, perkara utama yang menjadi penghalang diri aku sendiri adalah 'sisi negatif' aku.
"I'm a fat woman. I can't find any happiness. No man is willing to share his love with me. I am just a burden to the others,".

Fikiran negatif itu mula terbang apabila aku mengenali seorang lelaki.
Lelaki yang selain daripada ayah aku, yang mampu meraih kepercayaan aku kepada lelaki. Lelaki, yang pada ketika itu, aku yakin dia menerima aku seadanya diri aku; kekurangan aku pada fizikal.
Tika itu, hidup aku berfokus. Aku tidak kisah pandangan orang lain terhadap diri aku. Aku letak ke tepi sikap rendah diri aku. Sungguh. Keyakinan diri aku sangat tinggi.

"They told me to pour my heart into everything I do. So, that's what I did. I poured, poured and poured. Now, they ask me why I'm so empty,".

Perkara yang paling takut untuk aku hadapi adalah perpisahan. Perpisahan yang berlaku bukan kerana silap aku atau silap dia. Namun, cinta yang telah berlalu meninggalkan kami berdua.
Aku rebah. Aku lemah.
Keyakinan aku mula goyah.
"Adakah dia tinggalkan aku kerana aku tidak seperti gadis idamannya?".
Berbulan-bulan persoalan itu berlegar di benak aku.
Namun, berusaha untuk kuat. Walaupun secara zahirnya aku menerima kekurangan diri aku, secara fizikal, secara batinnya, aku berubah kepada diri aku yang dahulu; tidak menghargai diri sendiri dan merendah diri.
Aku menyalahkan keadaan, persekitaran yang kian menekanku perlahan-lahan. Persepsi orang sekeliling menjadi makanan jiwa aku.

"Kau memang pelik ya?".
"Kenapa kau suka bersendirian, ya?".
"Shoosh, woman! Dia tidak layak untuk kau,".

Saat itu, aku menyalahkan situasi. Aku meletakkan beban yang aku tanggung itu berpunca daripada orang sekeliling. Sehinggalah, pada satu hari, ayah menghentak fikiran aku dengan bicaranya yang ringkas.
"Wat gapo nok amek kisoh gapo hok ore lain oyak? Ado ko sep yo hok baya make minum awok? Ado sep yo kisoh maso awok susoh? Takdok kea? Hok petim, jago diri, jago hati keluargo. Dale idup ni, bendo hok remeh jange dok pikir gak. Banyok lagi nuh, ujiye ko depe-depe nuh,".

"She stucks between; who she is, who she wants to be and who she should be,".

Aku ketawa dan terus ketawa sendiri.
Kenapa aku harus menyalahkan keadaan? Kenapa harus biarkan orang mendefinisikan siapa aku, atau betapa peliknya aku? Perlukah aku biarkan orang lain yang menentukan siapa aku berhak untuk suka?
Allah, lambatnya aku sedar semua ini.
Kalau aku yang tidak sayang diri aku, kalau aku yang biarkan mereka mendefinisikan siapa aku, mana nilai diri aku sendiri?
Tiba masa untuk aku ambil langkah berani.

Aku akan cuba lebih menyayangi diri aku. Menerima kekurangan aku secara fizikal dan bangkit secara bertatih.
Aku tidak akan biarkan mereka menentukan siapa aku patut atau tidak patut suka. Kalau aku suka seseorang yang lagi 'kecil' berbanding aku, biarkan aku terus menyukainya. Jodoh dalam pelbagai saiz, bukan?
Kalau aku suka makan, aku akan makan. Kenapa? Ini kisah benar. Aku ada kebolehan menarik minat orang lain untuk makan apabila mereka melihat aku makan. Mereka yang kata, ya. Kelebihan aku yang tersendiri.

Yang paling utama, aku tidak lupa agama aku, asal-usul aku dan keluarga aku serta insan-insan yang Allah telah hadirkan kepada aku; semasa aku senang dan susah.

"Give but do not allow yourself to be used. Love but do not allow your heart to be abused. Trust ut don't be naive. Listen to the others but don't lose your own voice,".

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...