Skip to main content

Cinta Diabetes 5

Terkebil-kebil aku memandang skrin telefon. Antara percaya dan tidak, sama ada aku sudah terjaga dari lena atau roh aku masih mengembara di alam mimpi. Kulit aku yang berlemak aku cubit perlahan. Sakit! Sekali lagi mesej yang masuk ke dalam peti simpanan telefon pintar itu aku baca.

- Bambam, sibuk tak? Jom, jumpa sekejap! Saya ada hal nak beritahu.

Aku pandang jam digital yang tertera di bucu skrin telefon pintar aku. Waktu Asar baru sahaja menjengah.

- Jumpa? 

Balasan berbentuk pertanyaan aku hantar kepadanya. Dalam keadaan mamai, aku bangun dan bergerak ke bilik air. 

"Kenapa termenung, Mia?".
Fads menegur aku, apabila lama melihat aku berteleku di sejadah. Aku memandang Fads, dengan pandangan yang kosong. Patut atau tidak aku minta pendapat dia?
"Fads, saya nak tanya sesuatu boleh?".
"Awak dah tanya pun,".
"Fads!".
Gadis itu ketawa sambil matanya masih melekat pada skrin telefon pintanya.
"Muhammad,".
"Kenapa dengan Muhammad?".
Tumpuan Fads beralih kepada aku. Fads tahu aku sudah menyukai lelaki itu. Boleh kata cinta pandang pertama, mungkin?
"Dia ajak jumpa. Patut atau tidak?".
"Em, patut atau tidak? Jumpa di mana?".
"Restoran lama dekat lapangan terbang sana,".
"Untuk?".
"He said something should be talk about,".
"Sebab awak nangis semalam ek?".
Pipi aku terasa panas. Mungkin.
"Pergilah. Yang penting, jaga diri dan jaga batas,".
Aku tersenyum, cuba menyembunyikan galau di jiwa.

Fads sekadar memerhati rakan sebiliknya itu bersiap. Teringat kali pertama reaksi sahabatnya yang berbadan besar apabila melihat Muhammad. Bersungguh benar Damia memuji lelaki itu.
"Comel sangat abang tu!".
"Damia Husna, dia dah kahwin!".
Fads tersenyum apabila teringat muka kecewa sahabatnya itu. Dia kenal gadis senegerinya itu, sangat tidak suka berdamping dengan lelaki.

"Fads, saya pergi dulu!".
"Hati-hati! Jangan nakal,".

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...