Skip to main content

Kisah Khemah Bergerak

Assalamualaikum dan salam rindu dari gadis yang cuba belajar senyum.

Khemah bergerak; sinonim dengan gadis yang berhijab labuh dan besar.
Hahahaha...~
Dulu terasa hati juga tetapi hidup kalau selalu sakit hati, mudah sakit nanti. Senyum dan kata "Saya comel! ".

Banyak dugaan untuk berubah. Selalu dengar orang kata,"Banyak dugaan kalau kita mahu berubah ke arah kebaikan,". Awalnya, aku sendiri tidak faham. Apabila berada di situasi itu, barulah faham.

Dulu, aku pakai tudung bawal besar, bidang 60.
Semasa belajar di IPG, ada kawan hadiahkan sehelai tudung labuh. Aku terima dan simpan. Berbulan lamanya.
Sehinggalah satu saat, terdetik di hati.
"Apa salahnya kalau mencuba?".
Ambil dan sarungkan ke kepala.
Selesa.
Tertutup.
Tiada lagi pandangan mata asing, yang meliar ke bawah.

Awalnya, tiada masalah.
Di belakang ku, mula timbul khabar angin.
"Dia pakai tudung labuh sebab ustaz tu la tu!".
"Kau pakai tudung labuh ni sebab nak ngorat ustaz tu la,kan?".
"Kau da la gemuk. Makin lebar aku tgk kau,".
"Hm... Takde tudung yang besar lagi? Pakailah yang labuh sampai kaki,".
"Ish, p pantai pun pakai stoking! Nak main air, buanglah stoking tu!".
Sakit.
Perit.
Entahlah.
Ada masa aku menangis.
Ada masa aku pekakkan telinga.
Mujurlah Allah kurniakan mak ayah dan kawan-kawan sebagai penguat.

Ya, aku selesa biarpun nampak kolot.
Biarpun nampak seperti orang tua.
Namun aku selesa.
Terselamat daripada pandangan liar mata lelaki.
Jauh sekali diusik semasa berjalan-jalan.

Aku masih tidak sempurna.
Jangan nilai aku berdasarkan pakaian ku.
Berkawan dahulu dengan ku.
Bercerita dahulu dengan ku.
Kerana aku tidak suka untuk terus menilai seseorang tanpa mengenalinya dengan lebih rapat.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...