Skip to main content

Meniti Kenangan

Assalamualaikum dan selamat bercuti kepada warga Malaysia.

Penulisan kian tunggang-terbalik.
Terlalu banyak perkara mahu dicoretkan tetapi benak kian perlahan, mengikut rentak tahap kepenatan.

Hari ini, hati dan fikiran lebih tertumpu pada kisah lama; seawal menjejakkan kaki ke negeri jelapang padi ini sehinggalah sekarang. Tertanya-tanya juga, kenapa kaki melangkah mengelilingi kawasan institut pada hari ini?
Bagaikan wayang gambar, kenangan lalu berputar di ruang mata. Persis dalam cerita imbas kembali... Ha... Gitulah keadaan aku!
>_<

Rindu agaknya. Jalan punya jalan, berkhayal punya berkhayal, aku berhenti menapak di kawasan 3D Corner. Melepaskan lelah di situ. Begitulah agaknya, apabila ada rindu yang tidak terlerai.
Aku suka sibuk. Apabila aku ada perkara untuk fokus, aku akan lupa benda picisan.
^_^
Ingat dapat cakap 'Hai!' pada YDP. :D
Tak nampak batang idung dia!

Entahlah. Rindu semua. Rindu untuk bekerja. Rindu untuk berpanas di bawah terik mentari dengan rakan-rakan. Rindu untuk duduk semeja dan makan.
Entahlah. Perlahan-lahan, rasa sayang yang singgah, aku cuba campak ke tepi. Penat untuk terus dihenyak, walau aku sayang mereka. Penat untuk mengalah, biarpun terus disakiti.

Malangnya, dalam cebisan hati yang kian hitam ini, masih ada sekelumit cinta buat mereka. Biarpun aku dilukai, biarpun aku dihina, biarpun aku tidak pernah tercatat pun dalam kisah hidup mereka. Degilkan sekeping hati ini?
:'(

Timbul satu rasa dalam hati.
"Berhenti merindu pada sesiapa; melainkan keluarga mu. Berhenti, Siti Husna binti Hassan Basri. Kau yang akan kecewa dan terus merindu kelak,".
Hati siapa aku mahu tipu?

Jangan nekad, Husna.
Jangan nekad, Siti.

:'(
:'(

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. &#128536;&#128536; 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? &#128514;&#128514;&#128514; Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...