Skip to main content

Bukan Adab Saya

Assalamualaikum & salam sejahtera daripada anak perantauan yang berpuasa di utara tanah air.

'Aku' 'engkau' menjadi perkataan terLARANG semenjak seawal aku boleh bercakap. Hanya gaya penulisan aku sahaja yang ada perkataan ini. Ini semua hasil didikan emak. Pernah sekali aku menggunakan kata ganti nama diri 'aku', pantas emak menyergahku.

Semenjak aku berjauhan dengan mereka, belajar di utara, ada tikanya perkataan terlarang itu terlepas di bibir.

Sementelah perkataan lain, 'bengong', 'bodo', 'gilo', 'natang' dan sama maksud dengan perkataan tersebut; yang mungkin biasa pada orang lain tetapi tidak pada adab yang telah diterapkan dalam hidup aku.

Tujuan penulisan aku pada kali ini adalah supaya orang yang dekat dengan aku, tahu cara yang sesuai untuk berbual atau berlawak dengan aku. Dengan kata lain, tidak akan buat aku sentap!
^O^

Kalau perbuatan aku menyakitkan hati,
Kalau ketawa aku benar membingitkan telinga,
TOLONG!
TOLONG TEGUR DENGAN BERHIKMAH.
Jangan beri aku gelaran 'NATANG', 'GILO' & 'BENGONG'.
Oh, ya!
Perkataan 'b****' dan 'b***' jangan disua ke dalam otak aku.

Prinsip aku mudah.
Kau hormat aku,
Aku hormat kau.
Tidak kira umur.
Kalau kalian lebih tua berbanding saya,
Saya hanya hormat,
Sebabkan 2 perkara;
Kalian lebih berpengalaman & berumur.

Dan,
Hanya kawan yang benar2 rapat sahaja boleh bergurau kasar.

Maaf.
Ini bukan penulisan 'mulut puaka'.
Mungkin sedikit emosi.
Ini penulisan yang paling ringkas,
Untuk kalian faham,
Saya jenis orang yang ada sedikit pantang larang.

Ada sebahagian diri ini,
Boleh kalian jadikan bahan lawak.
Untuk sesetengah bahagian,
Sila hormat diri saya,
Sebagai gadis yang dibesarkan dalam ADAB ini,
Dan sebagai gadis biasa yang ada hati dan perasaan.
Jangan nilai saya kerana 'kegilaan' saya.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...