Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ego.
Itu perkataan sesuai untuk huraikan mengenai saya.
Ego mahu mengaku rindu,
Ego mahu mengatakan sayang.
Ego mahu mengakui kesalahan diri,
Melainkan melalui surat atau mesej.
Maaf,
Saya tidak pandai untuk beri reaksi,
Pada insan yang luahkan,
"Saya sayang awak,",
Bukan sebab tiada rasa yang sama.
Cuma kalau saya balas semula,
"Saya pun sayang awak,",
Awak akan dengar angin sahaja berhembus.
Pernah perasan atau tidak,
Apabila awak kata,
"Saya sayang awak,",
"Saya rindu awak,",
Saya terus palingkan wajah saya,
Atau saya diam,
Atau reaksi paling teruk,
Saya akan buat muka pelik?
Bukan sebab saya tidak punya rasa yang sama,
Cuma saya takut,
Saya rebah di situ.
Maaf.
Kalau kanak-kanak yang kata
"Saya sayang cikgu,",
"Kakak ni comel,",
Saya pun tidak mampu balas semula.
Saya akan peluk ketat-ketat.
Mungkin juga,
Ini bukan ego,
Tetapi perasaan malu.
Malu?
(^_^)
Comments
Post a Comment