Skip to main content

Cinta Diabetes 4

"Mia, bangunlah! Subuh,".
Berulang-ulang suara teman sebilik menerjah ke dalam telinga. Separa sedar, aku bangun dan duduk di birai katil.
"Pukul berapa dah?".
"Enam. Boleh solat?".
Aku mengangguk. Berpandukan cahaya yang dipancarkan oleh lampu meja, aku mencapai tuala dan peralatan mandi.
Di dalam bilik mandi, aku merenung paip air hujan. Kepala aku terasa berat. Birai mataku terasa bengkak, membuatkan pandangan aku sedikit terjejas.
Ah, kesan menangis semalam!

Kebisuan aku difahami oleh Fads. Dia tidak terus bertanya, sebaliknya dia membiarkan aku hanyut dalam dunia aku sendiri.
Aku sendiri tidak pasti sebab utama yang menjadikan aku galau pada malam itu. Mungkinkah kerana perbuatan Rahman? Atau kerana kenyataan lelaki itu?
Nampaknya, aku makin suka kepada Muhammad. Bukan sekadar suka-suka untuk berkawan. Mungkin cara layanannya buatkan aku rasa dihargai.
Tiba-tiba, telefon aku bergetar, menandakan seseorang telah menghubungiku. Ah, panjang pula umur Muhammad!

-Hai, bambam!

Aku memandang kosong skrin telefon. Perlu aku balas atau biarkan?

-Hai, bulat!
-Ha, ada pun! Sihat?
-Alhamdulillah. Kamu?
-Sihat, alhamdulillah. Mana kamu pergi hari ni? Kenapa diam?

Ah, tertekan! Dia yang seolah-olah mengatakan jangan menaruh perasaan padanya, sekarang dia mahu aku terus berhubung dengannya? Aneh!

-Tak pergi mana-mana pun.
-Em....
-Kenapa?
-Kamu terasa hati dengan kenyataan saya semalam?

Ah, sudah! Aku paling benci jika tekaan seseorang itu tepat. Mudah sahaja air mata bergenang.

-Tidaklah.
-Tipu! Kamu sakit hati, kan?

Tidak, Damia! Kau tidak sakit hati atau ya sebenarnya?
Jari-jemari aku berhenti menaip.

-Bambam, maafkan saya. Jangan serahkan rasa sayang awak pada saya sebab saya belum bersedia mahu menerima perasaan sesiapa.

Saat itu, aku rasa mahu menjerit. Kalau kau tidak mahu aku ada perasaan pada kau, berhenti ambil berat mengenai aku! Berhenti cari aku. Berhenti curi hati aku!
Ikutkan hati, mahu sahaja aku menaip ayat itu. Masalahnya, dia tidak sedar bahawa dia berjaya meraih kepercayaan aku. Bukan salah dia, kan? Dia hanya mahu berkawan.

-Kenapa diam?

Mata aku kian berkaca-kaca. Air mata menunggu masa untuk turun.

-Bambam, awak serabut ya? Nanti saya telefon awak.

Jangan! Jangan telefon aku dalam waktu aku tengah menunggu masa untuk melepaskan rasa sedih begini! Belum sempat aku melarang, telefon aku berdering. Aku berdehem perlahan, berharap dia tidak dapat mengecam kelainan pada suara aku.

"Assalamualaikum, bambam!".
" Waalaikummusalam,".
"Awak buat apa?".
" Tengah cuba untuk tidur,".
"Awak, saya minta maaf ya. Saya dah sakitkan hati awak,".
Akhirnya, empangan air mata aku pecah. Berderu air mata membasahi pipi. Suara Muhammad jelas menunjukkan dia kaget.
"Damia, Ya Allah! Kenapa menangis? Saya sakitkan hati awak sungguh,".
" Tak. Tak. Bukan. Awak tak buat apa-apa pun. Saya ada masalah," tingkah aku. Otak, fikir satu alasan munasabah! Perselisihan faham dengan Rahman aku jadikan alasan. Aku ceritakan semua pada Muhammad.
"Sudahlah, Mia. Jangan fikir lagi. Abaikan dia,".
Tiada kesan. Esakan aku kian tidak terkawal.
" Masya-Allah. Sudah!".
Muhammad, jangan tengking aku! Makin aku sayu.
"Mia, awak nak dengar sesuatu tak?".
"Apa?".
"Em.... Nanti saya hantar pautan video pada awak. Nanti dengar ya,".
Lembut sahaja suara lelaki itu, cuba memujuk aku.
"Sekarang, lap air mata dan cuba untuk tidur ya. Istighfar, selawat, semoga awak tenang, bambam!".
"Baiklah,".
Selepas talian dimatikan, aku menyambung aktiviti menangis aku.

Usai solat, aku merebahkan semula badan ke atas katil. Kepala aku semakin berdenyut-denyut. Ah, cengeng!
"Fads, pagi ni ada kuliah atau tak?".
"Em... Tiada,".
"Saya nak tidur sebentar. Sakit kepala. Nanti kejutkan saya,".
Fads sekadar mengangguk.

Tiba-tiba, telefon aku berbunyi. Ada mesej daripada Muhammad.
-Ini pautan video yang saya kata semalam. Nanti tengok.

Aku tidak membalas. Telefon aku letakkan di tepi kepala. Mata dipejam.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...