Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ringkasan mengenai gadis gemuk dan 'sewel' ini:
1. Kalut.
2. Pemalu dengan orang yang tidak kenal.
3. Sikit androphobia. - Takut lelaki.
4. Suka berimaginasi.
5. Layan lagu yang ada makna.
6. Tak terer masak tetapi suka memasak. Resipi yang dapat pujian wantan, kek coklat, jeruk asam boi, murtabak, daging masak merah 1 Malaysia, lempeng, jus. So, masih dalam belajar benda lain lagi.
7. Kalau nak buat sesuatu, tak suka orang lain tengok atau tahu.
8. Tak pandai nak marah kalau tak puas hati dengan individu. Kemudian, nangis sorg2.
9. Emosional. Mudah nangis, mudah gelak.
10. Kalau terasa hati, lebih suka diamkan diri. It's better than hurt the others.
11. Jangan tanya alat kecantikan! Tak faham!!
12. Gila game dan anime.
13. Sukakan haiwan.
14. Mudah percaya orang tetapi sekali dikhianati, susah mahu percaya.
15. Pakaian biasanya dipilih oleh mak. Bukan sebab tidak kisah ya! Kalau mak bahagia dengan cara memilih baju untuk anak dara dia seorang ni, biarlah. Asalkan dia puas hati.
16. Suka indoor game. - Congkak, catur.
17. Bolehlah main badminton tapi lama dah tak join.
18. Suka berada di padang. Walau lari tak laju, suka sangat apabila kawan-kawan bagi peluang cuba main baseball, bola tampar, bola keranjang, hoki, lompat jauh. :D
19. Suka sangat kawad.
20. Suka alam sekitar.
Itu serba sedikit pasal saya.
(#^_^#)
Comments
Post a Comment