Skip to main content

Impian

Assalamualaikum dan salam rindu.

Mata tak lelap.
Minda melayang selangkah ke hadapan.
Benak rajin memasang angan-angan.

Dalam dunia yang serba mahal kini, terfikir, kenapa perlu menyusahkan sesuatu yang mudah?
Terus kepada impian utama: KAHWIN.

Persoalan diri sendiri yang nyata;
Kenapa perlu didera pihak lelaki dengan hantaran yang melambung? Bukankah kahwin dapat mencegah zina? Bukankah kalau pasangan itu tidak dapat berkahwin, hanya semata-mata terbeban dengan kewangan, akan membuka pintu zina? Entahlah. Pembacaan aku tidak tinggi tetapi soalan ini terus terpahat.

Persoalan kedua; kenapa perlu menempah persalinan yang mahal, pelamin yang gah, katering yang dibayar ikut kepala dan sebagainya berkaitan perkahwinan? Adakah masyarakat sukar menerima majlis kenduri yang ringkas; memasak secara bergotong-royong, pakai baju Melayu/kurung/jubah. Apakah salah? Atau hanya aku yang hidup dalam dunia..... Tidak realiti?

Impian aku, cukup kedua-dua pihak tidak terbeban. Cukup kedua-dua pihak menyambut hari bahagia itu dengan sederhana.
Ah, aku hidup dalam anganan lagi! Mana mungkin ada keluarga mahu mengadakan majlis perkahwinan yang sederhana!

:'(
Hanya kerana kekangan kewangan, satu perkara baik, menjadi masalah.
Kenapa? Sehingga perlu membuat pinjaman untuk berkahwin.
Ya, seketika nampak gah.
Kelak? Bukan tetamu yang menanggung bebanan hutang. Pasangan yang berkahwin itu mula terdesak.

Impian aku mungkin nampak tidak realistik.
Namun salahkah sekiranya pasangan yang baru sahaja belajar untuk hidup bersama-sama, berkongsi senang susah, untuk hidup dalam keadaan yang biasa-biasa sahaja?
Terbayang.
Celik mata, sebelah ada insan tercinta.
Subuh berjemaah.
Sarapan satu meja.
Bersalam dan cium pipi suami.
(#^_^#)

Bagi insan realistik, impian ini mengarut.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...