Skip to main content

Cinta Diabetes 2

Sebal. Skrin telefon pintar dipandang sekali lagi. Sebaris pesanan ringkas yang dihantar kepadanya membuatkan aku tersentak. Sedih? Perlukah aku sedih?

Jangan letak harapan pada saya. Jangan bagi ruang pada saya dalam hati awak. Saya takut saya akan lukakan hati awak.

Aku cuba tersenyum, dengan harapan rasa galau ini berlalu pergi. Namun kenapa aku rasa sesak, sakit sangat di dada?
"Kenapa Mia?" tanya Fads, apabila aku mengeluh panjang.
Aku memandang sahabatku itu dan cuba tersenyum.
"Kita keluar nak malam ni?" soal aku, cuba mengubah topik. Fads terdiam seketika, gayanya sedang berfikir sesuatu.
"Aha, elok juga! Saya pun bosan. Kita pergi makan, nak?".
"Assalamualaikum, girls!".
Belum sempat aku menjawab pertanyaan Fads, pintu bilik dibuka dari luar dan serentak salam diberi. Siapa lagi kalau bukan rakanku dari bilik atas? Salamnya kami jawab serentak.
"Korang buat apa?".
"Mencangkul tanah! Tahu tanya lagi,".
"Wek, Damia senget!".
Aku tersengih.
"Kami tengah bincang,".
"Mengenai?".
"Kami ingat nak keluar malam ni. Nak ikut?".
"Eh, boleh juga! Pergi mana?".
Suasana sepi seketika. Aku pandang Fads, Fads pandang Fiza dan Fiza pandang aku. Soalan paling susah apabila keluar berkumpulan.
"Makan?".
Aku mengangguk, Fiza tersengih lebar.
"Di mana?".
"Apa kata kita cuba pergi Kafe Gigit di Alor Setar?".
Terkebil-kebil aku dan Fiza memandang Fads

"Apa pelik nama kafe tu?".
"Di situ berkonsepkan  makanan Barat,".
"Bolehlah. Jam berapa?".
"Lapan malam, lepas solat Maghrib,".
Aku dan Fiza mengangguk serentak.
"Mia, ajak Rahman sekali boleh?".
Aku memandang Fads. Terkejut. Rahman? Alamak, ini yang aku lemah!
"Aha, ajaklah Mia! Saya pun lama tak jumpa dia," tambah Fiza tiba-tiba. Bibir aku diherotkan ke kiri dan ke kanan.

Aku, Fiza dan Rahman pernah belajar di satu sekolah menengah yang sama. Jadi, tidak hairanlah jika Fiza mahu bertemu dengan lelaki itu. Aku berfikir lagi. Bolehkah? Kemudian, aku teringat mesej yang dihantar oleh Muhammad. Ah, kacau!
"Baiklah, aku mesej Rahman. Jangan berharap. Risau dia sibuk,".
Fads dan Fiza mengangguk faham.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...