Skip to main content

Fakta Yang Tidak Terkata

Hi Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Pantai Timur.

Fakta yang nyata tentang saya tetapi orang tidak tahu:

1. Kalau keluar secara berkumpulan,  saya lebih suka diam. Bukan letih atau merajuk, tetapi saya rasa saya tidak patut mencelah perbualan orang lain. Tidak kiralah kalau saya keluar dengan kawan-kawan sahaja atau kawan-kawan + cinta hati atau dengan keluarga.

2. Kalau saya diam atau langsung tidak memandang muka semasa berbual, maknanya saya marah dengan awak atau saya tidak mahu awak baca emosi saya ketika itu.

3. Tidak akan menegur seseorang dengan mudah, melainkan saya selesa dengan awak.

4. Mudah jatuh sayang dengan kawan-kawan.

5. Pemberontak dalam diam.

6. Kalau marah sangat, saya buat dua perkara sahaja; diam atau marah sambil menangis.

7. Kalau saya ragu-ragu dengan perangai seseorang, saya akan diam. Mahu menanti sejauh mana dia mampu menyimpan rahsia diri dia sendiri.

8. Berkawan dengan pelbagai jenis orang. Sehingga ayah pernah risau saya akan jadi budak nakal.

9. Suka atau minat seseorang yang tidak suka atau minat pada saya.

10. Dididik untuk tidak ber'aku' 'engkau' dengan kawan-kawan. Namun, kalau ada yang tidak selesa, boleh sahaja guna 'aku' 'kau'.  Ya,lah! Ada yang geli kalau ber'saya' 'awak'.

11. Marah. Kalau saya marah seseorang, biarkan saya tenang sendiri. Paling tidak suka dipaksa untuk memaafkan atau lupakan kesalahan orang yang buat salah. Biarkan reda sendiri. Semakin dipaksa, semakin memberontak. Setinggi mana pun marah pada seseorang, manalah mampu melebihi rasa sayang yang sudah ada dalam diri.

12. Sukakan jawapan yang terus. Tidak suka kiasan sebab boleh membawa salah faham dalam komunikasi.

13. Tidak dapat pastikan lelaki itu suka sebagai kawan atau punya perasaan lain kepada saya sebab tidak percaya ada lelaki akan suka saya.

14. Layan semua genre lagu; asalkan bermakna dan ada kaitan dengan hidup saya.

15. Pemalu. Yang ini, kawan-kawan saya memang tidak tahu. Tahap malu saya akan meningkat kalau tahap normal saya singgah. Saya hanya akan kurang malu dengan kawan-kawan yang betul rapat.

16. Sejenis manusia yang tidak makan sup tulang. Noooo....~~~~!!!

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...