Skip to main content

Jerebu Dan Pendidik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bencana jerebu melanda negara kita. 
Di celah-celah kekalutan menjalani kehidupan seperti biasa dalam keadaan serba kabur ini, warga pendidik, terutama guru-guru sekolah, menjadi mangsa kritikan netizen.
"Beban apabila anak-anak tidak ke sekolah,".
"Cikgu makan gaji buta,".

Lahir-lahir jadi doktor doh ko? *tepuk tangan*


Kadang-kadang, terkelu juga. Netizen yang berfikiran negatif ini, dulu kalian tidak pernah bersekolah?
*Istighfar*
Cuba imbas semula 10 tahun yang lalu. Seingat aku, memang kena ketuk, kena luku, kena ketuk-ketampi, kena sindir oleh guru, perkara biasa di sekolah. Denda-denda sebegitu yang membentuk aku menjadi manusia sekarang.
*Lupa! Jangan bandingkan didikan dahulu dengan sekarang...~*

Aku pun komuniti pendidik. Masih hijau tetapi aku suka duduk dan mengalami sendiri 'persekitaran mendidik'. Sungguh, aku tabik pada guru-guru senior yang memang ikhlas mendidik, yang memang kerja buatnya kerana ALLAH, yang jiwanya memang Tuhan sudah suluhkan dengan rasa cinta pada bidang mendidik.

"Bagaimana cikgu boleh sabar dalam mengawal emosi cikgu, diri cikgu, rasa marah cikgu, walaupun kena hentam teruk dengan sesetengah ibu bapa atau penjaga, yang datang marah tak tentu hala?".
Selalu aku ajukan soalan ini pada guru-guru senior, semata-mata mahu mendengar nasihat mereka sendiri. Sambil tersenyum, sambil berkongsi nasihat dan kisah-kisah yang telah dilalui setelah 20 tahun mendidik.
"Kita ini guru. Guru yang dididik untuk mendidik. Mendidik pula anak-anak manusia, anak-anak bangsa. Kamu tahukan, bagaimana kamu dididik di IPG (Institut Pendidikan Guru) selama 5 tahun setengah, mengenai sekolah, mengenai hubungan dengan murid, guru dan komuniti? Apa yang penting, di sini, dalam hati kita, dalam jiwa kita. Allah tidak aturkan kamu, tidak akan campakkan kamu ke dalam dunia pendidikan ini tanpa sebab. Kita kena ingat, kita bukan berurusan dengan murid-murid sahaja. Kita perlu berurusan dengan ibu bapa dan penjaga murid. Kalau kita tidak kuat rohani dan emosi, kita akan rebah. Sekuat mana kita dihentam, seteruk mana kita dimaki, kita perlu bertenang, kita perlu berlatih untuk tabah dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Tiada guna melatah tanpa sebab. Konsepnya beginilah; api lawan api, makin marak. Cuba api lawan air atau api lawan pasir, lama-lama padamlah, bukan? Biar kita ini yang jadi air, pasir atau tanah. Bukan kita yang marakkan api atau sengaja jadi minyak. Ingat, kerja buat kita ini, ALLAH kira. Baik buruk kita, ALLAH Yang Maha Mengetahui,".

Kalau sekarang,
Kalian adalah ahli farmasi,
Doktor yang sedang merawat pesakit,
Petani yang sedang berurusan import eksport,
Jurutera yang sedang melakar binaan jambatan bergulung-gulung,
Ingat,
Insan-insan yang sabar melayan ragammu.
Barisan manusia yang berusaha melatihmu mengenal huruf dan nombor.
Insan yang pening kepala memastikan PMR dan SPM kalian lulus.
Pendidik yang berusaha membantumu sehingga menggenggam bergulung-gulung sijil yang kalian banggakan kini.

Guru.
Ustaz.
Ustazah.
Sir.
Teacher.
Miss.
Madame.
Pendidik.
Murabbi.
Pensyarah.

"Eh, kami tak kata kat pensyarah kami! Kami kata kat guru-guru sekolah,".
*senyum sinis*

Persoalan,
Siapa GURU awal kalian?
*Tahap pendidikan kalian lagi tinggi,kan. Mesti tahu jawapan untuk soalan semudah ini~*

Buat warga pendidik di luar sana,
Jangan putus asa.
Jangan mudah putus harapan untuk terus mendidik.
Biar kerja buat kita dihitung di akhirat kelak.
Biarkan mulut-mulut mengutuk dan menghina,
Biarkan jemari yang bosan itu terus mengetuk papan kekunci,
Asal kita tahu dan kita sedar,
Tanggungjawab kita sebagai guru.
Di mata manusia,
Kitalah yang hina,
Kitalah yang serba kekurangan,
Kitalah makan gaji buta.
Biar di pandangan ALLAH,
Kita lebih baik.

Untuk apa melatah,
Hanya kerana tuduhan segelintir manusia biasa,
Yang tidak pernah lekang dari iri hati,
Yang tidak pernah sunyi dari berprasangka,
Andai kita bekerja kerana-NYA?

Pesanan terakhir, hati-hati di musim jerebu.
Biar jerebu di mata, jangan jerebu di hati.
*lame..~*

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...