Assalamualaikum dan salam rindu.
Kalau kawan-kawan yang sudah mengenali diri ini, pasti akan gelak besar.
"Kau? Kau yang gila ni ada penyakit ni?".
Entahlah.
Secara umum, androphobia adalah rasa takut, tidak selesa kepada lelaki, sehingga penghidap masalah ini tidak mampu berkomunikasi dengan lelaki dan rasa terancam.
Sikap ini memang ada pada aku.
Aku sendiri pernah ke kaunseling.
Hihihi....
Ada satu cara, tanpa ambil dadah. Untuk ubati, untuk turunkan tahap androphobia, aku perlu dekat dengan lelaki.
Cuba berkawan dengan lelaki kepada seorang lelaki.
Aduh, cadangan terbaik!
Mahu dekat?
Tegur pun tidak mampu. Kalau dekat, berpeluh sakan.
Dulu, lebih selesa biarkan sebab tiada keperluan untuk dekat.
Namun, agak terganggu sekiranya aku terus hidup dalam situasi androphobia ini.
Aku akan rasa satu perasaan tidak selesa.
Ya, walau aku bukan gadis idaman lelaki, tetapi apabila ada lelaki ramai di sekeliling, tahap tekanan aku memuncak.
Adalah puncanya.
:(
Comments
Post a Comment