Skip to main content

Cinta Diabetes 8

Pantulan diri di dalam cermin dipandang untuk kali terakhir. Apabila aku cukup yakin dengan penampilan diriku, aku memeriksa sekali lagi beg sandangku dan beg pikul.
"Dompet. Telefon. Baju. Seluar. Cantiklah, semua ada! Masa untuk gerak!".
Semenjak hidup bersendirian di asrama ini, aku semakin biasa bercakap seorang diri. Kawan sebilik aku? Fads sudah hampir sebulan pulang ke kampung, menghabiskan sisa praktikal di sana. Berbeza dengan aku, yang lebih selesa untuk menyambung praktikal 2 bulan di sini.
Muka jam di pergelangan aku pandang. Dalam benak, aku mencongak masa yang bakal diperuntukkan dari tempat aku ke rumah Ein. Baiklah, Ein dan Muhammad orang yang sama ya! Kalau aku pandu kereta gaya orang kalut, dalam masa setengah jam aku sudah boleh terpacak di hadapan rumah dia.

- Awak, jangan pandu laju sangat!

Namun mesej yang diterima lima minit yang lalu membuatkan aku membatalkan niat untuk pecut 120 kilometer per jam. Pintu bilik dikunci dari dalam. Oh, lupa! Sebenarnya aku ada perancangan dengan Ein. Dia ajak aku makan angin di Gunung Jerai. Hoi, bukan berdua ya! Kami bersama-sama keluarga dia. Alahai, kecut perut pula apabila memikirkan keluarga Ein!
Malu. Namun aku pantang benar apabila Ein cabar aku.

"Beranikah mahu jumpa keluarga saya?".

Ayat Ein memang bergema betul-betul di cuping telinga aku. Lelaki itu punya cara tersendiri bukan untuk menemukan aku dengan keluarga dia?

- Awak di mana?

Aku membaca mesej Ein sambil memandu. Cekap bukan? Hahahaha....

- Baru lepas tol Hutan Kampung.
- Baiklah, kesayangan! Pandu hati-hati.

Telefon pintar aku selitkan di ruang kosong pada pintu pemandu. Masa untuk fokus pada pemanduan.

Sejujurnya ini kali ketiga aku akan bertemu dengan emak Ein. Jujur dari hati aku, emak Ein buat aku rasa selesa. Maksud aku, apabila berbual dengan emak Ein aku rasa tidak kekok atau ganjil. Rasa seperti berbual dengan emak aku sendiri. Namun kali ini, bukan hanya emak dia sahaja yang akan berkelah di Gunung Jerai, bahkan satu keluarganya. Alahai, jantung aku rajinlah pula kerja lebih masa! Sabar, Damia. Sabar. Istighfar dan cuba berfikir rasional. Yang paling utama, jadi diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...