Skip to main content

Aminul Syafiq (1)

Kepala didongakkan. Kemudian digaru berkali-kali walaupun tidak gatal. Anak mata digerakkan ke setiap sudut dapur, cuba mencari sesuatu yang membolehkan dia dapat berdiri lebih tinggi. Syafiq tersengih apabila melihat kerusi yang berada di meja makan. Berhati-hati, tanpa sebarang bunyi yang kuat, dia menarik kerusi keluar dari meja makan dan didekatkan ke tepi sinki.
Kepala paip dipulas. Anak kecil itu menyanyi-nyanyi kecil, gembira sendiri.
"MasyaAllah, Aminul Syafiq! Apa kamu buat ni?".
Hampir terduduk anak kecil itu apabila mendengar jeritan wanita yang sudah separuh abad.
"Nenek, jangan jerit. Buat terkejut Syafiq aje,".
"Yang kamu panjat tinggi-tinggi ni kenapa? Kalau jatuh siapa risau?".
"Nenek dan ummi yang risau," balas Syafiq sambil tersengih. Mariam menggeleng perlahan. Tanpa terus menyambung bebelannya, dia menghampiri cucu sulungnya itu dan membantu Syafiq turun dari kerusi.
"Pandailah menjawab. Lain kali, nak basuh tangan atau nak ambil benda dari tempat tinggi, panggil nenek ya?".
"Takpe, nek. Syafiq boleh buat sendiri. Kan Syafiq dah besar,".
"Berlagak sangat. Pendek macam ni besar sangatlah,".
Syafiq ketawa melihat reaksi neneknya.
"Ummi pesan, selagi Syafiq boleh buat sendiri, cuba buat. Sebab nanti kalau ummi mati, Syafiq pandai berdikari,".
Terkunci bibir wanita itu. Benarkah apa yang didengar dari bibir cucunya yang berumur 7 tahun itu?

Anak kecil itu dipandang sayu. Kalaulah anak dan menantunya masih bersama, mesti bahagia.
"Nenek, lepas Maghrib ajar Syafiq baca surah Al-Fatihah ya? Syafiq tak sempat nak belajar dengan ummi semalam,".
Mariam mengangguk.
"Pergi mandi. Lepas Maghrib masuk bilik nenek ya,".
"Baik nenek cantik!".
Mariam membuat reaksi mahu menampar cucunya itu. Sekadar mengacah. Perangai sama seperti ummi dia!

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...