Skip to main content

Aminul Syafiq (9)

Bayu petang menyentuh lembut kulit mukanya. Ketenangan segera menjengah ke dalam kalbunya.
"Subhanallah,".
Pandangan dilemparkan ke sekeliling kawasan rumah sewanya. Di sebelah kiri Damia terbentang luas petak-petak sawah padi yang menghijau, berlatar belakangkan pula bukit-bukau yang menghijau. Menurut Pak Bakar, bukit-bukau itu menjadi pemisah antara Malaysia dengan Siam. Di hadapan rumah sewa pula dihiasi dengan kolam ikan milik Pak Bakar. Terasa suasana kampung.
"Nak keluaq ka, Husna?".
Pantas Damia menoleh.
"Ya, Mak Aishah! Keluar sebentar, dengan Hanim dan abang dia," terang Damia. Dia suka apabila Mak Aishah memanggil dia dengan nama 'Husna'. Terubat rindu pada arwah abah dan ibu.
"Ha, takpa la! Hati-hati na,".
"Mak Aishah nak kirim apa-apa tak?".
"Takdak pa lah, Husna. Ni, sat lagi mak nak keluaq, pi kenduri rumah sepupu mak di Kangaq nu,".
"Baik, mak,".
"Kirim salam kat abang Hanim,".
"In sha Allah, mak,".
Kelibat Mak Aishah hilang dari pandangan. Damia sudah biasa memanggil isteri kepada Pak Bakar dengan gelaran 'mak'. Tambahan pula, dia sendiri sudah kehilangan ibu.
'Ah, jangan sedih Damia!' dia cuba memujuk hatinya sendiri dan berusaha menghalau rasa sayu yang tiba-tiba mahu singgah di lubuk hatinya.

Pin!
Hampir gugur jantung Damia. Dia menoleh ke belakang. Pemandu kereta Pesona kelihatan tersengih nakal.
"Hai, cik adik!".
Tegur Fauzan sebaik sahaja tingkap kereta diturunkan.
"Assalamualaikum, encik abang!".
"Waalaikumsalam,".
"Memang encik abang suka main hon ya?".
Damia apabila dia geram, perangai menyindir dia akan keluar. Kadang-kadang dia terlupa menapis sesetengah perkataannya. Fauzan tersengih lagi.
"Abang tengok cik adik termenung panjang. Rindu abang ya?".
Terkebil-kebil Damia memandang Fauzan. Abang?
"Tak kuasa! Pandai ber-abang ya sekarang,".
"Eh, awak yang panggil saya abang tadi kan! Saya meraikan saja. Manalah tahu, cukup 40 kali, doa termakbul!".
Makin dilawan cakap dengan Fauzan, makin panas hati jadinya. Bukanlah sehingga mahu bergaduh tetapi lelaki itu suka mengusiknya. Akhirnya, Damia terdiam malu.
'Lepas cakap sangat mulut aku ni!'.
Fauzan ketawa kecil apabila melihat pipi bulat Damia berubah warna. Pantang diusik!
"Sampai bila awak nak berdiri di luar tu, Damia? Masuklah. Mana Hanim?".
"Biasalah dia. Kalau tidak cukup lilitan tudung tu, jangan harap nak keluar rumah,".
Fauzan ketawa. Dia tidak menafikan sindiran Damia.
"Masuklah,".
Wanita itu kelihatan teragak-agak.

"Mia, masuk sekejap. Ada perkara yang saya mahu bincangkan,".
Apabila mendengar nada Fauzan yang agak tegas, Damia terus memegang dan menarik pemegang pintu kereta.
Fauzan menekan butang di sisinya dan tingkap kereta tertutup.
'Kenapa muka serius sangat ni?'.
Enjin kereta dibiarkan hidup. Kekuatan radio diperlahankan.
Lain benar tingkah laku Fauzan pada pandangan Damia.
Ah, sudah! Lelaki itu memandang tepat ke raut wajah Damia. Pandangan anak mata Fauzan cukup untuk membuatkan mana-mana wanita tergoda.
Setiap inci wajah wanita di sisinya diperhati. Kening, anak mata, hidung dan bibir. Semuanya menarik perhatian Fauzan. 'Ya Allah, berilah aku peluang untuk menjadikan dia halal buat aku,'.
"Ehem,".
Deheman Damia berjaya menarik Fauzan kembali ke dunia nyata. Terkulat-kulat Fauzan sendiri. Malu apabila dia hanyut dalam impiannya sendiri.
"Awak nak cakap apa?".
"Damia Husna,".
"Ya, saya?".
"Nak tak jadi isteri saya?".
Damia kaku di kerusinya. Dia silap dengarkah?
"Hahahaha... Fauzan buat lawakkah?".
"No. I repeat again! Sudi tak awak jadi isteri saya?".
Giliran Damia pula memandang ke dalam anak mata Fauzan. Cuba mencari andai lelaki itu sekadar berjenaka. Tiada. Kesungguhan yang terpamer di wajah lelaki itu membuatkan lidah Damia kelu.
"Are you serious?".
"Yes,".
Damia membetulkan duduknya. Dia memandang lurus ke hadapan. Tidak mampu menatap seraut wajah lelaki itu.
Fauzan pun melakukan perkara yang sama.
"Saya bagi awak masa untuk fikir. Jangan beritahu hal ini pada Hanim," ujar Fauzan sambil anak matanya memerhati cermin pandang belakang. Pantulan batang tubuh Hanim jelas kelihatan dan dia semakin menghampiri kereta.

"Assalamualaikum.  Maaflah lambat bersiap,".
"Demi Puteri Kesayangan, seribu tahun pun rela kami tunggu,".
Apabila pintu kereta ditutup, perlahan-lahan kereta Pesona itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah sewa Hanim dan Damia.
Fauzan mengerling ke arah Damia. Wanita itu kelihatan hanyut dalam fikirannya sendiri. 'Biar kau tahu Damia. Aku tidak main-main!'.

'Ya Allah, dugaan atau hikmah Mu ini? Ya Allah, hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui. Andai benar ada kebaikan dari lelaki ini yang bakal Engkau berikan kepadaku, berikanlah aku petunjuk. Andai ada keburukan, lindungi aku Ya Allah. Sesungguhnya hanya pada-Mu terus memohon perlindungan,'.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...