Skip to main content

Aminul Syafiq (15)

Sesekali dia mencuri-curi pandang ke arah Fauzan dengan ekor matanya. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam hatinya. Apakah peristiwa empat tahun lalu yang dimaksudkan oleh lelaki itu? Mahu sahaja dia bertanya tetapi memikirkan bukan mereka berdua sahaja dalam kereta saat ini, bibirnya terkunci.
"Orang tua-tua cakap, jangan curi-curi tengok selalu. Nanti tak lena tidur,".
Terasa panas pipinya. 'Perasan pula dia!'. Spontan Damia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Kehijauan ladang tebu yang terbentang luas menenangkan sesiapa sahaja yang memandang. Namun tidak pada Damia.
"Kalau awak nak cakap sesuatu, cakaplah. Alang tidur mati tu," ujar Fauzan. Dia masih memusatkan pandangannya ke hadapan. Damia kagum apabila lelaki itu bagaikan dapat membaca isi hatinya. Dia membetulkan duduknya.
Fauzan memandang sekilas ke sebelah kirinya, sebelum dia mengalihkan semula pandangan ke hadapan. Untuk memastikan sahabatnya betul-betul lena, Damia menjenguk ke tempat duduk belakang. Wah, tidur mati sungguh!
"Jangan risau, dia tidur!".
Pantas Damia membetulkan lehernya ke hadapan. Teragak-agak bibirnya untuk berbicara tetapi inilah satu-satunya masa yang sesuai. Dia tidak mahu berbual melalui telefon. Nafas ditarik dalam-dalam, cuba mengumpul keberanian.
"Awak, jawab soalan saya dengan jujur,".
"In sha Allah. What are your questions, dear?".
Hai, manis lain macam lelaki ini seorang!
"Apa maksud awak, awak jatuh cinta pandang pertama pa....pada saya empat tahun lalu?".
Fauzan terkesima. Siapakah yang jadi radio karat kali ini? Dia memandang Hanim melalui cermin pandang belakang.
"Bukan Hanim yang beritahu. Saya terdengar," jelas Damia apabila perasan akan reaksi Fauzan. Lelaki itu menjatuhkan pandangan ke hadapan semula. Sepi menjalari mereka berdua. Sengaja Damia membiarkan Fauzan seketika, mungkin otaknya sedang menyusun ayat-ayat yang sesuai.
Celoteh penyampai radio memenuhi kesepian antara mereka.

Fauzan menggenggam erat stereng kereta. Mungkin sudah tiba masanya dia berterus-terang dengan wanita di sebelahnya.
"Damia Husna, awak lupa siapa saya?".
Soalan yang tercetus daripada bibir lelaki itu membuatkan dia hairan. Damia memandang tepat ke wajah Fauzan.
"Lupa? Kenapa ayat awak macam sebelum ni kita pernah jumpa?".
"Betul awak tak ingat siapa saya?".
Benak Damia cuba mengimbas semula. Jari telunjuk Fauzan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
'Macam manalah aku boleh lupa perangai minah ni yang satu tu?'.
Damia Husna yang dia kenal agak lurus bendul. Mungkin perkataan naif lebih sesuai. Kalau tunggu jawapan wanita itu, sampai minggu depan pun belum tentu dapat.
Kelajuan kereta diperlahankan apabila menghampiri kawasan pemeriksaan UPP. Fauzan mengambil peluang untuk memandang ke arah Damia. Namun dia pula yang malu apabila wanita itu terus merenungnya. Cuba mengawal rasa malunya, dia menurunkan cermin  kereta. Pegawai yang bertugas memandang seketika ke dalam kereta Fauzan.
'Ish, boleh hilang penat! Kalau macam ni pandu ulang-alik dari Penang ke Perlis hari-hari pun takpe!'.
Setelah berpuas hati, pegawai tersebut mengangguk, isyarat membenarkan kereta Fauzan bergerak melepasi pemeriksaan UPP.

"Awak!".
"Ya?".
"Saya tak ingatlah,".
Fauzan tersengih mendengar jawapan Damia.
"Awak perhati saya dari simpang Pauh sampai lepas abang pegawai yang kacak tadi, tak boleh nak ingat saya siapa?".
"Eh, jauhnya! Abang pegawai tadi kacak eh?".
Jelingan Fauzan membuatkan Damia ketawa kecil.
"Amboi, gatal!".
"Hehehe....... Baiklah. Renung Encik Fauzan yang manis ni buat saya tak perasan abang pegawai yang kacak tadi," usik Damia lalu ketawa kecil. Semakin lama dia semakin selesa dengan lelaki itu.
Fauzan tersenyum apabila melihat wanita itu. Damia kian santai bergurau dengannya, walaupun Fauzan telah meluahkan niatnya.
"Mia, bagaimana dengan lamaran saya tempoh hari?".
Ketawa Damia mati. Sebenarnya dia tidak lupa tetapi dia sendiri pun ragu-ragu. Banyak perkara perlu dipertimbangkan.
"Boleh beri saya masa?".
Fauzan menarik nafas dalam-dalam. Lambat-lambat dia mengangguk. Damia tersenyum lega.
"Terima kasih,".
Sekilas anak matanya memandang pantulan Hanim di cermin pandang belakang.
'Kau mulakan, Fauzan,'.
Air liur ditelan.
"Mia,".
"Ya?".
"Syafiq apa khabar?".
Damia terkesima dengan pertanyaan Fauzan. Lebih memeranjatkan, apabila nama Aminul Syafiq meniti di bibir Fauzan. Mungkinkah Syafiq lain yang dimaksudkan?
"Sya...Syafiq mana ya?".
Fauzan tersenyum.
"Syafiq, anak tunggal awak yang banyak cakap tu,".
Hampir berhenti degup jantung Damia. Ini bermakna Fauzan tahu latar belakang Damia. Lidahnya terkelu.
"A...awak....,".
"Saya tahu kisah lama awak,".
Bicara Fauzan membuatkan dia keliru dan hairan. Dugaan atau hikmah dari Mu, Ya Allah?

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...