Skip to main content

Cinta Diabetes 7

"Awak, saya dah sampai,".
"Baiklah, kejap lagi saya sampai,".
Dari dalam kereta, aku melemparkan pandangan ke luar. Ramai juga muda-mudi menghabiskan sisa hujung minggu di kawasan dataran ini. Saat ini, memang aku rasa perlu belajar mengawal rasa debar di dada.

Sebuah motor RXZ biru berhenti dan parkir di sebelah kereta aku. Diakah? Ini kali pertama aku melihat dia tunggang motor. Baiklah, comel! Aku tidak mahu tergesa-gesa, risau tersalah orang. Apabila topi keledar dibuka, barulah aku yakin itu ialah dia. Ah, sudah! Jantung kerja lebih masa!
Dia memberi isyarat keluar dari kereta.
"Bertenang Damia! Bertenang,".
Enjin kereta dimatikan. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari kereta.
"Assalamualaikum, bambam!".
"Waalaikummusalam,".
Masing-masing menyepi seketika. Malu dan rindu.
"Cik Damia, teruknya kamu rindu saya!".
Aku termalu sendiri. Nah, dia bijak! Namun aku ego.
"Mana ada!".
"Eleh, tak rindu! Kalau tak rindu, takkan sanggup pecut dari Kangar ke Alor Setar?".
Aku termalu sendiri. Untuk mengelakkan aku terus malu, sengaja aku mencari topik perbualan. Kami berbual dan berbual sehingga dia membuka satu topik yang mendalam. Mendalam bagi hubungan yang masih dalam proses perkenalan.
"Damia,".
"Ya,".
"Ein nak tanya, jawab jujur ya,".
"In sha Allah. Apa Ein?".
"Mia dah tengok Ein bagaimana. Mia sendiri tengok apa kenderaan kesayangan Ein,".
Aku memandang motor birunya.
"Ya. Ein naik motor. Jadi?".
"Ein bukan sekadar naik tetapi Ein memang minat motor. Sanggup ke Mia berkawan dengan mat motor macam Ein?".
Aku terkesima dengan pertanyaannya. Apa kaitannya? Hairan.
"Sebelum saya jawab soalan awak, awak jawab soalan saya dulu,".
"Silakan,".
"Ein guna motor buat lumba haram tak?".
"No. Buat pergi kerja,".
Aku tersenyum.
"Ein, saya masih boleh bezakan antara mat motor dengan mat rempit. Kalau hobi awak pada motor, saya tidak boleh halang. Itu hobi awak. Asal awak tahu jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga awak, itu cukup,".
"Baguslah Damia faham,".
Ada senyuman di wajahnya.
"Mia, kita kawan elok-elok ya. Kita minta restu keluarga masing-masing, ya?".
Aku mengangguk. Seketika, kami saling memandang. Pantas kami berdua mengalihkan pandangan.
"Mia, balik jom!".
"Ah, jom!".
"Pandu kereta hati-hati,".
"Eh, awak kejap!".
Laju aku melangkah ke arah kereta dan pintu penumpang dibuka. Bungkusan kecil aku ambil.
"Apa ni?".
Terkebil-kebil dia memandang aku.
"Anggap sahaja hadiah perkenalan daripada saya. Maaf. Ini sahaja yang saya mampu,".
Dia kelihatan malu-malu. Namun dia cuba berlagak tenang.
"Terima kasih, bambam!".
"Bulat, sampai rumah mesej,".
"Baik,".
Pertemuan yang singkat tetapi cukup meredakan emosi yang tidak stabil.

"Moga ada kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan dalam hubungan ini,".

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...