Skip to main content

Aminul Syafiq (12)

Kucing berbulu oren menggesel-geselkan badannya pada kaki gadis itu.  Tanpa teragak-agak, dia mengangkat kucing itu dan diletakkan di atas paha. Suhaila terus menggosok-gosokkan kepala kucing itu.
"Manja sangat awak ni, Yen!".
Cuti semester akan tamat dalam masa seminggu lagi. Suhaila menghembus nafas perlahan. Bosan pula apabila Aminul Syafiq tiada di rumah. Kalau ada, penat pula Suhaila melayan pertanyaan anak saudaranya itu.
"Jauh termenung,".
Tegur Mariam yang muncul sambil menatang dulang yang dipenuhi dengan cili api. Suhaila memandang batang tubuh Mariam. Wanita separuh abad itu melabuhkan punggung di atas pangkin. Dia sudah masak benar dengan sikap mak kesayanganya itu. Mariam lebih suka buat kerja sambil berehat di bawah pohon asam jawa yang rendang itu.
"Bosanlah pula tiada radio karat kecil,".
Mariam ketawa. Dia faham maksud Suhaila. Mariam sendiri sunyi apabila tiada gangguan daripada cucu kesayangannya. Baru separuh hari Aminul Syafiq hilang dari pandangan, rasa rindu mula bertamu dalam hati mereka berdua.
Cili api yang merah menyala diambil satu demi satu dan diasingkan ke dalam sebuah bekas plastik yang lain. Cili api yang masih elok diasingkan.
"Mak, siapa Ustaz Syafiq tu?".
Soalan Suhaila membuatkan Mariam berhenti mengasingkan cili api tersebut. Lain benar bunyi nada anak daranya itu.
"Kenapa? Berkenan? Kalau berkenan, mak usulkan pada ustaz,".
"Sampai situ pula, mak! Acik tanya sebab pelik,".
"Apa yang peliknya?".
"Pelik apabila Syafiq sampaikan ayat mak pada ustaz. Apa eh Syafiq cakap? Ha, Syafiq cakap mak pesan pada ustaz kek coklat itu resepi dari Kak Damia. Apa maksudnya?".
Suhaila memandang Mariam dengan penuh perasaan ingin tahu.
Tiada balasan. Sebaliknya Mariam tersenyum bermakna dan terus menyambung semula kerjanya yang terbantut.

Razak memandang Aminul Syafiq. Lama mereka berdua saling merenung. Syafiq pula sedang memasak untuk makan malam.
"Hah, pak cik kalah!".
"Ish, mana ada! Pak cik tak kelipkan mata pun!".
"Jangan tipu, tak baik, Allah marah!".
Razak ketawa mengekek mendengar peringatan daripada Aminul Syafiq. Semenjak di awal kehadiran anak kecil itu di rumah bujang Syafiq dan Razak, dia tidak pernah rasa sunyi. Nama sahaja budak-budak tapi gaya bercakap, macam orang dewasa. Petah berbicara.
"Pak cik, jomlah kita tolong ustaz masak!".
Tanpa menunggu jawapan daripada Razak, Aminul Syafiq melompat turun dari sofa dan berlari-lari anak masuk ke dapur. Dia melihat ustaznya sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan.
"Ustaz, mari saya tolong bawa nasi ke meja makan,".
Teragak-agak Syafiq untuk memberi pinggan yang sudah diisi dengan nasi.
"Ustaz jangan risau ya. Saya pandai bawa pinggan ni. Ummi selalu latih saya,".
Syafiq tersenyum lega.
"Baiklah. Hati-hati. Ajak Pak Razak kamu sekali tu,".
"Baiklah ustaz,".
Syafiq memerhati sahaja tubuh kecil Aminul Syafiq. Gaya percakapan dia sama seperti Damia. Serta-merta ingatannya melayang kepada kenangan sembilan tahun yang lalu.

*Sembilan Tahun Yang Lalu*
Syafiq mengatur langkah laju ke arah tempat parkir motor. Pada masa yang sama, tangan sibuk membelek pesanan ringkas yang diterima.

- Weh, jangan lupa ambil makanan! Saya tinggal di raga motor awak.
- Dah ambil belum?
- Helo? Helo?

Syafiq menghembus nafas perlahan. Makin buat tidak tahu, makin banyak pula gadis itu menghantar mesej! Telefon disimpan ke dalam kocek seluar.
Apabila menghampiri motor oren miliknya, dia dapat melihat dengan jelas bungkusan plastik merah di dalam raga motor. Plastik merah itu dibuka. Apabila melihat isi yang terdapat dalam plastik merah itu, dia terkedu. Kek coklat? Bekas plastik lutsinar diangkat dan dibuka sedikit penutup bekas itu. Bau coklat menerobos masuk ke dalam rongga hidung.
Pantas telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Sebaris nama yang tertera di buku pemanggil ditekan.

"Assalamualaikum, ya ustaz!".
"Waalaikumsalam,".
"Weh, makanan ambil dah?".
"Ish, soalan sama! Ya. Aku baru ambil ni,".
"Lewatnya! Basi kang,".
"Kek mana basi, senget! Kau masak?".
"Taklah. Ayah saya yang masak. Eh, sayalah!".
"Pandai juga kau masak,".
"Cis, kurang asam!".
"Hahahaha... Terima kasih ceq na! Kang aku makan buat buka puasa,".
"Baiklah,".
"Kek sempena apa ni?".
".......,".
"Bisu dah?".
"Mulut! Kek sempena menyambut Ramadhan kot,"
"Hahahaha.... Baiklah. Terima kasih,".
"Sama-sama,".
"Weh, bila nak iftar sama-sama?".
"Berdua?".
"Gila! Ajaklah kawan-kawan sekali,".
"Ceh, ingat nak ajak dinner! Hahaha.... Awak set masa dan tempat. Nanti saya tanya mereka,".
"Baiklah. Assalamualaikum,".
"Waalaikumussalam,".
Talian diputuskan. Syafiq memandang bekas plastik di tangannya. Mungkinkah gadis itu punya perasaan padanya?
'Penat saja fikirkan benda gitu!'.

Syafiq memerhati setiap pergerakan solat yang sedang dilakukan oleh Aminul Syafiq. Baru belajar sudah boleh ingat. Usai memberi salam ke kiri, Aminul Syafiq duduk menghadap ustaznya.
"Cepat ya kamu belajar," puji Syafiq lalu mengangkat ibu jari, tanda peneguhan positif kepada Aminul Syafiq.
"Terima kasih, ustaz,".
"Sama-sama. Jangan lupa ucap 'Alhamdulillah'. Cuba teka kenapa?".
"Em.... Kenapa ustaz?".
"Sebab Allah bagi peluang dan nikmat kepada kamu untuk datang rumah ustaz dan belajar,".
"Oh. Alhamdulillah,".
Syafiq mengusap-usap kepala Aminul Syafiq. Sepasang anak mata yang galak itu kian mengingatkan dia kepada Damia. Syafiq istighfar dalam hati.
"Aminul, esok kita ke masjid nak?".
Air muka Aminul Syafiq berubah teruja. Dia mengangguk laju.
"Nak, ustaz! Nak!".
"Ummi pernah bawa?".
"Masa tinggal dengan ummi dulu, ummi selalu bawa. Masa cuti,".
"Seronok?".
"Em, tak sangat ustaz sebab saya kena tengok orang perempuan sembahyang! Saya kan lelaki, patutnya kena tengok lelaki solat. Ummi tak bagi saya pergi kawasan solat lelaki. Ummi risau saya kena culik,".
Terkelu Syafiq  mendengar jawapan anak kecil itu. Petah sungguh!
"Abi tak bawa kamu ke masjid?".
Soalan Syafiq hanya dibalas dengan senyuman oleh Aminul Syafiq.
"Ustaz, nanti ajarkan saya satu doa,".
"Doa apa?".
"Doa untuk ummi,".
Permintaan Aminul Syafiq membuatkan hati lelaki itu tersentuh. Dia faham, anak kecil itu lari dari berbicara mengenai Azfar.
'Ya Allah, Engkau kurniakanlah ketabahan kepada anak kecil ini. Moga dia dapat bersatu dengan Damia,' doa Syafiq dalam hati.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...