Skip to main content

Aminul Syafiq (4)

Secawan teh panas direnung kosong. Kedinginan suhu malam di kawasan peranginan itu kian mencengkam batang tubuhnya. Kedengaran dengkuran halus dari katil.
'Penat sangatlah tu,' bisik Damia sendiri. Cepat sahaja gadis itu melelapkan mata. Berbeza pula dengan Damia, agak sukar untuk lena. Perbualan antara Fauzan dan dirinya pada pagi tadi berputar ligat dalam benaknya.

"Mia, boleh saya kawan dengan awak?".
"Saya rasa kita dah kawan,".
Fauzan ketawa. Cuba menutup gugup dalam diri. 'Macam mana ni? Ya Allah, permudahkan bicara aku,'.
"Cik Damia, maksud saya, boleh saya nak kenal awak lebih rapat?".
Bibir Damia terkunci. Anak mata mereka bertaut. Sebenarnya dia sudah faham maksud segala perbuatan dan tingkah laku lelaki itu, semenjak awal mereka merancang percutian itu. Tanpa menjawab pertanyaan Fauzan, Damia mengatur langkah melalui denai tanaman teh.
Fauzan menyedut nafas dalam-dalam. 'Sabar Fauzan. Sabar,'. Cepat-cepat dia menyoroti langkah Damia. Kehijauan kawasan tanaman teh tidak menarik perhatiannya.
"Kenapa?".
"Hah?".
Tanpa menoleh ke arah Fauzan, Damia terus melemparkan soalan.
"Kenapa saya, Fauzan?".
"Perlukan sebab?".
"Ya,".
Fauzan terdiam. Damia membiarkan lelaki itu hanyut dalam fikirannya sendiri.

Deringan telefon merencatkan lamunannya. Nama yang tertera di skrin telefon menyebabkan Damia pantas menolak jari telunjuknya ke kanan.
"Assalamualaikum,".
"Waalaikummusalam,".
Dia gembira dan hiba pada masa yang sama.

"Kak sihat?".
"Alhamdulillah. Acik sihat?".
"Alhamdulillah. Kak, ada orang rindu,".
Bunyi bising di sebelah pemanggil membuatkan Damia ketawa sendiri.
"Sabarlah!".
"Bagilah! Nanti mak acik cakap lain kalilah!".
"Baiklah!".
Damia ketawa.
"Assalamualaikum, ummi!".
"Waalaikummusalam, sayang!".
"Ummi, rindu ummi!".
"Ummi pun rindu kamu, sayang,".
"Ummi sihat?".
"Alhamdulillah. Anak ummi sihat?".
"Sihat. Ummi, jaga diri tau. Kalau demam makan ubat. Ummi jangan kerja kuat sangat ya,".
Damia tersenyum. Anak sekecil itu memahami dan mengenali keadaannya.
"Ya, sayang,".
"Ummi, panggil nama penuh Syafiq. Rindu,".
"Aminul Syafiq,".
"Ummi,".
"Aminul Syafiq jaga diri. Dengar cakap abi dan ibu. Jangan lupa belajar solat dan mengaji dengan nenek. Hormat abi tahu,".
Kedua-dua sebak. Mereka terdiam.
"Baik ummi. Syafiq dah pandai baca Al-Fatihah. Nanti dah lancar, Syafiq baca untuk ummi,".
Ada sendu dalam nada anak kecil itu. 'Ya Allah, lindungi anak kecil itu! Hanya pada Mu aku serahkan segala-galanya,'.
"Baik, sayang,".
"Ummi, Syafiq nak tidur dulu. Sayang ummi,".
"Ummi pun sayang Syafiq,".
Sebolehnya dia menahan sebak yang kian memenuhi dadanya. Rindu.
"Kak,".
Suara Suhaila masih kedengaran di hujung talian.
"Acik, terima kasih,".
"Sama-sama, kak,".
"Kalau ada apa-apa berlaku, acik terus telefon kakak ya,".
"In sha Allah, kak,".
Talian diputuskan. Tanpa dipaksa, air matanya mengalir di pipi.
'Ya Allah, andai ini ujian buatku, pada Mu aku terus berlindung dan memohon kekuatan. Moga ujian ini berisi kebahagiaan kelak,'.
Sisa air mata diseka. Bayangan Fauzan menjengah ke dalam benaknya. Lelaki itu belum tahu rahsia utama dirinya.
Apakah reaksi lelaki itu seandainya dia mengetahui perkara sebenar?

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...