Skip to main content

Aminul Syafiq (8)

Berhati-hati, cawan yang berisi kopi panas diangkat. Asap nipis berkepul-kepul naik ke permukaan. Aroma kopi berjaya memancing selera Fauzan.
"Kopi panas ibu memang terbaiklah!" puji Fauzan sambil mengangkat ibu jari kanan. Junaidah tersenyum.
"Asyik minum air kopi ibu saja. Bilalah pula ibu yang dapat merasa air tangan menantu ibu?".
Fauzan yang sedang menikmati kopi panas menjeling ke arah Junaidah. Ibunya tersenyum bermakna. Fauzan memahami makna senyuman meleret ibunya yang sudah separuh abad itu. Perlahan-lahan dia meletakkan semula cawan itu di atas meja. Fauzan berdehem perlahan.
"Aha. Bilalah Along cuti ya?".
"Entah. Apa kaitan dengan Along pula?".
"Tadi ibu yang cakap, lama tak merasa air tangan menantu,".
Junaidah mengetap bibir apabila dia tersedar bahawa anak lelaki keduanya itu sedang mengusiknya.
"Kita cakap fasal dia, dia belit sampai ke situ!".
Fauzan ketawa kecil. Junaidah menyambung kerjanya, melipat pakaian yang sudah dibasuh. Seketika masing-masing membatukan diri. Hanya suara pembaca berita yang kedengaran. Lancar dan betul sebutan serta intonasinya.
"Ibu,".
"Hm?".
"Ibu rasa Damia tu ada sesiapa tak?".
"Manalah ibu tahu, angah. Cuba tanya acik,".
Junaidah memandang sekilas rupa anak lelakinya itu. Lain macam air muka Fauzan apabila nama Damia meniti di bibirnya.
"Kami betul suka Damia?".
"Ibu rasa?".
Sengaja dia menyoal semula Junaidah, berharap ibunya dapat meneka. Dengan lebih tepat, biar Junaidah tidak ragu dengan perasaannya kepada Damia. Junaidah memandang Fauzan.
"Kalau kamu suka Damia, jangan main-mainkan dia,".
"Umur angah ni bukan tahap mahu bermain-main, ibu. Lagipun angah duda. Bukan anak teruna lagi,".
Junaidah terdiam apabila mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Fauzan. Terdetik rasa bersalah di hatinya. Bekas isteri Fauzan dahulu adalah pilihan Junaidah, bukan pilihan Fauzan sendiri.
"Ibu, kenapa diam tiba-tiba?".
"Angah, ibu minta maaf,".
Fauzan mengalihkan pandangan ke raut wajah ibunya. Ternyata ibunya terasa dengan kata-katanya. Fauzan menarik nafas dalam-dalam.
"Sudahlah, ibu. Jangan sedih begini. Bukan salah ibu,".
"Kalau ibu biarkan kamu sendiri cari.....,".
"Allah sudah atur semua qada' dan qadar hamba-Nya, ibu. Jangan guna perkataan kalau itu,".
"Tapi....,".
"Allah nak tunjuk sesuatu pada angah. Mungkin ada hikmah-Nya yang kita tak tahu ibu. Ibu jangan rasa bersalah lagi, ya,".
Lambat-lambat Junaidah mengangguk.
"Ibu suka tak kalau Damia jadi menantu ibu?" soal Fauzan, cuba mengalih topik perbincangan. Junaidah memandang Fauzan.
"Kamu suka dia?".
"Suka,".
Junaidah terdiam. Ada rahsia mengenai Damia.
"Angah, sebelum kita pilih seseorang dalam hidup kita, kita kena kenal latar belakang dia dulu.  Ibu tak mahu kamu terkena buat kali kedua," ujar Junaidah. Ikutkan hati, mahu sahaja dia ceritakan semua kisah hidup Damia kepada Fauzan. Betapa payahnya wanita itu bangkit dan betapa tabahnya Damia melalui satu demi satu dugaan. Namun ditahan. Dia mahu Fauzan tahu sendiri dari mulut Damia.
"In sha Allah, ibu. Fauzan akan cuba kenal Damia,".
"Ibu harap sangat kamu cuba selidik latar belakang Damia. Ibu sebenarnya suka dia. Senang hati ibu kalau kamu bersatu dengan dia. Tapi itulah,".
"Apa yang itulah?".
Junaidah sekali lagi terdiam. Fauzan memandang Junaidah dengan penuh kehairanan.
"Tak ada apa-apalah. Ibu masuk bilik dulu,".

Fauzan tersenyum bermakna. Matanya tertancap pada skrin televisyen tetapi benaknya sedang merangka sesuatu.
"Damia Husna. Awak tidak akan dapat lari dari saya," bisiknya perlahan. Sampul coklat yang diselitkan di dalam buku disentuh perlahan.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...