Skip to main content

Aminul Syafiq (10)

Mariam resah melihat renungan anak mata lelaki itu.
"Abi, boleh Syafiq bermalam di rumah Ustaz Syafiq hujung minggu nanti?".
Lembut sahaja suara Aminul Syafiq meminta keizinan daripada abinya. Namun lelaki itu tidak menjawab. Sebaliknya hanya merenung tepat ke dalam anak mata Aminul Syafiq. Ah, sepasang anak mata jernih itu diwarisi daripada bekas isterinya! Pantas dia mengalihkan semula anak matanya ke arah skrin televisyen.
"Untuk apa?".
"Ustaz Syafiq janji nak ajar Syafiq solat,".
"Kat rumah tak boleh belajar solat?".
Spontan Aminul Syafiq tunduk memandang lantai.
"Azfar, mak yang beri cadangan tu pada Ustaz Syafiq minggu lepas,".
Mariam mencelah. Perubahan pada nada suara Azfar menunjukkan dia terganggu dengan permintaan Aminul Syafiq.
"Dalam ramai-ramai ustaz di sekolah itu, kenapa Syafiq yang jadi pilihan untuk ajar Aminul Syafiq ni?".
Tanpa memandang Mariam, Azfar melontarkan persoalan berbaur sindiran kepada Mariam. Miera yang dari tadi hanya memerhati dan mendengar, cuba untuk memujuk suaminya agar memberi kebenaran kepada Aminul Syafiq.
"Abang, bagi sajalah. Kalau belajar dengan ustaz, lagi elok,".
Bahu suaminya diusap lembut.
"Pergi sajalah! Nanti Mak Acik kamu hantarkan. Abi ada hal hujung minggu ini,".
Aminul Syafiq tersenyum bahagia. Dia memandang Mariam dan Azfar silih berganti. Laju dia menghampiri Azfar dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Terima kasih, abi. Syafiq sayang abi,".
"Hm," balas Azfar acuh tak acuh. Matanya masih melekat pada skrin televisyen.
Aminul Syafiq berlari ke arah Mariam dan memeluk erat tubuh neneknya.
"Nenek, terima kasih! Syafiq nak mandi dulu. Nanti nenek jangan lupa tahu!".
"Lupa apa sayang?".
"Tengok, nenek dah lupa! Malam ni kan nenek janji nak ajar Syafiq zikir paling senang,".
"Baiklah. Pergi mandi, lepas Maghrib masuk bilik nenek!".
Mariam memerhatikan sahaja tubuh kecil Aminul Syafiq yang menghilang dari pandangan.

Rasa sebak menjalari ke dalam hati Mariam. Dia memandang sekilas batang tubuh Azfar dari belakang. Kalau tiada Miera di sisi Azfar, mahu sahaja dia menegur anak lelaki sulungnya itu. Hati ibu mana yang tidak sebak apabila melihat seorang anak bagaikan menyimpan dendam pada darah daging sendiri?
"Mak, kalaulah abang benci sangat dengan saya, setidak-tidaknya jangan dia ada dendam pada Aminul Syafiq. Andai satu hari nanti, berlaku sesuatu pada anak kami itu mak, saya mohon pada mak, lindungi dia. Dia nyawa saya mak,".
Bicara wanita itu sering kali bermain di benaknya.

'Cukuplah kau pisahkan jasad seorang ibu dan seorang anak, Azfar. Jangan kau leburkan kasih antara bapa dan anak semata-mata benci kau pada Damia!'.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...