Skip to main content

Aminul Syafiq (7)

Mariam merenung cucu sulungnya. Kemudian dia membuat mimik muka lucu, dengan harapan Aminul Syafiq ketawa. Hampa. Sebaliknya cucunya itu kian menarik muncung panjang. Kemudian, dia menekupkan mukanya ke meja makan.
"Ala, sudahlah Syafiq! Penatlah nenek begini,".
"Uuuu.....,".
Aminul membebel tetapi tidak jelas kedengaran. Mariam tahu punca Aminul Syafiq bertingkah laku sedemikian, atau dengan kata lainnya, dia sedang merajuk.
"Syafiq marah dengan nenek lagi? Nenek minta maaf ya sayang,".
Aminul Syafiq mengangkat wajahnya. Mencuka.
"Masamnya muka cucu nenek ni. Cuba senyum sikit. Senyum itu sedekah tau,".
Masih tiada perubahan.
"Apa hal nenek dan cucu ni?" soal Suhaila yang tiba-tiba muncul di dapur. Dia memandang anak saudaranya. Mariam menggaru-garu kepalanya yang kian dipenuhi uban.
"Merajuk benar Aminul Syafiq ni, ya. Kenapa sayang?" tanya Suhaila dan menggosok-gosok lembut kepala anak saudaranya itu.
"Nenek mungkir janji dengan Syafiq,".
"Ya? Nenek buat apa, sayang?".
Suhaila melirikkan mata kepada Mariam. Dia sebenarnya tahu. Sekadar mahu memancing Aminul Syafiq supaya bercakap.
"Nenek janji nak kejutkan Syafiq masa Subuh tadi. Nak ajar Syafiq cara solat Subuh,".
"Nenek tak kejut?".
Aminul Syafiq menggeleng laju.
Suhaila ketawa kecil.
"Maaflah, nenek terlupa. Syafiq jangan merajuk dengan nenek lagi, ya,".
"Boleh tapi bersyarat,".
"Amboi, pandai bersyarat dengan nenek! Apa dia?".
"Nanti Syafiq balik sekolah petang ni, nenek ajar Syafiq doa,".
"Doa? Doa apa?".
"Doa untuk ummi,".
Mariam dan Suhaila terkedu. Mereka saling berpandangan.
"In sha Allah, nenek ajar nanti,".
"Yeah! Terima kasih nenek!".
Suhaila ketawa.
"Sudah. Sarapan cepat dan nanti Mak Acik hantar ke sekolah,".
Tanpa banyak bicara, Aminul Syafiq menyuakan sekeping roti ke mulutnya.
"Aminul Syafiq janji ummi satu benda, boleh?".
"Apa ummi?".
"Sebelum ke sekolah, jangan lupa sarapan,".
Hanya kerana pesanan yang ringkas itu, dia tidak pernah pergi ke sekolah tanpa sarapan.

Dia tidak jadi melangkah ke meja makan. Langkahnya mati apabila terdengar permintaan anak tunggalnya itu. Doa untuk ummi? Saat dia mendengar bicara Aminul Syafiq, tangkai hatinya bagai disentap. Sekalipun dia berjaya memisahkan jasad Aminul Syafiq dan Damia, dia masih gagal memutuskan kasih-sayang anak dan ibu.
Bibir digigit.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...