Manik-manik peluh di dahi disapu dengan belakang tapak tangan. Damia tersenyum lega apabila melihat lakaran-lakaran pada dinding semakin berseri apabila dicat. Tinggal beberapa lakaran lagi yang perlu dicat. "Amboi, rajin aih Cikgu Damia kita ni! Panas lit-lit dok buat kerja mengecat lagi," tegur satu suara. Damia menoleh ke belakang. Dia tersengih. "Buat sikit demi sikit, kak. Nanti tak tertangguh projek mural ni,". "Ha, betul tu! Pasaipa sampai lagu ni jadi tudung ni? Nanti nak cuci payah,". Damia memandang tudungnya sendiri kemudian dia ketawa. Tudung labuh itu memang sudah sedia rosak semenjak kali pertama dia mengecat dinding sekolah. Jadi dia terus menyimpan tudung yang sudah terkena cat untuk aktiviti-aktiviti mengecat seperti sekarang. "Tak susah kak. Tudung ni memang saya simpan untuk mengecat,". "Oh, ha takpa la! Kak naik atas dulu,". "Baik, kak,". Dia memandang semula dinding yang baru dicat. Matahari semaki...
My journey has started buT onLy Allah knows wHen it eNds..