Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Cinta Diabetes 4

"Mia, bangunlah! Subuh,". Berulang-ulang suara teman sebilik menerjah ke dalam telinga. Separa sedar, aku bangun dan duduk di birai katil. "Pukul berapa dah?". "Enam. Boleh solat?". Aku mengangguk. Berpandukan cahaya yang dipancarkan oleh lampu meja, aku mencapai tuala dan peralatan mandi. Di dalam bilik mandi, aku merenung paip air hujan. Kepala aku terasa berat. Birai mataku terasa bengkak, membuatkan pandangan aku sedikit terjejas. Ah, kesan menangis semalam! Kebisuan aku difahami oleh Fads. Dia tidak terus bertanya, sebaliknya dia membiarkan aku hanyut dalam dunia aku sendiri. Aku sendiri tidak pasti sebab utama yang menjadikan aku galau pada malam itu. Mungkinkah kerana perbuatan Rahman? Atau kerana kenyataan lelaki itu? Nampaknya, aku makin suka kepada Muhammad. Bukan sekadar suka-suka untuk berkawan. Mungkin cara layanannya buatkan aku rasa dihargai. Tiba-tiba, telefon aku bergetar, menandakan seseorang telah menghubungiku. Ah, panjang pul...

Cinta Diabetes 3

"Assalamualaikum, girls! Sorry," ucap Rahman sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Salamnya dibalas serentak oleh kami bertiga. "Rahman, kau kenal aku lagi tak?" soal Fiza dari belakang. "Gila tak kenal budak sekolah aku sendiri!". Aku, Fiza dan Rahman ketawa serentak. " So, where are we going?". "Kafe Gigit!". " Baiklah,". Gear ditukar kepada 'D'. Perlahan-lahan, kereta aku membelah kelam malam. Aku biarkan mereka bertiga berbual. Jasad aku bersama-sama mereka tetapi benakku sudah melayang, menjelajah ke dunia imbas semula. 'Hati, kenapa kau sakit semasa lelaki itu menghantar mesej begitu?'. Ah, aku sudah memulakan sesi monolog dengan diri aku sendiri. 'Kau sudah sayang dia, bukan?'. Bibirku ketap. Tidak mahu menerima kenyataan. Tidak mahu melompat terus kepada konklusi mudah yang dibuat oleh hati. 'Jangan hati, jangan! Ingat kau pernah sakit kerana ditinggalkan tanpa sebab kukuh,'....

Jerebu Dan Pendidik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bencana jerebu melanda negara kita.  Di celah-celah kekalutan menjalani kehidupan seperti biasa dalam keadaan serba kabur ini, warga pendidik, terutama guru-guru sekolah, menjadi mangsa kritikan netizen. " Beban apabila anak-anak tidak ke sekolah,". " Cikgu makan gaji buta, ". Lahir-lahir jadi doktor doh ko? *tepuk tangan* Kadang-kadang, terkelu juga. Netizen yang berfikiran negatif ini, dulu kalian tidak pernah bersekolah? * Istighfar * Cuba imbas semula 10 tahun yang lalu. Seingat aku, memang kena ketuk, kena luku , kena ketuk-ketampi, kena sindir oleh guru, perkara biasa di sekolah. Denda-denda sebegitu yang membentuk aku menjadi manusia sekarang. * Lupa! Jangan bandingkan didikan dahulu dengan sekarang... ~* Aku pun komuniti pendidik. Masih hijau tetapi aku suka duduk dan mengalami sendiri 'persekitaran mendidik'. Sungguh, aku tabik pada guru-guru senior yang memang ikhlas mendidik, y...

Bukan Paranoid

Assalamualaikum dan salam rindu. 😖😖😖 Tidak mahu mencoret terlalu dalam. Cukup sekadar peringatan untuk diri sendiri dan mengajak kalian berfikir sejenak. ”Kau ni penakutlah!". "Mainan perasaan kau je!". " Dah kau fikir bukan-bukan, datanglah benda tu!". Ayat-ayat yang sering aku terima, tatkala jiwa mula dirusuh, saat rohani diprovok. Provokasi yang bukan datang dari manusia. Siapa mahu? Merasai kehadiran bukan manusia. Sekali, Aku boleh terima itu mainan perasaan. Dua kali, Masih boleh dipertimbangkan. Berkali-kali? Itu bukan kebetulan. Maaf. Kalau tidak percaya, Sekurang-kurangnya, Jangan ranapkan kekuatan aku untuk belajar mengawal, Emosi dan rohani. Tiada kuasa yang lebih hebat berbanding Yang Maha Esa.

Warkah Gadis Separa Wanita

Assalamualaikum dan salam rindu. Ke hadapan bakal zaujku, Moga kamu berada dalam keadaan sihat sejahtera, di bawah lindungan rahmat Allah dan terus istiqamah berada di jalan agama-Nya. Bakal zauj, Kita berdua masih termangu-mangu, mencari erti kehidupan, di samping belajar menjadi khalifah di Bumi Allah yang luas ini. Warkah ini, aku tujukan khas buatmu. Baca dan hayati, semoga engkau memahami tujuan warkah ini dikarang khas untukmu. Bakal zauj, Aku gadis biasa yang sedang mengalami peralihan usia, dari gadis menjadi wanita. Gadis separa wanita ini, belum banyak isinya; sebagai wanita kehendak Melayu mahupun sebagai muslimah yang dituntut dalam Islam. Egoku tinggi, emosiku terkadang stabil, adakalanya aku kalah pada emosi. Gadis separa wanita ini, masih terumbang-ambing, mencari tempat untuk mengukuhkan pautan. Gadis separa wanita ini juga adakalanya terlalu membenarkan kata hati melangkaui percaturan akal. Bakal zauj, Aku bukan seperti wanita idamanmu, jauh s...

Cinta Diabetes 2

Sebal. Skrin telefon pintar dipandang sekali lagi. Sebaris pesanan ringkas yang dihantar kepadanya membuatkan aku tersentak. Sedih? Perlukah aku sedih? Jangan letak harapan pada saya. Jangan bagi ruang pada saya dalam hati awak. Saya takut saya akan lukakan hati awak. Aku cuba tersenyum, dengan harapan rasa galau ini berlalu pergi. Namun kenapa aku rasa sesak, sakit sangat di dada? "Kenapa Mia?" tanya Fads, apabila aku mengeluh panjang. Aku memandang sahabatku itu dan cuba tersenyum. "Kita keluar nak malam ni?" soal aku, cuba mengubah topik. Fads terdiam seketika, gayanya sedang berfikir sesuatu. "Aha, elok juga! Saya pun bosan. Kita pergi makan, nak?". "Assalamualaikum, girls !". Belum sempat aku menjawab pertanyaan Fads, pintu bilik dibuka dari luar dan serentak salam diberi. Siapa lagi kalau bukan rakanku dari bilik atas? Salamnya kami jawab serentak. "Korang buat apa?". "Mencangkul tanah! Tahu tanya lag...

Seimbang

Ada masa happy sokmo. Ada masa nangis, mudah sangat tersentuh. . . "Awak ni emosi sangatlah. Matanglah sikit,". "Mudah bebai,". Ini ayat yang pernah aku dapat. Sehingga tiba masa, Cuba berubah; lebih berbaik sangka, lebih cuba mengawal emosi, belajar jadi wanita. . . Entah mana silapnya, diri rasa kosong serta-merta. 'Salahkah jadi diri sendiri?'? Kata putus dicapai. "Biar aku terus bersendiri kalau kekurangan diri ini kamu tak dapat terima,". . . Putus asa. Tiada rasa percaya pada mereka. Sehingga, kita kenal. . . Kau senyum. Aku senyum. Kau angguk, aku sama jadi belatuk. Hahahaha.... . . Perumpamaan kita; aku api, kau air. Aku kalut, kau tenang. . . Entah kenapa, Setiap pertelingkahan, Kita sama-sama tangkis. Salah seorang akan optimis. . . Moga ini yang terakhir.

Cinta Diabetes 1

Signal ke kiri diberi sebaik sahaja kereta menghampiri persimpangan masuk ke pintu utama bangunan hijau itu. "Betul awak pernah datang sini?". Tanpa membuka mulut, aku sekadar mengangguk. Bukan tidak selesa duduk di sebelah lelaki itu tetapi ada perkara lain yang mengganggu benak aku pada saat itu. Sebelum cerita ini kian panjang, biar aku ceritakan mengenai lelaki di sebelahku. Namanya Rahman, lelaki pertama yang berjaya menawan hati dara aku. Hahaha.... Kami kenal semenjak zaman sekolah menengah. Mula bercinta selepas SPM dan kisah cinta monyet itu terkandas tiga tahun yang lalu. Jangan tanya aku sebab utama tetapi jawapan yang pernah aku dapat,"Saya seorang lelaki yang mudah bosan dengan perkara yang sama," dan "Awak lebih baik berbanding saya,".  Sekarang kami berkawan. Seorang lelaki yang bertopi memberi isyarat tangan, menandakan ada  ruang kosong untuk aku memarkirkan keretaku di situ. Aku mengangkat tangan tanda terima kasih. ...