Skip to main content

Aminul Syafiq (20)

"Terima kasih, cikgu!".
Damia menghembus nafas lega. Itu merupakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang terakhir pada hari ini. Tangannya ligat mengemas buku dan bahan bantu mengajar yang diaplikasikan dalam subjek Matematik pada hari ini.
"Mai saya tolong cikgu bawa barang-barang cikgu,".
Damia memandang Amran yang tercegat di hadapannya. Damia mengangguk dan tersenyum.
"Saya pun nak tolong!".
"Caya! Caya!".
"Ish, hangpa dok diam dalam kelaih da la!".
Damia ketawa kecil melihat anak-anak syurga berebut untuk membantunya. Mereka saling menolak antara satu sama lain.
"Haip, bertenang semua! Kalau nak tolong cikgu angkat barang, kemaskan meja masing-masing,".
Mereka bertiga berhenti bertengkar dan menikus ke meja masing-masing. Buku dan alat tulis disimpan ke dalam beg. Usai sahaja mengemaskan meja, mereka bergegas berdiri terpacak di hadapan Damia, sambil menghulurkan tangan.
Wanita itu menggeleng-geleng sendiri. Kuatiti barang dibahagikan mengikut saiz badan. Alia yang paling kecil diberikan  kotak pensel. Anand diberi buku rancangan pengajaran harian dan Amran membawa bahan bantu mengajar. Senyuman terukir di wajah polos masing-masing.
"Jom, kita gerak ke bilik guru!".

"Terima kasih, semua. Pergi kemas barang, nanti nak balik dah," ucap Damia kepada ketiga-tiga anak muridnya. Serentak mereka menghampiri Damia dan bersalam.
"Assalamualaikum, cikgu,".
"Bye, edu!".
"Jumpa esok cikgu,".
Damia mengangguk sambil tersenyum. Sekejap sahaja mereka hilang dari pandangan.
"Amboi, ramai peminat Cik Damia kita!".
Damia menoleh ke kanan, arah pemilik suara menegur. Farah, salah seorang daripada Pegawai Pembantu Murid di PPKI sekolah itu, tersenyum memandangnya.
"Mana ada kak! Penat melayan perangai mereka hari ni,".
"Biasalah, Mia. Depa ni selalu nak perhatian,".
Damia mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Farah. Pintu bilik guru tiba-tiba ditolak dari luar.
"Matilah mak nak!".
Bebel Hanim yang baru muncul dalam bilik guru. Di sisinya, Daus sedang menangis teresak-esak.
"Apa kes ni?".
Damia dan Farah berminat untuk tahu kisah Hanim.
"Daus ni, kena gigit dengan Chan. Dia tak puas hati, dia gigit balik. Chan pula gigit lagi kuat!" jelas Hanim sambil menapak masuk ke dalam bilik guru. Daus menyoroti langkah Hanim.
Damia menghembus nafas berat. Farah menghampiri Daus yang masih teresak-esak di sisi Hanim. Dicapai lengan Daus. Kesan gigitan jelas kelihatan di lengan kanan kanak-kanak lelaki itu.
"Ish, kuat juga Chan gigit Daus ni! Sakit tak Daus?".
Daus mengangguk perlahan.
"Daus duduk dalam bilik guru ya. Cikgu Mia dan Kak Farah ada. Cikgu nak pi kelas dulu,".
Daus mengangguk. Pegangan di hujung baju kurung Hanim dilepaskan. Hanim menapak semula ke luar bilik guru. Dia perlu kembali semula ke kelas, sebelum Chan menjadi lebih agresif. Mujurlah ada PPM lain di Kelas 3 Kemboja, dapat membantu dia mengawal keadaan kelas.

"Daus duduk dulu. Kak sapu ubat di lengan ni, ya,".
"Luka ke kak?".
"Tak luka tapi macam nak lebam je,".
"Demah dengan ais kak,".
Farah memandang Damia. Cuba menimbang cadangan guru wanita itu.
"Elok juga kan. Mia tengokkan Daus. Kak pi kantin, cari ais,".
Damia mengangkat ibu jari, tanda setuju. Apabila Farah hilang daripada pandangan, Damia bangun dan menghampiri Daus yang duduk di sofa.
"Daus,".
Panggilan Damia tiada sahutan. Kanak-kanak lelaki itu kelihatan takut untuk bertentang mata dengan Damia. Namun Damia tidak terasa hati. Dia sudah sedia maklum dengan masalah autism yang dihadapi oleh Daus.
"Jom, kita pergi di sinki sana dan basuh lengan Daus tu ya,".
Tiada balasan lagi. Damia menghulurkan tangan. Mujurlah Daus membalas huluran tangan Damia, tanda dia mahu membasuh lengannya.
"Bagus Daus ni," puji Damia sambil menggosok-gosok kepala Daus.
Kes menggigit murid lain merupakan perkara biasa di kelas PPKI. Kanak-kanak istimewa ini punya sikap dan tingkah laku yang sukar diramal. Jika hari ini mereka mampu mendengar dan mengikut setiap arahan daripada guru, esok atau lusa mereka mungkin akan buat tidak tahu. Kadang-kala, guru-guru Pendidikan Khas perlu berhadapan dengan tantrum anak-anak syurga ini. Namun, pada Damia sendiri, itu kenangan dan pengalaman mendidik anak-anak istimewa ini. Emosi dan mental kena kuat.
"Edu,".
"Ya, Daus?".
Daus memerhati sahaja perlakuan Damia, yang sedang membasuh lengannya. Bicaranya terhenti. Anak matanya beralih ke arah Damia.
"Edu," panggil Daus sekali lagi.
"Ya, kenapa Daus?".
"Syafiq,".
Damia memulas kepala paip. Aliran air tehenti. Dia silap dengarkah?
"A....apa Daus cakap?".
"Syafiq,".
Damia menelan air liur yang terasa tersekat di kerongkong. Pandangan anak mata Daus menikam tepat ke dalam anak mata Damia. Syafiq mana? Tidak mahu berfikir bukan-bukan, Damia menuntun Daus ke arah sofa. Dia mencari tisu kering, untuk mengelap lengan Daus yang masih basah. Sekotak tisu dicapai dari atas almari. Dia menghampiri Daus dan mengelap lengan Daus dengan penuh hemah. Entah kenapa, Daus masih memandang tepat ke wajah Damia, sekaligus menimbulkan debar di dada Damia. Seram.
"Edu, Syafiq cari edu!".
"Syafiq mana, Daus?".
"Aminul Syafiq,".
Tangan Damia berhenti daripada mengelap. Dari mana dia tahu?
"Macam mana.....,".
"Syafiq cari edu. Syafiq sakit,".
Pada masa yang sama, Hanim muncul di bilik guru. Dia terdengar kata-kata Daus.
"Do I hear he said....?".
Damia menoleh memandang Hanim. Lambat-lambat Damia mengangguk.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...