Skip to main content

Cinta Diabetes 11

Angin kaki gunung menyerbu masuk ke dalam kereta, sebaik sahaja tingkap kereta diturunkan.
"Nak daki gunung dengan kereta ni, kena tutup pendingin hawa. Jimat minyak," ujar Angah, abang kepada Ein. Sebenarnya aku tidak tahu nama penuh abang kedua Ein. Aku hanya selalu dengar Ein panggil Angah.
"Oh..," balasku sambil memandang pantulan anak mata Angah pada cermin pandang belakang. Cepat-cepat aku melemparkan pandangan ke luar tingkap.
Subhanallah, cantiknya pemandangan di sepanjang kaki gunung.
Pon! Pon!
Terkejut. Emak Ein dan Angah ketawa melihat reaksi aku.
"Setiap kali tiba di selekoh, kena bunyikan hon. Supaya kenderaan yang bertentangan tahu ada kenderaan lain,".
Sekali lagi Angah menjadi penerang yang setia. Manakala aku menjadi pendengar yang setia. Ilmu baharu!
Aku memandang ke hadapan, mencari kelibat motor Ein. Tiada.
"Laju pula dia bawa motor!".
"Biasalah mak. Depa dah biasa mai kan,".
Aku sekadar membisu. Sejujurnya, inilah kali pertama aku mendaki Gunung Jerai. Selalu aku mendengar cerita-cerita keindahan Gunung Jerai daripada rakan-rakan sekuliah.
"Mia tahu? Agungnya ciptaan DIA, bijaknya manusia, kita boleh daki gunung ni merentasi dua daerah di Kedah, iaitu Gurun dan Yan,".
Terkebil-kebil aku memandang emak Ein. Tandanya aku kurang faham. Emak Ein ketawa kecil. Ah, sudah! Saat beginilah perangai naif aku datang menyerang.
"Kalau Mia pandang sebelah kiri Mia, nampak bawah tu, itu daerah Gurun. Atas sikit lagi, kita akan nampak daerah Yan,".
Aku mengangguk perlahan, sambil membulatkan bibir bentuk 'O'. Suasana sepi seketika. Aku mengambil peluang itu untuk menikmati kedinginan bayu gunung. Aku keluarkan tangan aku melalui tingkap. Wah, sejuknya!
Di sisi kanan aku, emak Ein ketawa perlahan. Kenapa aku tak matang sangat ni?
Perjalanan agak berliku-liku. Telinga aku kian berdengung. Keadaan biasa apabila berada di tanah tinggi.
"Baca ayatul Kursi semua. Ingat ya, tempat ni bukan kita sahaja yang ada. Kita kongsi tempat ni dengan makhluk Allah yang lain. Mulut jangan celupar,".
Semua isi kereta terdiam. Aku faham maksud emak Ein. Moga perjalanan kami dilindungi oleh Allah.

***

Aku berdiri, terpegun dengan keindahan kawasan berkelah di Gunung Jerai. Di tengah-tengah kawasan berkelah, terletak sebuah kawasan mandi atau kolam, yang dipenuhi dengan air yang mungkin dialirkan daripada air terjun bersebelahan yang mengalir di cerun-cerun bukit. Beberapa buah wakaf dan kerusi batu disusun cantik, mengelilingi kolam buatan itu. Pokok-pokok yang menghijau mengindahkan lagi pemandangan di sekitar kawasan berkelah itu. Subhanallah.
"Angkat barang, cari wakaf yang cuci sikit," suara mak Ein menyapa cuping telinga aku.
"Baik," balas aku ringkas. Namun aku masih terpaku di belakang kereta. Aku memerhati Angah, kalau dia memilih wakaf yang sesuai dan cuci. Eh, terlupa! Mana Ein? Aku memerhati sekeliling. Motor yang dibawanya tidak kelihatan di sekitar kawasan parkir kenderaan.
"Ein pergi turut kakak dia. Terlepas sampai puncaklah tu," ujar mak Ein, memahami perlakuan aku. Aku tersengih.
"Apa ada di puncak, mak cik?".
"Ada telaga. Nanti sebelum balik kita cuba pergi, nak?".
"Bolehkah?".
"Awat tak boleh? Mesti boleh,".
Aku ketawa kecil. Seketika, bunyi enjin motor menghampiri. Serentak dengan itu aku menoleh ke belakang. Sebuah kereta putih mengekori motor Ein.

"Depa terlepas sampai atas nun,".
"Laju sangat bawa kereta,".
Ein mematikan enjin motor dan dia memandang aku, kemudian tersenyum. Pantas aku mengalihkan pandangan.
"Err... saya bawa bakul ini ya, mak cik,".
"Ha, bawalah,".
Tanpa memandang buat kali kedua ke arah Ein, aku mengambil bakul yang berisi beberapa botol air putih dan mengatur langkah ke arah wakaf yang telah dipilih oleh Angah.
Usai meletakkan bakul tersebut, aku berpatah semula ke ara kereta. Bonet kereta aku intai, mencari barang-barang yang mampu aku bawa. Kemudian aku mengeluh perlahan. Bakul yang besar mustahil untuk aku bawa seorang.
"Tengok saja buat apa? Angkatlah!" Ein menegur aku dari belakang. Aku memandangnya dan membuat mimik muka menyampah.
"Mana saya larat!".
"Amboi, badan sihat elok takkan tak larat?".
"Hello, tolong sedar diri sikit! Jangan rasa badan awak tu kecil sangat!" spontan aku membalas usikan Ein.
Alamak, mak dia ada sekali! Mulut hai mulut!
Mak Ein dan Ein tersengih bermakna.
"Aduh, kita dah kena tembak dengan dia mak!".
"Padan muka! Dah, kamu pi angkat letak sana!".
Aku tersengih menang. Ein membuat mimik muka pada aku.

"Nakalkan! Siap awak!" bisik Ein semasa berjalan di sisi aku.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...