Skip to main content

Aminul Syafiq (17)

Benaknya sedang mencongak sesuatu. Cuba memikirkan kehendak nafsu makan pada petang itu.
'Rabu ada pasar malam di Kok Mak. Layan pulut ayam sedap juga,'.
Dari jauh, kelihatan kubah masjid terpacak indah. Kelajuan kereta diperlahankan dan signal ke kiri diberi. Di kiri dan di kanan jalan dipenuhi dengan kenderaan para pengunjung pasar malam di Kok Mak.
Sebelum melepasi jambatan kecil, Damia melihat ada  ruang kosong untuk dia memarkirkan keretanya.
'Jadilah! Kejap je,".

...

Bungkusan pulut ayam dipandang kosong. Seleranya terus mati sebaik sahaja dia mendengar cerita yang berlaku di sekolah pada petang tadi. Berbeza dengan Damia, wanita itu kelihatan tenang dan laju menyuap isi ayam ke dalam mulut.
"Awak tak risau?".
Kening Damia terangkat. Hanim memandang tepat ke wajah sahabatnya lalu dia berdecit.
"Ish, dugaan betul!".
"Sabarlah," pujuk Damia tenang.
"Tapi... bukan awak yang cari fasal dengan dia! Saya!".
Damia menarik nafas dalam-dalam. Dia memberi isyarat mata supaya Hanim bertenang dan makan. Hanim menggigit bibir, tanda tidak puas hati.
"Tak perlu risau. Tak perlu takut. Kalau kita rasa kita buat benda yang betul, kita tawakal pada Allah. Lagipun dia yang salah faham,".
Bicara Damia membuatkan Hanim diam seketika. Kemudian dia mengeluh perlahan. Kenangan beberapa bulan yang lalu menjengah ke ruang matanya.

*Beberapa bulan yang lalu....*

Motor RXZ merah diperhati menerusi cermin pandang belakang. Sesekali anak matanya dilemparkan ke luar kereta. Kelibat Damia masih tidak kelihatan. Mahu diteruskan perancangan itu atau tidak? Stereng kereta diketuk-ketuk dengan hujung jari-jemari, menghasilkan irama sumbang.
"Awak tak payah buat kerja gila, Hanim! Biarkanlah saja. Susahkan diri masuk campur hal orang,".
"Saya kasihankan lelaki tu! Nanti jadi mangsa terbaru si gila besi!".
"Ya Allah budak ni! Manalah tahu kali ini dia dah insaf,".
Perbualan antara dia dan Damia seketika tadi masih melekat kuat pada ingatannya. Susah dapat kawan yang husnuzon seperti Damia. Ya ada benarnya tidak perlu masuk campur hal orang lain tetapi dia cukup kenal siapa Jun. Mustahil orang Padang Besar tidak mengenali siapa Jun.
Sekali lagi dia memandang pantulan motor RXZ merah itu. Pada masa yang sama, kata-kata yang dituturkan oleh Jun berterusan menyentap hatinya. Hanim terdengar semasa Jun berbual dengan rakan-rakannya di tangga rumah Pak Bakar.
"Aku jumpa lelaki baru. Baik punya. Mat motor. Muka iras-iras Bront,".
"Kau tangkap cinta dengan dia?".
"Hahahaha..... Ini Jun! Dia yang jatuh cinta dengan aku!".
"Habis? Apa rancangan kau seterusnya?".
"Aku rancang nak goda dia sampai dia bonceng aku naik RXZ dia,".
"Hahaha... Gilalah! Dulu kau nak usya abang kereta tak dapat,".
"Adik dia yang jahanam tu halang! Sial,".
Mendidih darah Hanim apabila terdengar ayat terakhir Jun. Salah satu sebab dia mahu masuk campur pada kali ini adalah supaya lelaki seterusnya tinggalkan Jun. Paling tidak, biar Jun tinggalkan lelaki itu. Hanim sudah dapat mengenal pasti siapa lelaki itu. Semuanya gara-gara dia terserempak dengan Jun dan mangsa baru Jun di Arau minggu lepas. Ditakdirkan dia terserempak dengan lelaki itu sendirian.
'Cepat fikir, Hanim! Cepat!'.
Andai dia keluar dan bersemuka dengan lelaki itu, pasti lelaki itu menganggapnya gila.
"Takkan nak keluar, jumpa dia dan kata jangan kawan dengan Jun? Nanti dia fikir aku syok kat dia!".
Dia perlu cepat. Sebelum Damia datang ke kereta dan menghalang niat sucinya. Hanim tunduk memandang gear. Tiba-tiba,  dia tersenyum sendiri apabila melihat huruf 'R'.
Hanim menarik nafas dalam-dalam dan menolak batang gear ke bawah. Kereta Saga hitam milik Damia berundur perlahan-lahan ke belakang. Hanim memijak sedikit pedal minyak.
Dum!

***
Damia memandang Hanim. Suapannya perlahan. Anak mata mereka bertemu.
"Kenapa?".
"Saya musykil ni. Kenapa awak nak sangat pisahkan lelaki itu dengan Jun?".
Hanim membulatkan matanya.
"Awak lupa apa dia buat pada abang saya?".
Damia terdiam. Dia tidak mengangguk mahupun menggelengkan kepala. Sebelum Fauzan meluahkan perasaan kepadanya, lelaki itu teruk dipergunakan oleh Jun. Dengan lebih tepat, Jun menggunakan khidmat benda halus untuk menawan hati Fauzan. Mujurlah dia sempat diubat.
"Kalau saya tahu lelaki itu ialah anak saudara Kak Fauziah....,".
"Sudahlah, Hanim. In sha Allah, ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan,".
"Tapi Khairul fikir awak yang langgar dia!".
Damia tersenyum dan kemudian ketawa kecil.
"Nanti kita cakap elok-elok dengan Khairul. Kita beranikan diri pergi rumah Kak Fauziah dan kita bayar ganti rugi,".
Hanim tersentak.
"Saya yang salah. Kenapa awak nak tanggung sama?".
"Awak dah bayarkan untuk baiki kereta saya. Sekarang untuk ganti rugi motor Khairul,  kita tanggung sama-sama,".
"Sebab?".
"Saya.....  sokong je awak rosakkan motor Khairul! Lagipun biar Jun melepas! Suka hati dia!".
Hanim ketawa kecil melihat perubahan riak wajah Damia.
"Terima kasih. Sayang juga awak pada abang saya, ya?".
Hanim sudah dapat meneka. Pasti pipi tembam sahabatnya berubah warna.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...