Skip to main content

Aminul Syafiq (19)

Suapan Syafiq terhenti apabila telefon pintarnya bergetar. Lambang Whatapps terpampang di bahagian atas skrin.

- Ustaz, sila datang bilik guru sekarang.
- Kenapa?
- Aminul Syafiq cedera.

Terpana dia seketika. Tanpa banyak soal, dia menghabiskan baki makanan dan membasuh tangan. Pelbagai persoalan timbul di benaknya. Tidak mahu membayangkan bukan-bukan, dia mengatur langkah dengan cepat ke bilik guru.

Guru lelaki yang berjanggut memandang Aminul Syafiq dan dua orang murid tahun lima silih berganti. Dua orang murid yang lebih besar berbanding Aminul Syafiq kelihatan takut. Berbeza dengan anak kecil itu yang beraut lebih tegas dan berani walaupun ada kesan air mata mengalir di pipi.
"Siapa yang mulakan dulu?".
Sudah tiga kali guru lelaki itu mengulang soalan yang sama tetapi ketiga-tiga mereka mendiamkan diri.
"Assalamualaikum,  Cikgu Baha,".
"Waalaikumsalam,  ha ustaz!".
"Pasaipa ni?".
Cikgu Baharuddin menggeleng perlahan. Syafiq memandang tiga orang kanak-kanak lelaki di hadapannya silih berganti. Keadaan dua orang murid lelaki itu tidak seteruk Aminul Syafiq.
"Jadi, siapa nak mulakan cerita ni?".
Suara Ustaz Syafiq yang tegas berjaya menggetarkan keberanian ketiga-tiga murid tersebut. Bahkan di sekolah itu, Syafiq merupakan guru yang paling dihormati dan ditakuti oleh murid-murid kerana ketegasannya.
"Aminul?".
Anak mata mereka bertentang.
"Siapa yang betul, siapa yang salah, Allah je tahu ustaz!".
Terdiam kedua-dua orang guru lelaki tersebut mendengar jawapan murid tahun satu itu. Cikgu Baharuddin menggaru-garu kepalanya yang kian memutih.
"Ya, Allah Maha Mengetahui.  Masalahnya sekarang, ustaz dan Cikgu Baha tak tahu. Cuba cerita hal sebenar,".
Aminul Syafiq diam.
"Dia kurang ajar dengan kami, ustaz!" ujar salah seorang daripada murid tahun lima itu. Syafiq membaca tanda nama yang melekat di uniform sekolah murid lelaki itu.
"Kurang ajar bagaimana maksud kamu, Tajul?".
Tajul tertunduk. Kakinya menyepak perlahan kaki rakannya, Hanan, meminta untuk bersuara.
"Dia belasah kami, ustaz!".
Aminul Syafiq merenung tajam ke arah Tajul dan Hanan. Manakala Syafiq dan Cikgu Baharuddin saling memandang.
"Kamu berdua kata Aminul yang kecil ni belasah kamu berdua? Dia yang mulakan?".
Serentak Hanan dan Tajul mengangguk.
Syafiq menghampiri Aminul Syafiq dan melihat luka di bibir dan baju sekolah Aminul Syafiq yang kotor.
"Jadi sebab dia kurang ajar dengan kamu, kamu berdua pukul dia teruk begini?".
Tiada respon. Hanan dan Tajul menundukkan pandangan sekali lagi.
"Kamu berdua jangan nak tipu ustaz dan Cikgu Baha. Macam ni,  apa kata ustaz telefon keluarga masing-masing dan kita dengar cerita sebenar di depan mereka,".
Spontan Tajul dan Hanan mengangkat wajah mereka dan menunjukkan reaksi tidak setuju. Cikgu Baharuddin memandang Syafiq.
'Biar betul? Kalau panggil ibu bapa, mesti kena lagi teruk!'.
Melihat air muka Syafiq,  fahamlah dia guru muda itu sekadar mengugut.
"Kamu, Aminul Syafiq, kenapa diam?".
Semua menanti reaksi kanak-kanak lelaki pasif itu. Jika dilihat pada keadaan dirinya, dia lebih teruk tetapi dia masih tenang.

"Salah saya, ustaz, cikgu. Ikut perasaan sangat. Betullah perkara Abang Hanan dan Abang Tajul cakap, saya tiada emak. Saya ni orang benci,".
Terkesima. Cikgu Baharuddin merenung tajam ke arah Hanan dan Tajul, membuatkan dua orang murid itu menundukkan kepala, menikus. Syafiq pula terdiam dan perasaan sayu singgah di lubuk hatinya. Air mata anak kecil itu bergenang semula.

"Mak kau mana? Mak cik aku cakap mak kau tak pernah muncul,".
"Kau anak luar nikah ek?".
"Bukanlah! Mak dia tak guna, lari ikut jantan lain!".
"Kira mak dia benci anak sendirilah ni? Hahahahaha.....,".
Ejekan Hanan dan Tajul masih terngiang-ngiang di telinganya. Walaupun dia tidak faham beberapa perkataan yang disebut oleh Hanan dan Tajul, entah kenapa nafsu marah menguasai dirinya. Tanpa berfikir panjang, dia menerkam ke arah Hanan. Namun dia lupa hukum alam, bahawa yang kecil belum tentu dapat menandingi tenaga manusia yang lebih besar. Kesannya, dia yang dipukul teruk.

"Kamu berdua boleh masuk ke kelas. Nanti cikgu akan bincang dengan ustaz," kata Cikgu Baharuddin.
Hanan dan Tajul mengatur langkah balik ke bilik darjah dengan perlahan-lahan. Mereka tidak berani memandang Aminul Syafiq.
"Cikgu Baha, biar saya uruskan Aminul,".
"Baiklah. Nanti kita bincang tindakan seterusnya. Ustaz rawatlah luka dia dulu,".
Syafiq mengangguk. Dicapai tangan Aminul Syafiq. Bagaikan patung, dia mengikut sahaja langkah Syafiq.
"Aminul, kita rawat luka tu dulu ya,".
Tiada respon. Syafiq mengeluh perlahan.
'Mewarisi sikap ummi dia sungguh!'.

***

"Mia!".
Laungan Syafiq tidak dihiraukan.
"Woi, gelap! Ada hantu, hati-hati!".
Usikan Syafiq tidak dipedulikan. Gadis itu semakin laju menapak dalam gelap, menuju ke bilik mesyuarat. Syafiq menggaru-garu kepalanya.
'Ah, masak! Marah sangat tu kalau kena usik hantu pun buat tak layan,' getus Syafiq dalam hati. Enjin motor dimatikan. Pada masa yang sama, cahaya lampu kalimantang menerobos keluar dari celah-celah jendela bilik mesyuarat.
"Apa kes tu Abang Syafiq?".
Hampir luruh jantung apabila dirinya tiba-tiba ditegur dari belakang. Syafiq mengurut dadanya.
"Kamu jalan dengan kakak kamu ke dalam gelap tadi?".
"Hehehe... ya. Saya singgah bilik air kejap. Lain macam angin Kak Mia malam ni,".
"Entahlah. Marah dengan kami agaknya,".
"Aha, tak tahu! Saya tak nak campur hal suami isteri gaduh!".
"Mulut elok sikit! Dah, masuk ke dalam! Nanti dia kena histeria susah,".
"Ish, mulut Abang Syafiq ni tak bertapis!".
Mereka beriringan menapak masuk ke dalam bilik mesyuarat. Di sudut bilik mesyuarat,  gadis itu kelihatan sedang menyusun fail-fail biro yang berterabur.
"Assalamualaikum,".
Tiada balasan. Syafiq memandang Sarah. Gadis genit itu mengangkat bahu.
"Tak jawab dosa!".
Masih sama, tiada sahutan.
"Eh, betul ke kakak kamu tu? Entah-entah.....,".
"Aku tampar juga lelaki ni!".
Syafiq ketawa melihat muka cuak Sarah. Tanpa banyak bicara, Sarah melangkah masuk ke dalam dan menghampiri Damia yang membelakangkannya.
"Kak!" sergah Sarah sambil menepuk bahu Damia.
Hampir dibaling fail yang dipegang ke atas, terkejut ditepuk dari belakang.
Sarah dan Syafiq ketawa besar melihat reaksi Damia. Damia mencabut sesuatu dari dalam tudung.
"Korang memang tak pandai bagi salam?".
"Lah, kakak pakai binatang tu di telinga? Patutlah kami bagi salam tidak berjawab,".
"Ini bukan binatang!".
Sarah ketawa.
"Ingat marahkan kami,".
Damia memandang Syafiq dengan pandangan kosong dan menyampah.
"Perlu kami marah kamu?".
"Kamu rasa?".
"Entah. Mungkin ada orang merajuk dengan kami kot sampai berani berjalan dalam gelap sendirian,".
Damia terdiam. Malas mahu melayan Syafiq. Dia menyambung semula kerjanya yang tergendala.
"Hahaha... Memang ada orang merajuk dengan Abang Syafiq! Macam mana ni?".
Sarah memandang Syafiq yang sudah berbaring di sofa dalam bilik mesyuarat. Lelaki itu tersengih. Dia sudah masak benar dengan perangai Damia yang satu itu, kuat merajuk dan sentap tetapi cepat sejuk.
"Kita biarkan dia susun fail-fail, nanti dia dah sejuk, kita ajak dia keluar makan piza!".
"Cantik!".
Damia menggigit bibir.

***

"Siap! Sakit tak?" soal Syafiq sebaik sahaja usai menyapu ubat di luka Aminul Syafiq.
"Tak,".
Syafiq memandang ke dalam anak mata Aminul Syafiq. Kosong tetapi anak matanya memang seperti sepasang mata Damia.
"Ustaz,".
"Ya?".
"Anak luar nikah tu apa?".
Terdiam seribu bahasa Syafiq apabila disoal oleh anak kecil berusia tujuh tahun.
'Mati aku! Mati aku!'.
Dia tidak terus menjawab pertanyaan Aminul Syafiq. Sebaliknya, dia ligat menyimpan ubat dan kapas ke dalam peti kecemasan. Sementara benaknya berusaha menyusun ayat-ayat yang sesuai untuk diterangkan. Aminul Syafiq memandang ustaznya dengan penuh minat dan ingin tahu.
"Anak luar nikah ni...... anak yang dikandungkan semasa mak ayah belum kahwin,".
Terkebil-kebil Aminul Syafiq memandang Syafiq.
'Arghhhhh.... betul ke apa aku cakap ni? Tolonglah faham budak oi!'.
"Jadi saya bukan anak luar nikah,kan? Sebab ummi dan abi dah kahwin baru saya keluar,".
Syafiq memandang Aminul Syafiq dan tersenyum.
"Kan, ustaz kan?".
"Ya, Aminul Syafiq,".
Kanak-kanak lelaki itu tersenyum bahagia.
"Aminul,".
"Ya, ustaz?".
"Ustaz telefon nenek ya?".
Spontan dia melompat dari kerusi dan menggeleng laju.
"Jadi?".
Aminul Syafiq terdiam, dia menundukkan kepala. Seketika kemudian, dia mengangkatkan kepala dan tersenyum sendiri. Diseluk poket seluar dan sekeping kertas putih yang sudah lusuh dikeluarkan.
"Ustaz, pinjam telefon!".
Syafiq memandang Aminul Syafiq dengan penuh kehairanan.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...