Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

L.O.v.e.s.T.O.R.i.e.S

Assalamualaikum & salam sayang dari anak jati Kelantan. Alhamdulillah, exam sudah setel ! Semester banyak sangat saya lalui. Banyak sangat kisah cinta yang tercipta _ tetapi biasalah, ada tikanya kisah cinta itu akan kelam-kabut. Awak, banyak sangat saya nak kongsi dengan awak. Banyak sangat, sehingga setiap kali kita berjumpa, saya tidak tahu nak mula dari mana. Biar saya ringkaskan mengenai kisah cinta saya sepanjang tahun 2012. # Kisah Cinta 1# Hiu.hiu.hiu. Percaturan Allah itu indah dan menguji ketabahan. Tanpa disangka sama sekali, saya terpilih dalam JPP 2012/2013. Sebelum tu, maaf, saya tidak ANGKUH dengan jawatan itu sebab amanah itu bukan perkara main2. Bukan just deal dengan manusia, tapi akan dipersoalkan kelak di sana. > Syoh! Syoh! Hambat cite sedey..~~ hiu.hiu.hiu.<. Awak tahu tak, dalam keluarga JPP ni, saya bertemu dengan 26 orang lagi ahli JPP atau nama ringkasnya keluarga JPP. Saya sayang semua. Yang menjadikan ia kisah cinta buat s...

.. Minggu Yang Mencabar ..

Assalamualaikum & salam sejahtera. Minggu yang mencabar. Seyes, ku tak tahu apa nak tulis. Hanya kepala otak tengah serabut... (seyes..~). Minggu ni hati aku, benak aku diuji sangat2. Allah nak uji hamba DIA yang lemah ni... Ni la rupa aku bila tengah hot... Hahahahah...~ coMeL x? Aku hilang arah kejap. Kawan2 yang aku cuba percaya, buat aku rasa hilang rasa nak percaya. Kawan2 yang bangga berkata2, kadang2 buat aku ragu untuk menerima. Mungkin aku pun sama macam mereka Mungkin ini balasan untuk aku Mungkin ini ujian dari ALLAH. Aku cuba redha Aku cuba memaafkan CUBA! CUBA! "Maafkan je la mereka," Tolong faham, aku sedang CUBA! Memaafkan tu mudah je Tapi rasa yang tertinggal tu (lagu la pulakk...~) Akan muncul kembali Akan bertandang kembali Bila kesalahan yang sama dilakukan. Der, Aku bukan macam ko! Pemaaf! Pemurah! Jangan paksa aku untuk jadi cam ko dalam masa singkat Bagi aku masa Aku akan belajar. ...

C.E.L.A.R.U

Assalamualaikum & salam sayang. Woho...~ sepanjang 2 minggu ni ghupanya tengah kecoh mengenai seorang hamba Allah yang bagi pandangan mengenai cikgu ya! < Maap la... Tenet kat kampung zero! >. Woho..... Ku tak berminat nak balas balik serangan beliau sebab rakan seperjuangan sudah bom dia sedas (belum dicampur insan-insan yang menembak beliau berdas-das melalui komen...) . Tengok, adik koTak ni renung hangpa dalam2! XD Ambe nak habaq mai noh. Ambe tak paham lor kenapa pakat nak kedengki sangat. Baru2 ni pun ayah ada cakap "Hai, kesian cikgu ni! Semua pakat dengki. Kamu beruntung terpilih masuk IPG,". Ambe tak faham pun apa maksud ayat ayah. Sekarang ambe faham. Hohoho.... Kalau demo ghasa jadi cikgu ni mudah, ce demo terpacak depan kelas. Nak tau la setakat mana demo punya power. Hahahaha..~ Dengan 30,40 pasang mata memandang demo, tertunggu2 apa yang demo nak ajaq... Huiii...kalah dengan renungan tajam pakwe/makwe demo..! Demo tahu a...

Aidilfitri - Kampung - PBS - ... #Kisah 2 Minggu#

Assalamualaikum & salam Syawal. Alhamdulillah... Semua sudah setel! Tinggal siapkan esemen & hal JPP sahaja. Aidilfitri & Kampung Aidilfitri kali ini hampir sama tapi tidak semeriah tahun-tahun lalu. Kenapa? Hahahaha.... Aku mampu tersenyum sahajalah. Sekurang-kurangnya aku sempat menyambut Syawal tahun ini dengan mak dan ayah. (^__^) Seperti biasa, kerja kami sekeluarga kalau berkumpul ramai-ramai _ MAKAN, MAKAN dan MAKAN...!!! Hehehehehe..~ Maaf zahir batin yer..~ PBS (26/8 - 30/8) Hua...~ Seyesli, aku & 2 orang lagi kawan aku setiap kali balik sekolah, pengsan! ~zzZZzzzzzz~ Penat melayan murid-murid yang  istimewa. Apa2 pun, jenguk2 FB...! Ada gambar mereka di sana..~ p/s:

# Cerita Di Sebalik Kisah 1 #

Assalamualaikum & salam Ramadhan. Alhamdulillah, demam sudah makin kebah. Hewhewhew.. ( kopipaste ayat saia Owdah..~ ) Cerita di sebalik kisah berbeza ke tidak kisah di sebalik cerita? Haaa..~ hahahaha..~ (tersenyum antara ikhlas dan tidak). Iftar dengan biro aku. Hurm..~ Nak kata seronok, tidaklah sampai happening sangat2 sebab semua letih berpuasa. Namun aku tersenyum sampai kerang pun kalah sebab tengok pelita, bunga api dan rakan-rakan seperjuangan ku. Entahlah , sama ada mereka berkongsi rasa yang sama atau pun tidak tetapi jujur aku kata, malam itulah malam yang paling aku rindu. Hah, jangan fikir bukan-bukan! Dulu, aku pernah rasa perasaan seperti malam itu _ letih, penat, gembira, tenang dan tiada tekanan _ pada waktu dulu. Aku tengok pelita yang dipacakkan oleh rakan-rakan, hati aku rasa semacam sangat. Rasa yang tidak dapat untuk aku tulis di sini. Aku tengok pula wajah-wajah mereka.. Subhanallah, aku rindu mereka! Mereka yang aku maksudkan _ ...

K.E.L.I.R.U

Assalamualaikum & salam Ramadhan. (>_<) Keliru... Banyak perkara yang buat aku keliru. Kalau tengok animasi di atas, macam melibatkan hati! Hahahaha... Apa, hati mesti berkaitan CINTA sahaja? Aku keliru dengan.... Kasih yang wujud dalam hati ini. Aku pun manusia biasa, tidak lepas dari rasa ragu-ragu. Kadang-kadang aku nak juga tengok bukti. Agak2 tara ni...! Tidak susah untuk mengakui seseorang yang hadir dalam hidup kita Bahawa dia KAWAN kita, Tapi yang nyata,  Sukar untuk menerima insan biasa sebagai SAHABAT Menerima dirinya dengan hati yang ikhlas. Aku keliru.... Antara tanggungjawab dan persepsi. Aku ni tidaklah sekuat sahabat ku yang lain Tidak sematang mereka. Adakalanya aku tidak mampu untuk menangkis Tiap bait yang melukakan aku. Kadang-kadang hati jahat menghasut "Kenapa mereka tidak nampak usaha aku? Mereka buat apa?" Aku teringat pesan sahabat ku "Kita buat sesuatu biarlah ikhlas k...

.... Khas Untuk ....

Assalamualaikum & salam rindu. # Coretan ini khas untuk rakan-rakan seperjuangan. Maaf sekiranya bait-bait tulisan tidak gramatis, hilang keharmonian dan tidak segah penulis hebat yang lain. Jemari yang menari di papan kekunci ini mengikut rentak ilham yang DIA turunkan pada malam yang penuh berkat ini, datangnya dari hati yang ikhlas. Lahirnya dari cinta kepada kalian kerana Allah.# Sahabat ku, Pernah hati ini ragu Dengan apa yang berlaku Pernah hati ini menyoal "Kenapa mesti aku di sini?" "Siapa mereka pada aku?" Mungkin ada antara kita Yang mengungkapkan bait-bait yang sama. Saat keraguan menjarakkan hati ini, Ada sahabat-sahabat yang DIA dekatkan kepada ku Sebagai pencetus mengenali diri-NYA Selain cuba menerima kasih makhluk-NYA Cuma satu persoalan ku, Kenapa kali ini DIA hadirkan lagi kasih ini Sedangkan akan ada perpisahan antara kita kelak? Sahabat ku, Betapa hebatnya percaturan Allah Pertemuan dengan kali...

Buat Srikandi Seperjuangan

Assalamualaikum... Sahabat-sahabat ku, Izinkan aku mencoretkan rasa hati di sini Khas untuk kalian. Andai ada salah silap Kemaafan dipohon. Sahabat yang dikasihi kerana-NYA Saat kita melangkah bersama Si bayu datang menyapa ku Bagaikan bertanya kepada hati ku "Benarkah engkau menyayangi mereka sedangkan mereka meminggirkan mu?" Aku mendongak seketika Melihat gugusan awan gelap Ibarat memahami kegusaran ku. Aku lihat ke wajah kalian Dan aku tersenyum sendiri Menangkis segala kata bisikan bayu "Duhai bayu, mungkin aku masih lagi tidak yakin tapi satu sahaja yang aku percaya, Allah datangkan mereka ke dalam kamus hidup ku untuk melengkapkan lagi kelemahan diri ku". Sahabat yang dicintai kerana perjuangan Aku tidak pernah memahami Apa erti 'menyayangi kerana Allah' Sehinggalah satu hari DIA datangkan kepada ku Insan yang terpilih "Mencintai kerana Allah itu bagaikan Rasulallah dengan para sahabat. Men...

R.A.M.A.D.H.A.N

Assalamualaikum & salam Ramadhan. Bulan yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam hampir tiba. Bulan yang paling mulia dan pada bulan inilah umat Islam berlumba-lumba beribadah kepada-NYA. Yus terkenang zaman budak2 dulu. Iyalah, zaman tidak akil baligh lagi manalah Yus puasa. Kawan sebelah rumah pun sama. (Hehehhe..). Kadang2 macam nak putarkan balik waktu dulu _ saat Yus tidak kenal erti sayang. Tahu sayang itu wujud tapi tidak mengenal sedalam-dalamnya makna dan tanggungjawab 'sayang' itu. Kenapa tiba-tiba bercakap soal sayang sedangkan tajuk Yus mengenai Ramadhan, kan? Hehehe..... Sebenarnya, saat Yus tengah menulis ini, hati ini terasa kosong sangat. Sunyi. Ada teman-teman di hadapan tetapi entahlah. Yus cuba optimis. Mungkin sudah tiba masanya Yus tidak hiraukan sangat hati Yus ini. Sudah, tak mau tacing2 sangat! Mengimbau kenangan Ramadhan dulu-dulu.... Rumah Tok Dulu, ramai saudara-mara berkumpul di rumah tok. Bulan puasa adalah salah...

Selangkah Ke Selatan

Assalamualaikum & salam anak jati Kelantan. Minggu lepas, bersama-sama rakan seperjuangan JPP sesi 2012/2013, berangkat ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Itulah kali pertama kaki yang coMeL ini melawat IPG tersebut. Yang menariknya lagi, lawatan itu adalah konvoi beramai-ramai semua IPG Zon Utara. (Hui.hui.hui.... sempatlah jumpa beberapa teman yang pergi ke Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik di Ulu Kenas baru-baru ini~..). Lawatan pada kali ini adalah bertujuan melakukan satu 'batch marking' (kalau tak salah, dalam Bahasa Melayu disebut 'penanda aras'). Alhamdulillah, banyak maklumat yang Yus dapat kumpul. Perbandingan dapat dibuat antara BTM&P IPDA sendiri dengan IPG lain. Terpana sekejap apabila berada di tempat orang. Yus akui memang kagum sangat dengan IPGK PMM. Luas sangat.... (sampai Yus turun 2kg selepas melawat kawasan sekitar! Hehehehe...). Yus paling suka bilik pendidikan khas. Seperti di IPDA juga, di sana kursus m...