Skip to main content

Buat Srikandi Seperjuangan

Assalamualaikum...

Sahabat-sahabat ku,
Izinkan aku mencoretkan rasa hati di sini
Khas untuk kalian.
Andai ada salah silap
Kemaafan dipohon.

Sahabat yang dikasihi kerana-NYA
Saat kita melangkah bersama
Si bayu datang menyapa ku
Bagaikan bertanya kepada hati ku
"Benarkah engkau menyayangi mereka sedangkan mereka meminggirkan mu?"
Aku mendongak seketika
Melihat gugusan awan gelap
Ibarat memahami kegusaran ku.
Aku lihat ke wajah kalian
Dan aku tersenyum sendiri
Menangkis segala kata bisikan bayu
"Duhai bayu, mungkin aku masih lagi tidak yakin tapi satu sahaja yang aku percaya, Allah datangkan mereka ke dalam kamus hidup ku untuk melengkapkan lagi kelemahan diri ku".

Sahabat yang dicintai kerana perjuangan
Aku tidak pernah memahami
Apa erti 'menyayangi kerana Allah'
Sehinggalah satu hari
DIA datangkan kepada ku
Insan yang terpilih
"Mencintai kerana Allah itu bagaikan Rasulallah dengan para sahabat. Menegur andai ada kesalahan,".

Sahabat ku,
Kita sama-sama punya kelemahan
Masing-masing punya kelebihan
Apa yang kurang
Apa yang lebih
Antara kita sahaja yang tahu.

Sahabat ku,
Andai ini akhirnya nafas ku,
Ku susun jemari ini
Memohon kemaafan dari kalian
Tidak mungkin aku sempurna dalam menjadi sebahagian teman kalian
Sekurang-kurangnya ingin ku berbakti dalam persahabatan ini.

Sayang kalian kerana Allah.
Terima kalian seadanya diri kalian.
Insyaallah, tiada apa yang mampu memisahkan kita melainkan ajal.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...