Skip to main content

Selangkah Ke Selatan

Assalamualaikum & salam anak jati Kelantan.

Minggu lepas, bersama-sama rakan seperjuangan JPP sesi 2012/2013, berangkat ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Itulah kali pertama kaki yang coMeL ini melawat IPG tersebut. Yang menariknya lagi, lawatan itu adalah konvoi beramai-ramai semua IPG Zon Utara.
(Hui.hui.hui.... sempatlah jumpa beberapa teman yang pergi ke Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik di Ulu Kenas baru-baru ini~..).

Lawatan pada kali ini adalah bertujuan melakukan satu 'batch marking' (kalau tak salah, dalam Bahasa Melayu disebut 'penanda aras').
Alhamdulillah, banyak maklumat yang Yus dapat kumpul. Perbandingan dapat dibuat antara BTM&P IPDA sendiri dengan IPG lain.

Terpana sekejap apabila berada di tempat orang. Yus akui memang kagum sangat dengan IPGK PMM. Luas sangat.... (sampai Yus turun 2kg selepas melawat kawasan sekitar! Hehehehe...). Yus paling suka bilik pendidikan khas. Seperti di IPDA juga, di sana kursus major adalah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Bilik tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terapi untuk kanak-kanak istimewa. Ada juga kolam terapi.

Inilah bilik yang Yus katakan. Komen?

Dua orang gadis ayu yang setia menjawab segala persoalan kami.


Ini bukan untuk korang tau!

Senyum...~


Sempat juga kami melawat sekitar bandar Melaka. (Malangnya, semasa lawatan itu Yus banyak melayan perasaan. Sedih sangat...). Antara memori yang sempat terakam di bandaraya bersejarah.... Check it out!

Model untuk latihan ku.. :p

Di persimpangan.

Wajah-wajah gembira teman seperjuangan.

Kacaknya.. hehehehe... :-)

Cita-cita ku nak panjat pagar ini tercapai..! Hohoho..~

(-:   :-)

Opsss... Aksi terlarang! Hahahaha...~ (>__<)
Destinasi IPG yang terakhir adalah IPG Kampus Ipoh. Kali ini, bukan secara konvoi. Sebaliknya lebih kepada membalas kembali kunjungan IPG Kampus Ipoh baru-baru ini. Sekali lagi, Yus kagum. Luaaaaassss sangat kawasan IPG Kampus Ipoh. (Tiba-tiba YDP IPG Kampus Ipoh bercerita mengenai harimau! Aiyaaa.. Hutan luas kot sebelah kami masa tu!).  Terima kasih sebab menerima kunjungan mengejut kami.

Disambut mesra oleh tuan rumah.

Biar pun penat tapi bersemangat!

Yan, hang buat pa tu?

Apa yang YDP bualkan tu?
Sebelum kembali ke IPDA, kami pergi sebentar ke Penang. Yus pun tak tahu nama tempat itu tapi enjoy sebab boleh makan!
Setakat ini sahajalah kisah pada kali ini.

p/s: Aku tersenyum seketika sebelum menangis lagi. Serahkan semua kepada Allah.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. &#128536;&#128536; 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? &#128514;&#128514;&#128514; Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...