Skip to main content

K.E.L.I.R.U

Assalamualaikum & salam Ramadhan.


(>_<)
Keliru...
Banyak perkara yang buat aku keliru.
Kalau tengok animasi di atas, macam melibatkan hati!
Hahahaha...
Apa, hati mesti berkaitan CINTA sahaja?

Aku keliru dengan....
Kasih yang wujud dalam hati ini.
Aku pun manusia biasa, tidak lepas dari rasa ragu-ragu.
Kadang-kadang aku nak juga tengok bukti.
Agak2 tara ni...!
Tidak susah untuk mengakui seseorang yang hadir dalam hidup kita
Bahawa dia KAWAN kita,
Tapi yang nyata, 
Sukar untuk menerima insan biasa sebagai SAHABAT
Menerima dirinya dengan hati yang ikhlas.



Aku keliru....
Antara tanggungjawab dan persepsi.
Aku ni tidaklah sekuat sahabat ku yang lain
Tidak sematang mereka.
Adakalanya aku tidak mampu untuk menangkis
Tiap bait yang melukakan aku.
Kadang-kadang hati jahat menghasut
"Kenapa mereka tidak nampak usaha aku? Mereka buat apa?"
Aku teringat pesan sahabat ku
"Kita buat sesuatu biarlah ikhlas kerana mahu dapat keredhaan Allah. Mulut manusia ni takkan pernah berhenti. Nafsu manusia tidak akan pernah puas. Anggaplah ini dugaan dari-NYA untuk kita yang berusaha mencari redha-NYA dalam setiap kerja buat kita,"
"Senyum sahajalah! Maafkan setiap kesalahan orang lain, tak perlulah nak berdendam!"
Aku?
Mampu menahan sakit
Menerima luka
Walaupun ada tikanya
Mengalir juga air mata ini.
Senyum sahajalah..~



Aku terlalu banyak keliru
Sampai saat aku tengah menaip post ini
Aku panas badan dan pening
Mungkin sebab tak sahur
Kemudian main pulak sukan tadi!
Hahahaha..~
Aku tersenyum sajalah
Walau hati sakit semacam...

p/s: Tengah dengar lagu Harapan (OST Seindah Sakura)


Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. &#128536;&#128536; 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? &#128514;&#128514;&#128514; Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...