Skip to main content

R.A.M.A.D.H.A.N

Assalamualaikum & salam Ramadhan.


Bulan yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam hampir tiba.
Bulan yang paling mulia dan pada bulan inilah umat Islam berlumba-lumba beribadah kepada-NYA.

Yus terkenang zaman budak2 dulu. Iyalah, zaman tidak akil baligh lagi manalah Yus puasa. Kawan sebelah rumah pun sama. (Hehehhe..).
Kadang2 macam nak putarkan balik waktu dulu _ saat Yus tidak kenal erti sayang. Tahu sayang itu wujud tapi tidak mengenal sedalam-dalamnya makna dan tanggungjawab 'sayang' itu.
Kenapa tiba-tiba bercakap soal sayang sedangkan tajuk Yus mengenai Ramadhan, kan?
Hehehe..... Sebenarnya, saat Yus tengah menulis ini, hati ini terasa kosong sangat. Sunyi. Ada teman-teman di hadapan tetapi entahlah. Yus cuba optimis. Mungkin sudah tiba masanya Yus tidak hiraukan sangat hati Yus ini. Sudah, tak mau tacing2 sangat! Mengimbau kenangan Ramadhan dulu-dulu....

Rumah Tok
Dulu, ramai saudara-mara berkumpul di rumah tok. Bulan puasa adalah salah satu bulan pada masa itu yang Yus rasakan menyatukan kami satu keluarga yang besar. Masa itu Yus masih budak-budak, tak puasa lagi. Orang sibuk di dapur, Yus sibuk juga, sibuk cari hal! Hehehehe.... Lepas solat Asar, ayah akan bawa Yus dan beberapa orang sepupu yang lain keluar ke bazar Ramadhan. Walaupun nenek, mak dan mak cik sudah memasak, tapi pergi ke bazar bagaikan menjadi satu aktiviti untuk kami. Walaupun hanya beli air kelapa, tuak (nira) dan roti John, kami seronok. Tiba waktu untuk berbuka, semua sibuk keliling makanan. Masa tu rumah tok agak sempit sebab kami ramai. Namun tidak mengapa kerana nikmat berbuka bersama-sama saudara-mara yang tercinta melebihi nikmat makan. (Sebak seketika.... Sekarang sudah lain..~).

Rumah Mek
Yus tidak rasakan sangat perubahan berbuka di rumah Mek semenjak kecil lagi sebab rumah Mek masih ramai saudara-mara yang berbuka bersama-sama. Yang berbeza pada pandangan Yus adalah pada diri Yus sendiri. Belajar di sini agak membataskan Yus untuk pulang ke kampung. Iyalah, perjalanan memakan masa enam tujuh jam. Insyaallah, andai pada tahun ini ada rezeki, Yus nak ajak ayah dan mak berbuka di rumah Mek. Di sana, Mek dan ahli keluarga yang lain melayan Yus sekeluarga baik. Suka masakan mak cik dan pak cik Yus. Sedap..! Walaupun kami jarang berjumpa tapi hubungan Yus dengan saudara-mara di sana bagaikan selalu berjumpa. 

Rumah Yus
Oleh kerana kami sekeluarga hanya bertiga, kami berbuka dalam keadaan agak senyap. Namun gelagat ayah dan Yus kadang-kadang membuatkan emak pening! Hahaha... 
(Sebak kejap... tak sempat untuk pulang 1 Ramadhan ni. Harap cuti sempat sampai....).

Di IPDA
Kalau sebelum ini, Yus berbuka dengan Hanim (bekas teman sebilik dulu). Syukur sangat Yus dikurniakan teman sebaik Hanim. Lucu juga kalau teringat balik. Mula-mula datang utara ini, Yus terpaksa belajar berdikari untuk berbuka puasa dan bersahur. Ingat tak Hanim, masa kita sahur dulu, kita pakat kejut2 untuk bangun? Bukan main bangun sahur, tapi bersahur dengan air masak dan kurma. Kadang-kadang maggi. Hehehehe... Masa nak berbuka pun semangat kan kita berdua? Pagi lembik je, tapi pukul lima petang boleh pula merangkak pergi bazar. Rambang mata kita tengok juadah di bazar. Lepas itu, kita sama-sama tunggu azan Maghrib. (Rindu saat itu...).

Setakat ini sahajalah bicara hati Yus pada kali ini.
Kepada semua umat Islam di seluruh dunia, selamat menunaikan ibadah puasa.
Salam Ramadhan.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...