Skip to main content

.... Khas Untuk ....

Assalamualaikum & salam rindu.

# Coretan ini khas untuk rakan-rakan seperjuangan. Maaf sekiranya bait-bait tulisan tidak gramatis, hilang keharmonian dan tidak segah penulis hebat yang lain. Jemari yang menari di papan kekunci ini mengikut rentak ilham yang DIA turunkan pada malam yang penuh berkat ini, datangnya dari hati yang ikhlas. Lahirnya dari cinta kepada kalian kerana Allah.#




Sahabat ku,
Pernah hati ini ragu
Dengan apa yang berlaku
Pernah hati ini menyoal
"Kenapa mesti aku di sini?"
"Siapa mereka pada aku?"
Mungkin ada antara kita
Yang mengungkapkan bait-bait yang sama.

Saat keraguan menjarakkan hati ini,
Ada sahabat-sahabat yang DIA dekatkan kepada ku
Sebagai pencetus mengenali diri-NYA
Selain cuba menerima kasih makhluk-NYA
Cuma satu persoalan ku,
Kenapa kali ini DIA hadirkan lagi kasih ini
Sedangkan akan ada perpisahan antara kita kelak?

Sahabat ku,
Betapa hebatnya percaturan Allah
Pertemuan dengan kalian bukan sekadar atas dasar tugas semata
Sebaliknya DIA cuba menunjukkan sesuatu dari kaca mata kalian
DIA hadirkan kalian
Untuk bunuh jiwa lama ku
Menjadi jalan kepada sesuatu yang baru.

Teman seperjuangan ku,
Di perjalanan yang baru ini
Telah banyak dugaan yang kita hadapi
Namun jangan pernah lelah
Untuk terus berjuang kerana-NYA
Ada kalanya antara kita
Tersungkur sendirian
Namun jangan dilupa
Itulah ujian buat kita
Pemimpin kepada kelompok yang dipimpin.
Usahlah gusar teman ku
Jangan diratapi kesalahan yang lalu
Binalah kekuatan zahir dan batin
Andai bahu ini diperlukan untuk bersandar
Melepaskan penat seketika
Datanglah.
Hanya satu
Jangan terus galau
Kerana sekeping hati ini
Tidak mampu melihat
Kesedihan yang tersembunyi dalam renungan mu.

Sahabat ku,
Mungkin tiada jawapan kukuh
Untuk setiap persoalan yang wujud
Yang pasti
Aku bersyukur dipertemukan dengan kalian.
Andai ada perpisahan antara kita kelak
Akan ku terima dengan redha
Kerana kalian dicintai kerana-NYA.







Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...