Skip to main content

# Cerita Di Sebalik Kisah 1 #

Assalamualaikum & salam Ramadhan.

Alhamdulillah, demam sudah makin kebah.
Hewhewhew.. (kopipaste ayat saia Owdah..~)
Cerita di sebalik kisah berbeza ke tidak kisah di sebalik cerita? Haaa..~ hahahaha..~ (tersenyum antara ikhlas dan tidak).

Iftar dengan biro aku.
Hurm..~ Nak kata seronok, tidaklah sampai happening sangat2 sebab semua letih berpuasa. Namun aku tersenyum sampai kerang pun kalah sebab tengok pelita, bunga api dan rakan-rakan seperjuangan ku.
Entahlah, sama ada mereka berkongsi rasa yang sama atau pun tidak tetapi jujur aku kata, malam itulah malam yang paling aku rindu. Hah, jangan fikir bukan-bukan!
Dulu, aku pernah rasa perasaan seperti malam itu _ letih, penat, gembira, tenang dan tiada tekanan _ pada waktu dulu. Aku tengok pelita yang dipacakkan oleh rakan-rakan, hati aku rasa semacam sangat. Rasa yang tidak dapat untuk aku tulis di sini. Aku tengok pula wajah-wajah mereka.. Subhanallah, aku rindu mereka! Mereka yang aku maksudkan _ rakan-rakan sepermainan aku dan teman seperjuangan aku di IPDA (yang ada di depan mata aku saat itu).
Sayu pun ada sebab aku tahu, tiba masanya nanti kami semua akan terpisah. Memikirkan saat itu, walang seketika. Kalau aku cerita pada mereka, mungkin aku yang digelakkan. Hahaha...
Biarlah korang! Korang takpelah, emosi stabil! Aku ni jenis manusia perindu. Korang tahu tak kenapa aku rindu sangat dengan korang? Haaa..~ sebab Allah bagi aku peluang untuk mengenal korang, kenal lebih & kurang korang dan yang paling penting, korang selalu tegur aku kalau apa yang buat tidak kena pada perspektif korang! Korang sayang aku tak? (^__^)

Lampu lip-lap... Sukaaaa....~

Makanan simple tapi sukaaa...~

p/s: janganbagiharapankalautidakpernahadarasadalamhatiengkau. Mudahuntukmengusirrinduyangtidaksebearapadalamhatimutapisukaruntukmematikanrasakasihyanghadirdalamhatitulusseorangwanita.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...