Skip to main content

L.O.v.e.s.T.O.R.i.e.S

Assalamualaikum & salam sayang dari anak jati Kelantan.

Alhamdulillah, exam sudah setel!
Semester banyak sangat saya lalui. Banyak sangat kisah cinta yang tercipta _ tetapi biasalah, ada tikanya kisah cinta itu akan kelam-kabut.

Awak, banyak sangat saya nak kongsi dengan awak. Banyak sangat, sehingga setiap kali kita berjumpa, saya tidak tahu nak mula dari mana.
Biar saya ringkaskan mengenai kisah cinta saya sepanjang tahun 2012.

# Kisah Cinta 1#

Hiu.hiu.hiu. Percaturan Allah itu indah dan menguji ketabahan. Tanpa disangka sama sekali, saya terpilih dalam JPP 2012/2013. Sebelum tu, maaf, saya tidak ANGKUH dengan jawatan itu sebab amanah itu bukan perkara main2. Bukan just deal dengan manusia, tapi akan dipersoalkan kelak di sana. > Syoh! Syoh! Hambat cite sedey..~~ hiu.hiu.hiu.<.
Awak tahu tak, dalam keluarga JPP ni, saya bertemu dengan 26 orang lagi ahli JPP atau nama ringkasnya keluarga JPP. Saya sayang semua. Yang menjadikan ia kisah cinta buat saya apabila saya dekat dengan seseorang yang selama ini memang saya rasa dia garang _ YDP _ heheheh.... Seyesli, dia macam kita juga! Gila2 & senget2 sikit. Namun, dia matang & itu saya suka. Uhuh...~ lupa nak cite! Ada empat lagi insan yang buat kisah cinta saya ni happening & bermakna _ Bearsu, Ruru, Mir dan Fit. Hahahaha... Pelikkan nama mereka? Biasalah, sayakan suka ubah nama, macam zaman sekolah dulu _ Huhu (saya), Mama (Mek-Ma), Lala (Mek-La) dan Nana (Mek-Na). Kalau nak cerita mengenai mereka sahaja, memang penuh la bLog ni! Hahahaha... Ringkasnya, setiap seorang daripada mereka jadi cermin kepada saya. Hiu.hiu....

Ni la keluarga JPP saya..! <gambaq latest p men boLing>

#Kisah Cinta 2#

Awak, saya tak tahu kenapa, saya jatuh hati sekali lagi. Saya jatuh cinta dengan insan yang bukan biasa saya jumpa. Baru kenal setahun. Nak tengok gambarnya x?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Orang Kelantan gak _ Hanim. <3 <3 <3

Orang Kelantan gak _ Ruru a.k.a Fairuz. <3 <3

Aloq Setaq je umahnya _ Bear2 a.k.a Bearsu a.k.a Hidayah. <3 <3
Awak, sampai sinilah kisah cinta saya. Saya cuba mengumpul lagi kisah cinta di sini _ bukan sekadar mencari keseronokan tetapi saya cuba memahami setiap maksud & makna dalam kisah cinta ini. Perlahan-lahan, saya  belajar menerusi kisah cinta ini.

Awak, biarpun kisah cinta di sini kian bertambah, kisah cinta kita dulu tetap saya simpan.
Entahlah, saya manusia biasa yang akan ada cemburu tatkala melihat kisah cinta awak dengan rakan-rakan lain.
Hati saya hanya berbisik," Kurang saya seorang tak apa, sebab ramai yang menyayangi awak!".
Namun, di saat awak mesej saya, hantar kata-kata rindu pada saya, air mata saya menitis.
Awak, saya tak mampu nak jadi seperti Siti Husna binti Hassan Basri yang dulu, sebab saya sentiasa berubah.
Awak, saya mencari satu sudut & awak tahu, rupa-rupanya IPDA ini indah. Nantilah, satu saat, saya tunjukkan bukti keindahan bumi Allah di sini.




Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. &#128536;&#128536; 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? &#128514;&#128514;&#128514; Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...