Skip to main content

Berhenti!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Whatttttt? Awak sudah kahwin?".

"Weh, dia pun sudah kahwin! Takkanlah orang macam engkau tak laku?".

*Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan*

Perkara pertama; berHENTI buat ayat terkejut atau muka tidak percaya. Ya, saya sudah berkahwin dan usia perkahwinan ini baharu setahun jagung. Hijau lagi. Biasanya ayat-ayat yang didengari oleh Mek, keluar dari mulut-mulut (atau jari-jemari) yang kenal perangai Mek dan kisah kekecewaan Mek yang lama. Jodoh itu tidak mengenal saiz. 

Perkara kedua; berHENTI bandingkan diri Mek dengan diri sendiri atau kenalan kalian. Dia cantik, dia kaya, dia kacak, dia pandai, dia rajin uruskan rumah, dia pandai masak tahap Master Chef; itu semua dia punya kelebihan tetapi belum tiba masanya. Percaturan ALLAH paling terindah dan terhebat. Ya, Mek akui Mek gemuk, tidak cantik seperti kalian, saiz pinggang 48 (Opsss..), perwatakan tidak semanja kalian. Mungkin ada yang menjatuhkan hukuman Mek tidak layak menjadi isteri kepada mana-mana lelaki. :-) Terima kasih untuk hukuman itu tetapi ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Perkara ketiga; berHENTI paksakan diri untuk berkahwin, semata-mata alasan "Aku tengok semua orang keliling aku sudah kahwin. Aku pun nak tapi aku tiada calon,". Kebiasaannya insan-insan begini wujud apabila rakan-rakan sekeliling majoriti sudah berkahwin atau diperli oleh rakan-rakan supaya menamatkan zaman bujang. Buat kawan-kawan yang sudah berkahwin, tahniah tetapi kurangkan ayat-ayat yang membuatkan rakan kita yang bujang tertekan. Perlukah Mek huraikan? Kalian pun pernah berada dalam situasi tersebut, bukan? Khas untuk rakan-rakan yang masih bujang, tabahkan hati dan pekakkan telinga apabila mendengar ayat-ayat yang menyuruh kalian menamatkan zaman bujang secepat yang mungkin. Kalau kalian tergugat dengan bicara mereka yang sudah berkahwin, ubahkan diri dari pasif kepada manusia yang aktif. Cari, cari, cari dan cari.Ya, penat untuk terus kecewa dan bosan untuk memulakan salam perkenalan berulang kali. Namun tidak salah bukan berusaha? Percaya satu perkara, apabila dia memang jodoh kalian, segala-galanya ALLAH permudahkan; dari awal perkenalan sehingga jalan menuju perkahwinan. 
Perkahwinan bukan semata-mata keseronokan mempunyai pasangan. Tanya diri sendiri, tanya iman, tanya hati;

Mampukah aku menerima perbezaan pasangan aku kelak?

Mampukah aku mengawal segala amarah ku tatkala ada perselisihan faham?

Mampukah aku bersama-sama dirinya di saat susah?

Mampukah aku bertoleransi dengan dirinya dan keluarganya?

Mampukah aku menadah telinga mendengar segala keluh kesahnya? Apakah tindakan yang patut aku lakukan?

Mampukah aku membimbingnya?

Mampukah aku taat pada setiap perintahnya selagi tidak bercanggah dengan aturan agama?

Konklusinya, Mek hanya mampu menyeru kalian untuk berhenti tetapi hakikatnya mulut milik masing-masing. Tepuk dada, tanya iman. Hidup ini bukan sekadar mengenai perasaan dan hati kita. Cuba setiap masa, sambungkan lidah dengan otak dan iman sebelum berbicara. Kalau kita berdosa dengan ALLAH, kita boleh solat taubat. Namun berdosa dengan manusia, lukakan hati manusia, kita kena minta maaf dengan manusia itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...