Kebenaran dan Penerimaan
Pantulan diri pada cermin diperhati seketika. Apabila puas hati dengan penampilan dirinya, Hamidah tersenyum puas. Dia bergerak menghampiri katil, lalu mencapai beg tangan yang diletakkan di hujung katil.
"Abang tak mahu ikut kami sekali?" tanya Hamidah buat kali yang kedua. Khairil menggeleng perlahan. Matanya masih tertancap pada majalah yang sedang dibaca.
"Abang,".
"Ya, sayang?" ujar Khalil membalas panggilan isterinya. Walaupun perkahwinan mereka telah mencecah 26 tahun, Khairil masih memanggil Hamidah dengan panggilan manja.
"Emm...,".
"Risaulah tu,".
"Risau? Maksud abang?".
"Saya kenal kesayangan saya ni. Awak risau kalau cikgu baharu tu tiada hati pada anak saudara awak, bukan?" teka Khalil. Majalah di tangan telah ditutup. Kini perhatiannya beralih kepada isterinya. Hamidah tidak mengangguk mahupun menggeleng. Sebaliknya, dia melabuhkan punggung di birai katil. Khairil tersenyum.
"Sayang, hal hati dan jodoh ini, bukan kerja kita. Semua atas kehendak DIA. Kerja kita mendoakan yang baik-baik dan cuba usaha untuk dekatkan mereka. Sama seperti yang awak cuba lakukan pada hari ini," pujuk Khalil, lalu digengganm erat tangan Hamidah. Lambat-lambat dia mengukirkan senyuman. Khalil faham bahawa Hamidah risau anak saudara kesayangannya itu kecewa buat kali kedua.
"Betullah kata abang tu. Harapnya hari ni Aisha dan Hafiz dapat berkenalan dengan lebih rapat," kata Hamidah, cuba berbaik sangka dan positif.
"Inilah isteri abang yang positif!". Spontan Khalil mencuit pipi Hamidah, membuatkan wanita itu menjeling manja.
Sudah dua gelas jus oren diminum oleh Hafiz. Junaidah yang sedang menjamu sarapan memandang abang sepupunya itu dengan rasa hairan. Lelaki itu kelihatan gelisah, seperti cacing kepanasan. Sekejap duduk, kemudian berdiri. Sekejap memandang jam dinding.
"Abang Hafiz okay tak ni?" soal Junaidah. Terkejut dengan teguran sepupunya, Hafiz duduk di kerusi dan cuba bertenang. Diukir secebis senyuman kepada Junaidah, agar gadis itu tidak berfikir bukan-bukan. "Okay. Kenapa?" soal Hafiz sambil tangannya mencapai kotak jus oren dan dituang ke dalam gelas yang ada di hadapannya.
"Peliklah Abang Hafiz hari ni. Macam tak senang duduk," tambah Junaidah. Namun Hafiz hanya tersengih. Malas mahu mengambil tahu mengenai Hafiz, Junaidah menghabiskan kepingan roti yang terakhir dan menapak ke arah ruang keluarga. Dibiarkan Hafiz bersendirian di meja makan.
Hafiz menarik nafas lega apabila Junaidah tidak bertanya lebih lanjut dan meninggalkan dia sendiri. Dia teruja dengan rancangan janji temu pada hari ini tetapi pada masa yang sama dia berdebar-debar. Betulkah tindakan dia menggunakan Hamidah sebagai orang tengah?
(Perbualan Antara Hafiz dan Hamidah)
"Fiz, kamu sibuk atau tidak Sabtu nanti?".
"Em... In sha Allah, tiada perancangan mahu keluar ke mana-mana setakat ni. Kenapa Mak Dah?".
"Jom, teman Mak Dah ke Tebrau!".
"Em.. Boleh sahaja. Cari apa di sana?".
"Cari barang-barang untuk kelas Mak Dah,".
"In sha Allah,".
"Tapi..... Ada orang nak ikut,".
"Oh, ya? Siapa?".
Hamidah tersenyum sendiri. Hafiz diam, menunggu ibu saudaranya bersuara.
"Cikgu Aisha Alifa,".
Sepi. Tiada sebarang suara kedengaran di sebelah Hafiz.
'Budak Hafiz ni pengsankah?' soal Hamidah dalam hati.
"Fiz, oooooh Hafiz!".
"Ya... Ya Mak Dah,".
"Dengar atau tidak?".
"Dengar. Em.. Cikgu Aisha dah teman Mak Dah tu. Perlukah Hafiz teman lagi?" soal Hafiz.
'Eh, budak bertuah! Orang nak beri peluang kepada dia supaya keluar berjalan-jalan dengan Aisha, dia boleh kata begitu?' bebel Hamidah sendiri.
"Gelisahnya anak teruna ni seorang!" teguran Hamidah menyedarkan Hafiz daripada lamunannya. Hafiz tersengih malu. Hamidah menarik kerusi lalu duduk di sebelah Hafiz.
"Lambatnya dia Mak Dah," kata Hafiz.
"Sabarlah. Aisha masih baharu di kawasan ini," balas Hamidah. Sekeping roti bakar yang telah disapu jem dicapai. Jelas pada pendengarannya, Hafiz seolah-olah mengeluh.
"Kalau Mak Dah beritahu awal-awal, boleh saya pergi ambil Aisha di rumahnya,".
Hamidah tidak terus membalas. Roti bakar dikunyah perlahan-lahan. Hafiz kelihatan gelisah dan teruja pada masa yang sama.
"Mak Dah, telefonlah Aisha. Entah-entah kereta dia rosak," tambah Hafiz lagi. Plentong dengan Kota Masai tidaklah jauh.
"Laillahaillallah, budak bertuah betul! Sabar boleh? Mak Dah sudah hantar lokasi pada dia. Pandai-pandailah Aisha cari guna aplikasi peta di telefon dia," balas Hamidah, serabut dengan desakan Hafiz. Lelaki itu terdiam. Kemudian dia melemparkan pandangan ke arah pintu rumah yang terbuka luas.
"Kalau dalam masa sepuluh minit dia belum sampai, Mak Dah telefon dia, boleh?" tanya Hafiz, atau lebih kepada meminta. Hamidah mengangguk, kemudian dia tersenyum sendiri.
'Hafiz, Hafiz. Beginikah gaya kau risau semasa arwah Hairani ada dahulu?' soal Hamidah, tetapi hanya dalam hati. Sudah lama dia tidak menyebut nama Hairani. Arwah Hairani sering mengadu padanya bahawa Hafiz kadang-kala terlalu mudah risau.
"Mak Dah, Hafiz ni kadang-kadang melampau juga sikap ambil berat dia!".
"Hahaha.. Biasalah Ani. Itu tandanya dia sayang kamu," balas Hamidah. Perbualan antara dia dan Hairani satu ketika dahulu tiba-tiba terbayang di ruang matanya.
'Ya Allah Ya Tuhanku, andai kehadiran Aisha Alifa merupakan pengubat untuk Hafiz, Engkau permudahkanlah segala urusan mereka. Biar kali ini, kebahagiaan berpihak pada Hafiz,' doa Hamidah dalam hati, sambil dia merenung anak saudara tunggalnya itu.
"Kenapa Mak Dah renung Hafiz?" soal Hafiz hairan. Aneh dirinya direnung lama oleh ibu saudaranya. Wanita itu sekadar menggeleng-gelengkan kepala.
"Fiz, Aisha suka makan sandwich telur," ujar Hamidah, cuba memancing minat Hafiz. Lelaki itu mengangkat kening, kemudian tersenyum. Faham dengan maksud bicara Hamidah. Dia berdiri dan menapak ke dapur.
"Mak Dah, pinjam dapur kejap!".
Hamidah tersenyum bermakna.
"Assalamualaikum,".

"Waalaikummusalam. Masuklah Aisha," ajak Hamidah, yang sudah menunggu di muka pintu sebaik sahaja mendengar bunyi enjin kereta di perkarangan rumahnya. Aisha Alifa tersengih. Tanpa berlengah dia menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Kamu sesat?" tanya Hamidah. Aisha Alifa menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung ungu. "Saya silap masuk taman tadi," balas Aisha Alifa pendek. Hamidah ketawa. "Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga,".
"Hehehe... Kita nak gerak sekarang?" soal Aisha Alifa. Hamidah memandang jam di dinding. Kemudian dia menjengahkan sedikit kepalanya ke arah dapur.
"Em.. Aisha sudah sarapan atau belum?" tanya Hamidah. Gadis itu mengangguk. "Kalau begitu, kita bergerak sekaranglah!. Hafiz! Oh, Cikgu Hafiz! Sudah siap atau belum?" panggil Hamidah, sengaja menguatkan suara.
"Ya!" balas Hafiz.
"Eh, Cikgu Hafiz ikut sekalikah?" spontan Aisha Alifa bertanya. Hamidah tersenyum. "Ya. Katanya bosan duduk rumah hujung minggu," balas Hamidah.
"Why? Can't I follow you women?" celah Hafiz yang tiba-tiba muncul di hadapan Aisha Alifa. Gadis itu ketawa spontan.
Hafiz memandang Hamidah, cuba mencari jawapan punca gadis itu ketawa. Hamidah juga hairan.
"Kenapa Aisha?" tanya Hamidah.
"Cikgu Hafiz kalut nak ke mana sampai pakai baju terbalik?" tanya Aisha Alifa kemudian menyambung ketawa. Hafiz memandang bajunya, kemudian dia tersengih malu.
"Ahahahaha.. Kalau ya pun, janganlah gelak!" ujar Hafiz dan berlalu masuk ke dalam rumah semula.
Aisha Alifa masih ketawa bersisa. Hamidah ketawa kecil sambil menggeleng perlahan.
"Masuklah dulu, Aisha. Tunggu Hafiz,".
Tanpa membantah, Aisha menuruti langkah kaki Hamidah. Gadis itu terpegun seketika sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke ruang tamu rumah Hamidah. Kemas dan cantik.
"Wah, cantiknya rumah kakak!" Puji Aisha Alifa ikhlas. Hamidah tersenyum bangga. "Biasa sahajalah Aisha. Rumah kos murah," balas Hamidah.
"Rumah kos murah tapi kalau pandai hias, boleh nampak mewah,".
Hamidah tersenyum. Langkah kaki mereka berhenti di meja makan.
"Jemputlah duduk dulu, Aisha. Minum dulu," ajak Hamidah.
"Baik kak,".
Kerusi ditarik dan mereka duduk. Hamidah menuangkan teh suam ke dalam cawan. Lalu disuakan secawan teh suam kepada Aisha Alifa.
"Kak tak minum sekali?" tanya Aisha Alifa apabila melihat Hamidah hanya menyuakan cawan kepadanya.
"Kak dah minum,".
"Oh, baiklah,".
Cawan diangkat perlahan. Bibirnya dilekatkan pada bibir cawan. Hamidah merenung gadis di hadapannya. Sudah hampir lima bulan dia mengenali dan bekerja dengan gadis itu. Sedikit demi sedikit sikap dan tingkah laku Aisha Alifa dinilai dalam diam. Hamidah merasakan gadis itu sesuai dengan Hafiz, menjadi galang ganti Hairani. Persoalannya, apakah status gadis di hadapannya? Perlukah dia masuk campur?
"Aisha,".
"Ya, kak,".
"Boleh kakak nak tanya soalan? Harap Aisha jawab dengan jujur,".
"Err... In sha Allah, kalau saya boleh jawab," balas Aisha Alifa perlahan. Tiba-tiba, dadanya berdebar. Air muka Hamidah menunjukkan soalan yang bakal diaju agak privasi dan bukan gurauan.
(Pusat Membeli-belah Di Johor Bahru)
Aisha Alifa masih jakun berada di dalam pusat membeli-belah itu. Anak matanya meliar ke kawasan sekitar, dengan pandangan kagum. Setiap gerak-geri wanita itu diperhati oleh Hafiz. Sesekali dia terasa lucu tetapi senyumannya disembunyikan.
"Kenapa?" soal Aisha Alifa, apabila perasan Hafiz cuba mengawal senyumannya. Hafiz berpeluk tubuh dan menggeleng perlahan. Aisha Alif membuat mimik muka tidak puas hati tetapi dia malas mahu bertekak dengan lelaki itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk diam dan menikmati minuman kegemarannya. Keluar dengan rakan sekerja merupakan perkara normal pada Aisha Alifa tetapi setelah mendengar pengakuan dan permintaan Hamidah, dia rasa kekok. Tambahan, Hamidah seolah-olah sengaja memberi peluang kepadanya dan Hafiz untuk berjalan berdua.
"Mana Kak Hamidah pergi ya?".
"Entahlah. Katanya mahu pergi ke pusat urutan kaki," balas Hafiz tenang. Ais jagung yang masih bersisa dikacau dengan sudu.
'Kak Midah ni sengaja mahu aku berdua-duaan dengan anak saudara dia, bukan?' bisik Aisha Alifa dalam hati. Dia mencuri pandang ke arah Hafiz. Lelaki itu tenang sahaja, tidak banyak bicara dan tidak pula kelihatan gelabah. Perbualannya dengan Hamidah berputar kembali di ruang matanya.
(Imbas Kembali Perbualan Antara Aisha Alifa dan Hamidah)
"Aisha, kakak minta maaf kalau perkara yang kakak mahu cakapkan ini bersifat privasi,".
"Ish, lain macam bunyi ayat kakak ni! Cakaplah kak,".

"Sebelum itu, kakak mahu tahu. Aisha sudah berpunya? Maksud kakak, teman lelaki atau tunang,".
"Hehehe...,".
"Gelak pula dia! Jawablah,".
"Setakat saat ini, hari ini, bulan ini, saya belum berpunya, kak. Kenapa?".
"Alhamdulillah, lega hati kakak,".
"Eh, peliklah! Kenapa kakak lega?".
"Beginilah, Aisha. Kakak terus-terang sahaja dengan kamu. Ada seorang lelaki, muda lagi berbanding kamu, dia teringin mahu berkawan dengan kamu,".
"Oh, hahahaha! Boleh sahaja. Macam kita berkawankah kak?".
"Susah cakap dengan budak lurus seperti kamu ni! Maksud kakak, dia berkenan dengan kamu dan mahu kenal kamu dengan lebih rapat. Faham?".
"Hah, kakak biar betul!".
"Betullah ni! Aisha mahu?".
"Siapa?".
"Hafiz,".
"Hafiz?".
"Ya, Cikgu Hafiz. Anak saudara kakak. Kakak tahu kakak tidak patut masuk campur tetapi kakak terpaksa. Kakak tidak mahu Hafiz kecewa sekali lagi, setelah bertahun-tahun dia bersendirian dan tutup hati dia untuk wanita. Kakak harap sangat Aisha kenal dia, nilai dia dan beri dia peluang,".

Aisha Alifa mengeluh perlahan. Benaknya terus menafikan logik pengakuan Hamidah. Aisha Alifa merenung sekali lagi lelaki yang duduk di hadapannya. 'Biar betul Kak Hamidah ni! Takkanlah lelaki seperti Hafiz mahu berkenalan dengan aku?' soal hatinya sendiri. Hafiz mengangkat kepalanya, mata mereka bertentang. Pantas Aisha Alifa melarikan anak matanya. Ada rasa aneh menyelinap seketika dalam hati wanitanya.
"Ya, Cik Aisha. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya Hafiz, lalu mengelap bibirnya dengan tisu. Hafiz cuba mengawal rasa gugupnya yang tiba-tiba menjengah dalam dirinya. Hati lelaki bergetar tatkala pandangan mereka bertaut. Buat pertama kali, dia dapat melihat warna anak mata wanita di hadapannya, yang selama ini terlindung di sebalik kaca mata yang setia melekat pada wajah Aisha Alifa. 'Comelnya anak mata dia! Coklat dan bersinar,' monolog Hafiz sendiri.
Sekali lagi Aisha Alifa mencuri pandang ke arah Hafiz tetapi Hafiz juga sedang memandangnya. Lelaki itu mengangkat kening kiri, tanda ingin tahu. "Look, Miss Aisha Alifa! If you have anything to ask or tell me, just speak! I can't read your mind, girl," ujar Hafiz.

Aisha Alifa mengalah. Dia menarik nafas panjang dan dihembus perlahan. Reaksi biasa dilakukan oleh setiap orang apabila mahu memulakan bicara, terutama topik yang serius.
"Cikgu Hafiz,".
"Hafiz sahajalah. Tak payah cikgu sangat,".
"Hafiz, betulkah awak mahu berkenalan dengan saya?" soal Aisha Alifa tanpa berselindung. Dia memang seorang wanita yang berterus-terang. Hafiz bungkam seketika, terperanjat dan malu dengan soalan Aisha Alifa. Dia meraup wajahnya dan menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal debar di dada yang tiba-tiba menggila. Kepalanya tunduk memandang meja. Suasana hingar-bingar di kawasan makan di pusat membeli-belah itu bagaikan berdengung pada pendengarannya.
'Argh, damn it! Ini mesti kerja Mak Dah. Patutlah beria-ria memujuk aku ikut sekali. Tenang Fiz, tenang. Alang-alang jadi begini, kau kena berani!' bisik Hafiz.
"Hafiz," panggil Aisha Alifa perlahan, setelah beberapa minit lelaki itu mendiamkan diri dan tidak memandangnya. Adakah pertanyaan salah atau perbuatannya yang salah? Apabila Hafiz berjaya mengawal perasaannya, dia mengangkat semula kepalanya. Sengaja dia menentang anak mata wanita di hadapannya. Giliran Aisha Alifa pula yang merah pipi.
"Saya tidak mahu tahu dari mana atau dengan siapa awak dapat maklumat rahsia itu tetapi jawapan saya untuk persoalan awak, ya, saya mahu berkawan dan berkenalan dengan awak, Cik Aisha Alifa," balas Hafiz, tenang dan lancar. Keyakinannya terukir di wajah, membuatkan bibir Aisha Alifa terkunci. Hafiz mengangkat kedua-dua keningnya, kemudian tersenyum manis.
"So, what do you think, Miss Aisha?" tanya Hafiz, mahukan kepastian. Tidak mahu memendam terlalu lama. Alang-alang tuan empunya diri sudah tahu rahsia hatinya, lebih baik dia maju selangkah. Wanita itu kelihatan teragak-agak mahu menjawab. Banyak persoalan bermain di mindanya tetapi semuanya hanya terpendam dalam benaknya sendiri. Hafiz menghembus nafas perlahan.
"Bukankah kita ni rakan sekerja? Kira kita sudah berkawan, bukan?".
"Haih, payah! Saya nak berkawan dengan awak sampai kita kahwin! Faham?" ujar Hafiz tanpa berkias. Kesabarannya teruji dengan sikap lurus Aisha Alifa. Sekali lagi pipi wanita itu berubah warna.
"Saya tahu banyak soalan yang bermain dalam otak awak sekarang, Aisha. It's okay, take your time,".
"Masa? Masa untuk apa?" spontan Aisha Alifa menyoal Hafiz. Lelaki itu ketawa perlahan apabila melihat air muka wanita itu.
"Ambil masa untuk fikir mengenai permintaan dan luahan saya, tetapi....,".
"Tetapi apa?".
"My games will begin,".
"Permainan apa?".
"Permainan menawan hati Cikgu Aisha," balas Hafiz berani. Kemudian dia tersenyum penuh makna. Kali ini, dia berani menentang mata Aisha Alifa. Sengaja mengusik wanita itu, sambil menikmati anak mata Aisha Alifa yang menarik perhatiannya.
"Assalamualaikum. Maaf lama. Seronok pula urut kaki dengan tukang urut Siam tadi," sapa Hamidah yang tiba-tiba muncul. Spontan Aisha Alifa dan Hafiz memandang Hamidah. Melihat warna pipi Aisha Alifa yang berubah warna dan senyuman Hafiz, dia pasti sesuatu telah berlaku sepanjang ketiadaannya.
"Er... Saya nak ke tandas," pinta Aisha Alifa, kemudian bangun dan menapak ke arah tandas wanita. Hamidah mengambil tempat di sebelah Hafiz. Hamidah memandang Hafiz dengan perasaan ingin tahu.
"Apa cerita? Baik atau buruk?" soal Hamidah. Hafiz tersenyum bermakna.
"Mak Dah sengaja, bukan? Sudahlah dedahkan rahsia kepada tuan badan. Mak Dah tahukan mentee Mak Dah itu jenis lurus," kata Hafiz. Dia tidak marah, bahkan bersyukur dengan pertolongan ringkas Hamidah.
"Hahahahaha.... Kesimpulannya?".
"Kesimpulannya, ada jodoh, takkan lari gunung dikejar. Tiada jodoh, bawa hantaran 10 juta pun, orang tidak terima," balas Hafiz, sengaja memberi perumpaan merapu. Hamidah ketawa perlahan.

Comments
Post a Comment