Skip to main content

Aminul Syafiq (26)

Tuala putih itu dicelup ke dalam besen berisi air, diangkat dan diperah perlahan. Kemudian diletakkan dengan lembut di dahi Damia. 
"Panasnya kepala awak. Kita pergi klinik ya, Mia?" pujuk Hanim,  sambil tangannya mengelap perlahan-lahan dahi dan seluruh wajah sahabatnya itu. Dengan mata tertutup,  Damia menggeleng lemah. Hanim mengetap bibir tanda geram. 
'Liat betul kalau ajak pergi klinik,' omelnya dalam hati. Malas mahu bertekak dengan sahabatnya itu,  Hanim bangun dan menapak ke luar bilik,  setelah selesai meletakkan tuala basah pada dahi Damia. Telefon bimbit yang setia berada dalam poket seluar dicapai. Jemarinya menekan butang-butang nombor. Seketika kemudian, telefon dilekapkan ke telinga.
"Assalamualaikum,".
"Waalaikummusalam. Angah, sibukkah?" tanya Hanim. Pada masa yang sama, dia mengatur langkah ke dapur. Aroma bubur nasi yang dimasak olehnya menjamah deria baunya.
"Tak. Kenapa?" soal Fauzan. Suara abangnya kedengaran berbeza.
"Eh, Angah sakitkah?" soal Hanim, tidak menjawab pertanyaan Fauzan. Lelaki itu berdehem.
"Demam. Kenapa telefon?".
"Amboi, tahulah sehati sejiwa pun! Takkanlah orang di sini sakit, orang di sana sakit juga?" usik Hanim. Kebetulan sungguh kalau Fauzan dan Damia demam serentak!
"Apa maksud Hanim ni? Mia pun tak sihat?" soal Fauzan, inginkan kepastian. Hanim tersengih sendiri apabila mendengar perubahan nada suara abangnya itu.
"Ya, demam teruk! Hanim telefon Angah ni mahu minta Angah nasihatkan keasih hati Angah itu. Degil tak mahu pergi klinik," adu Hanim. Salah satu sikap Damia yang menguji kesabarannya adalah degil. Kalau itu yang dia kata, itulah dia buat. Fauzan ketawa di hujung talian.
"Hm, patutlah Angah telefon dia tidak berjawab! Dia tengah buat apa?".
"Lepas telan ubat tadi, dia terus tidur. Makan pun tidak mahu," tambah Hanim lagi. Bubur nasi di atas dapur dikacau perlahan. Api dapur dikecilkan.
Kedengaran Fauzan terbatuk-batuk kecil. Rasa risau mula menjengah dalam hati Hanim. 
"Angah jangan lupa pula makan ubat," omel Hanim, sekadar mengingatkan. 
"Baiklah mak cik oi!  Pastikan kawan baik awak tu makan ubat. Kalau tiada aral, Angah turun Perlis lusa," kata Fauzan. Salam diberi sebelum talian diputuskan.

...

Damia tersenyum melihat telatah Aminul Syafiq yang girang bermain buaian di taman permainan itu. Sesekali anak tunggalnya itu melambai-lambai ke arahnya.
"Ummi!  Ummi!" panggil Aminul Syafiq,  kemudian ketawa. 
"Apa kau buat di sini?" sergah satu suara. Susuk tubuh yang tidak asing pada pancaindera Damia sedang berdiri di belakang Aminul Syafiq. Hilang senyuman pada bibir Damia dan ketawa Aminul Syafiq bertukar tangisan. 
"Ummi,  jangan tinggalkan Syafiq!  Abi,  Syafiq mahu ummi!" raung Aminul Syafiq berkali-kali. Tanpa rasa simpati,  Azfar menarik dan merentap tangan Aminul Syafiq. Kaki Damia bagai dipasakkan ke bumi. Kelibat bekas suaminya dan Aminul Syafiq kian menjauh, lalu hilang dari pandangan. 

"Syafiq!" 
Serentak dengan itu,  Damia terjaga daripada lenanya. Pandangannya kelam. Otaknya ligat cuba mencerna persekitaran. Perlahan-lahan, dia bangkit dari pembaringannya.
"Allah,  mimpi rupa-rupanya!" bisik Damia. Muka diraup berulang-kali. Rasa pening masih bersisa. Badannya terasa bisa. Mungkin kesan terlalu lama tidur. 
Telefon pintar di kepala katil dicapai. Sudah pukul sebelas malam. Skrin telefon gelap semula. 
Dengan tenaga yang masih bersisa, Damia duduk di birai katil. Cuba untuk berdiri dan mengqadakan solat yang tertinggal. 
"Aminul Syafiq,  ummi rindu kamu," monolognya sendiri. Rasa rindu pada anak lelakinya tiba-tiba menggunung. 

...

Lena Suhaila terganggu apabila anak saudaranya itu tiba-tiba menangis semasa tidur. Ditepuk-tepuk perlahan punggung Aminul Syafiq. 
"Syafiq, Syafiq.  Bangun sayang," seru Suhaila dengan suara serak. Kelopak mata Aminul Syafiq terbuka. Air mata masih mengalir. 
"Kenapa sayang?".
"Rindu ummi!  Syafiq nak ummi," balas Aminul Syafiq. Runtun hati wanitanya apabila melihat anak sekecil itu merindui kasih sayang dan belaian seorang ibu. Suhaila memeluk Aminul Syafiq, berharap pelukan itu dapat menenangkan sedikit hati anak kecil itu. 
Dalam pelukan Suhaila, bahu Aminul Syafiq bergerak-gerak,  tanda dia menahan sendu. 
"Syhhh...  Sudah. In sha Allah, ada rezeki,  kita pergi jumpa ummi ya, sayang," pujuk Suhaila. Jika Aminul Syafiq boleh menangis dalam tidur,  bagaimanakah pula keadaan Damia?  Keluhan halus terlepas dari bibir Suhaila. 
'Ya Allah,  kurniakan anak kecil ini ketabahan. Moga dia menjadi anak yang soleh dan kuat,' doa Suhaila dalam hati. 

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...