Mendung petang bagai menggamit kembali memori sewaktu belajar, di awal usia menjejakkan kaki di utara tanah air. Jauh daripada keluarga, keluar daripada norma kampung. Aku membawa bersama-sama hati yang kecewa kerana terpaksa meninggalkan matrikulasi, membawa diri bersendirian tanpa keluarga atau sahabat rapat kerana mendukung pundak serta cita-cita ayah, ingin aku menjadi guru. Kisah persahabatan kali ini bermula apabila aku dan dua orang lelaki yang memang rapat atas dasar persahabatan. Di awal perkenalan, aku memang meletakkan batasan, terutama untuk hati aku sendiri. "Mek, jangan melebih-lebih! Ingat, kau ada hati untuk dijaga,". Itulah kalimat yang menjadi penghalang dan penguat untuk aku menjaga hati aku daripada terpesong dan pada ketika itu, aku juga menjaga hati insan lain. Insan yang jauh berada di Pantai Timur ketika itu. Ini kebenaran kisah aku, Azrul (bukan nama sebenar) dan Ikmal (bukan nama sebenar). Pada hari pertama, menjadi ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. " Whatttttt ? Awak sudah kahwin?". "Weh, dia pun sudah kahwin! Takkanlah orang macam engkau tak laku ?". * Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan * Perkara pertama ; ber HENTI buat ayat terkejut atau muka tidak percaya. Ya, saya sudah berkahwin dan usia perkahwinan ini baharu setahun jagung. Hijau lagi. Biasanya ayat-ayat yang didengari oleh Mek, keluar dari mulut-mulut (atau jari-jemari) yang kenal perangai Mek dan kisah kekecewaan Mek yang lama. Jodoh itu tidak mengenal saiz. Perkara kedua ; ber HENTI bandingkan diri Mek dengan diri sendiri atau kenalan kalian. Dia cantik, dia kaya, dia kacak, dia pandai, dia rajin uruskan rumah, dia pandai masak tahap Master Chef; itu semua dia punya kelebihan tetapi belum tiba masanya. Percaturan ALLAH paling terindah dan terhebat. Ya, Mek akui Mek gemuk, tidak cantik seperti kalian, saiz pinggang 48 (Opsss..), perwatakan tidak semanja kalian. Mungkin ada yang...