Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Beza - Kisah Di Rumah Sewa Awin

Anak-anak tangga dipijak dengan berhati-hati. Tersilap langkah,  boleh tergolek. Tidak terasa mengah walaupun turun tangga dari tingkat tiga kerana rasa penat melayan murid-muridnya lebih menguasai dirinya. 'Baru kelas ganti. Kalau aku mengajar kelas Empat Aman,  boleh tercabut anak tekak,' bebel Awatif dalam hati. Namun seketika kemudian, dia tersenyum sumbing. Pelbagai ragam murid-muridnya menjadikan dia gembira. "Cikgu,  jom main teka-teki!". "Cikgu,  cantik tak lukisan saya?". "Cikgu,  nak main bola kertas boleh?". "Cikgu,  macam mana nak buat latihan Bahasa Inggeris ini?". Kakinya berhenti melangkah apabila tiba di hadapan bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)  Masalah Pembelajaran. Sunyi. Mungkin penyelia membawa murid-murid ke makmal komputer. Awatif tidak terus masuk ke dalam.  Sebaliknya,  dia memilih untuk melepaskan lelah di kerusi panjang yang disediakan di luar bilik PPKI. "Hah, panasnya!". Awatif m...

Beza - Aku Datang (Episod Akhir)

Masing-masing leka merancang dan mencari idea untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu pada minggu hadapan.  Usai sahaja solat Isya',  mereka terus mengangkat komputer riba dan buku-buku rujukan yang berkaitan subjek Bahasa Melayu ke luar beranda. Tuan rumah telah meletakkan sebuah meja kayu yang besar di beranda beserta kerusi-kerusi plastik. Diana dan Awatif menjadikan kawasan beranda itu sebagai markas untuk mereka mencari idea dan menyiapkan segala tugasan berkaitan sekolah. Angin bulan Mac yang bertiup lembut,  tidak kira siang dan malam,  cukup untuk menghalau rasa panas bahang mentari. Tiba-tiba,  Diana ketawa sendiri.  Kedua-dua belah kening Awatif terangkat. Padanya bukan perkara luar biasa kerana gadis kelahiran Sabah itu selalu ketawa sendiri,  terutama sekali apabila dia menonton anime. "Na,". "Ya?". "Anime apa kamu tengok?". "Ini. Baby Bell,". "Oh,  baiklah!". Awatif kembali fokus kepad...

Aminul Syafiq (25)

Jam di pergelangan dipandang sekilas. Cara duduknya berubah,  daripada menyandar kemudian duduk tegak. Sesekali anak matanya dilarikan ke muka pintu restoran. Hampa. "Ish,  aku sepak juga si Sahak ni!  Janji pukul 2 tapi sudah setengah jam tak nampak batang hidung mancung dia tu!" omel Fauzan sendiri. Dia paling tidak suka menunggu terlalu lama. Tidak mahu merosakkan emosinya,  dia mencapai telefon pintar. Fail 'Galeri' ditekan. Terpapar berpuluh-puluh keping gambar pada skrin telefonnya. Digerakkan jari telunjuk di atas permukaan skrin,  mencari-cari sekeping gambar untuk meredakan kemarahannya,  pada masa yang sama melepaskan rasa rindu yang singgah dalam hatinya. Pergerakkan jarinya terhenti apabila tiba pada sekeping gambar. Ditekan sekali lagi dan gambar itu memenuhi skrin telefonnya.  Secarik senyuman terukir di bibirnya. Gambar dia dan Damia yang diambil semasa di kenduri kahwin rakannya beberapa minggu yang lalu menjadi santapan matanya. *K...

Aminul Syafiq (24)

Terik mentari menyengat kulit muka dan lengannya. Sesekali tapak tangannya menyapu manik-manik peluh yang terbentuk di dahi. "Kalau bukan sebab perempuan itu.... Ish, biar betul aku ni! Perlukah aku percaya kata-kata budak gemuk itu?" omelnya sendiri. Apabila teringatkan dua orang gadis yang bertandang ke rumah Mak Langnya pada minggu lepas, hatinya diserang rasa ragu-ragu dan bersalah pada masa yang sama. Tidak tahan berlama-lama di dalam kawasan arked, Khairul mengambil keputusan untuk membasakan tekak di kawasan gerai makan berhampiran arked tersebut. *** (Seminggu yang lalu) Suasana sepi seketika. Tiga pasang mata merenung tepat ke arah Damia dan Hanim yang duduk bersimpuh di hadapan mereka. Saat itu, hanya mereka berlima sedang duduk dan berbincang di ruang tamu. "Mak cik, pak cik dan Encik Khairul. Kedatangan kami pada malam ini bukan semata-mata mahu memenuhi hajat Kak Fauziah sahaja. Tapi kami berdua datang mahu selesaikan masalah kami dengan Encik Khairul,...